CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1962|Reply: 19

[Tempatan] Khazanah jual 100 peratus kepentingan dalam Prince Court kepada IHH

[Copy link]
Post time 17-9-2019 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Selasa, 17 September 2019 | 6:54pm


Khazanah jual 100 peratus kepentingan dalam Prince Court


KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bakal melupuskan 100 peratus pegangan dalam Prince Court Medical Centre Sdn Bhd (PCMC) kepada IHH Healthcare Bhd (IHH) bernilai RM1.02 bilion secara tunai.

Khazanah menerusi anak syarikat tidak langsungnya, Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd (Pulau Memutik) menandatangani perjanjian pembelian saham dengan Pantai Holdings Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung milik penuh IHH bagi urus niaga itu.

Khazanah mengambil alih PCMC pada 2018 bertujuan memperkukuhkan sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia serta mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan bagi penjagaan kesihatan berkualiti di rantau ini.


“Namun, berdasarkan mandat baharunya, Khazanah telah membuat keputusan untuk melupuskan pegangannya dalam PCMC kepada IHH, platform penjagaan kesihatan milik Khazanah.

“Cadangan pelupusan yang diumumkan pada hari ini akan membolehkan PCMC menerima manfaat daripada kemasukannya ke dalam operasi IHH di Malaysia serta rangkaian globalnya yang lebih luas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khazanah berkata, pelupusan pegangan itu juga bakal terus memperkukuhkan kedudukan IHH secara keseluruhannya dalam pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan domestik sementara terus menerima sokongan berterusan daripada Khazanah menerusi pembabitannya dalam IHH.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata urus niaga itu adalah selaras dengan mandat baharu kumpulan serta akan meningkatkan kecairan Khazanah bagi tujuan keperluan modal pelaburan masa hadapan.

“Di samping itu, Khazanah yakin bahawa PCMC akan mendapat manfaat daripada pengalaman luas IHH dalam penyediaan penjagaan kesihatan premium selain memantapkan kedudukan IHH sebagai salah sebuah pengendali penjagaan kesihatan utama di Malaysia, yang mana Khazanah kekal sebagai salah satu pemegang saham utama dengan pegangan kepentingan 26.04 peratus di dalamnya.

“Transaksi ini, antara lainnya, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan serta para pemegang saham IHH yang lain. Khazanah menjangkakan urus niaga itu akan dimuktamadkan pada suku pertama 2020,” katanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2019 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat ye, bayar hutang, bukan jual negara.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak rugi ka? Aku rasa aku ada baca artikel tahun ni.. Bidang perkhidmatan  perubatan malaysia dianggap terbaik something mcm tu la.. prince court to walaupun utk org ada2 saja.. Tapi mesti pelancong sektor perubatan ramai kan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Prince court tu maju kott
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
PH sekarang macam BN dulu,buat apa2 tak explain kat rakyat. Biar rakyat sakit hati,bila dah kalah baru nak explain. Dari pandangan layman,mmg rugi jual aset tapi maybe this is correct bisnes decision at this time. Sebelum ni foreign investor put their money dalam negara ni thru beli saham. Skrg saham bkn aset menarik lagi. So in order to retain their money dalam negara ni,we offer property as a new asset. Yg penting duit dorg stay,x keluar dari Malaysia.
Tapi ni just pendapat newbie, i wish those experts give us some enlightment, not insultment by asik salahkan 1MDB macam kitorg ni rakyat terencat akal.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 02:02 AM | Show all posts
sarah82 replied at 18-9-2019 12:16 AM
Tak rugi ka? Aku rasa aku ada baca artikel tahun ni.. Bidang perkhidmatan  perubatan malaysia diangg ...

Beli PCMC 1 bilion. Lepas setahun PCMC untung bersih 51 juta. Pulangan pelaburan lepas setahun = 5.1%.Khazanah dulu beli 40% pegangan dalam IHH. Up-kan IHH. Sekarang ada 26% pegangan dalam IHH.
Okay la tu, sebab khazanah sebenarnya ditubuhkan untuk rancakkan bisnes, bukan dia yang bolot bisnes.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2019 02:02 AM | Show all posts
sarah82 replied at 18-9-2019 12:16 AM
Tak rugi ka? Aku rasa aku ada baca artikel tahun ni.. Bidang perkhidmatan  perubatan malaysia diangg ...

Beli PCMC 1 bilion. Lepas setahun PCMC untung bersih 51 juta. Pulangan pelaburan lepas setahun = 5.1%.Khazanah dulu beli 40% pegangan dalam IHH. Up-kan IHH. Sekarang ada 26% pegangan dalam IHH.
Okay la tu, sebab khazanah sebenarnya ditubuhkan untuk rancakkan bisnes, bukan dia yang bolot bisnes.





Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 02:46 AM | Show all posts
karlmax8 replied at 18-9-2019 01:33 AM
PH sekarang macam BN dulu,buat apa2 tak explain kat rakyat. Biar rakyat sakit hati,bila dah kalah ba ...

couldnt agree more. where the hell is transperency?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2019 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 18-9-2019 02:02 AM
Beli PCMC 1 bilion. Lepas setahun PCMC untung bersih 51 juta. Pulangan pelaburan lepas setahun = 5 ...

But still aku rasa rugi.. Sekurang2 tu boleh jana pendapat kerajaan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 08:19 AM | Show all posts
diggerr replied at 18-9-2019 01:17 AM
Prince court tu maju kott

Xdanya maju. Byk internal issue. Diorang ni terlalu bagi muka kat foreigners/expat. Byk kes yg dtg, masuk wad, bila nak bayar kad kredit x cukup baki la bagai. Kalau VIP/VVIP tempatan pulak, diorang terima je masuk sebab takkan nak tolak?? Gila nak tolak VVIP atau kaum keluarga mereka? Bila dah kluar, biasanya ada pejabat khas atau pegawai khas mereka yg akan uruskan pembayaran.....sendiri mau ingat la. Sampai bila Khazanah nak pump duit??

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 08:21 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 18-9-2019 02:46 AM
couldnt agree more. where the hell is transperency?

Kalau dok baca info kat Cari, kat FB, kat Insta mmg la tau speku je. Baca la The Edge sesekali.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2019 10:05 AM | Show all posts
Prince Court hospital to contribute only 1% to IHH’s group earnings
    Wednesday, 18 Sep 2019
    9:01 AM MYT

KUALA LUMPUR: Kenanga Research expects Prince Court Medical Centre Sdn Bhd to to contribute less than 1% to IHH Healthcare’s group earnings based on the hospital’s normalised FY18 net profit of RM26mil.

In its research note issued on Wednesday, it also said the acquisition will only put a small dent to IHH’s net gearing of 0.2 times as at June 30, 2019.

On Tuesday, IHH announced it was buying Prince Court Medical Centre for cash consideration of RM1.02bil which works out to an implied EV/Ebitda (enterprise value/earnings before interest, tax, depreciation and amortisation) of 23.2 times which is at the higher-end of peer KPJ’s 14.7 times valuation.

“No changes to our FY19E/FY20E earnings forecasts for now. Reiterate underperform. Target price is RM4.85 based on sum-of-parts valuation,” it said.

It said the purchase price of RM1.02bil worked out to 23.2 times EV/Ebitda based on FY18 Ebitda of RM44mil. Based on Prince Court’s normalised net profit of RM26mil, the deal works out to 39.2 times price-to-earnings ratio.

Prince Court is one of the key strategic private hospitals in the Klang Valley which is expected to enable IHH to leverage on its wide network of hospitals to deliver potential synergies and offerings.

Prince Court Medical Centre operates 277 licensed beds, offering a wide range of medical, surgical and hospital services including cancer, gastrointestinal diseases, interventional cardiology, invitro fertilisation, nephrology, occupational health, orthopaedic and rehabilitation medicine.

The acquisition is expected to be completed by 1Q 2020.

“The group has pared down US$250m equivalent of its non-lira debt for Acibadem in April as part of on-going plan to reduce the exposure to Turkish lira’s volatility. The remaining balance of US$300mil is expected to be pared down sometime in 2020.

“We are concerned over issues at Fortis, including an auditor’s qualified audit report in FY18, risk of more provisions, lapses in internal controls, which led to the regulatory probing, which could well mean execution risk.

“Looking ahead, over the medium term, IHH is expected to face tough operating conditions on the back of: (i) the uncertain Turkish lira which has depreciated significantly against US$, euro and ringgit with continued volatility, and (ii) execution risk at Fortis as well as uncertainty over its timeline in terms of a turnaround to profitability,” it said.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sharfox replied at 18-9-2019 08:19 AM
Xdanya maju. Byk internal issue. Diorang ni terlalu bagi muka kat foreigners/expat. Byk kes yg dtg ...

Marhaen bersesak kat spital gomen. Dorang senang2 buat macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 03:53 PM | Show all posts
diggerr replied at 18-9-2019 03:46 PM
Marhaen bersesak kat spital gomen. Dorang senang2 buat macam tu...

Itu penyakit turun temurun....bg mengekalkan ketuanan kot?

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 08:57 AM | Show all posts
sekali sekala Khazanah bagi lah jual aset penting mereka pada org melayu Sabah & Sarawak pula....baru ekonomi bertambah rancak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:01 AM | Show all posts
Dah berbillion aset kena jual, katanya nak kurangkan hutang.
Masalahnya, BNM kata hutang makin bertambah bukannya berkurang. Banyak pulak tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 11:32 AM | Show all posts
Khazanah mengambil alih PCMC pada 2018 bertujuan memperkukuhkan sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia serta mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan bagi penjagaan kesihatan berkualiti di rantau ini.
Khazanah pakai duit rakyat....untuk benda lain yg tak menfaat rakyat...Spital kerajaan sepatut diberi perhatian...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 11:44 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 18-9-2019 02:02 AM
Beli PCMC 1 bilion. Lepas setahun PCMC untung bersih 51 juta. Pulangan pelaburan lepas setahun = 5 ...

khazanah beli pcmc dpd petronas dgn harga 1.08 bilion, sold to ihh pd harga 1.02. dah rugi tu. tu belum kira lg dividen/profit yg hilang dpd jual share ihh dulu. lg belum kira kepentingan rakyat yg blh dicover bila khazanah jd pemegang saham terbesar ihh dulu.

blh nampak zaman ye siapa yg lebih pandai. zaman bn, khazanah (syt milik kerajaan/rakyat) tlg up kan cashflow/akaun petronas dgn beli pcmc tp  zaman ph jual aset milik kerajaan kpd org luar.

kerajaan ph mmg bodoh


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 11:47 AM | Show all posts
utk yg terlebih bodoh tu kan, khazanah ni syt pelaburan yg antara tujuannya menambahkan pendapatan kerajaan. pendapatan tu la yg kerajaan blh top up bajet tahunan bagi digunakan utk upgrade segala mak nenek kemudahan utk rakyat ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2019 04:53 PM | Show all posts
Khazanah rugi RM600j jual Prince Court
19 September 2019


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, susah payah prestasi kewangan Pusat Perubatan Prince Court dipulihkan selepas diambil alih oleh Khazanah Berhad pada tahun 2018, tiba-tiba pemilikan hospital itu dijual kepada sebuah syarikat Jepun.

Dijual pula pada harga yang rendah iaitu RM1.02 bilion berbanding RM1.08 bilion ketika dibeli oleh Khazanah.

Harga jualan itu mendatangkan kerugian sebanyak RM600 juta kepada Khazanah, kata Najib.

“Pada bulan Mac 2018 pula, Khazanah Nasional membeli hospital ini dari Petronas dengan harga RM1.08 bilion. Prestasi hospital ini terus memulih dan meningkat dan mereka berjaya mencatat keuntungan RM50 juta untuk tahun 2018.

“Bulan ini pula, Khazanah menjual keseluruhan kepentingan mereka dalam Pusat Perubatan Prince Court kepada syarikat IHH Berhad dengan harga RM1.02 bilion – iaitu RM60 juta di bawah harga pembelian mereka.

“Khazanah tiba-tiba perlu mengalami kerugian RM60 juta ini walaupun hospital Prince Court telah berjaya dipulihkan dan mencatat keuntungan yang tinggi dan keuntungan mereka semakin meningkat.

“Sebaik sahaja berjaya dipulihkan dan mula mencatat keuntungan besar yang semakin meningkat, tiba-tiba dijual pula dengan harga lebih murah kepada syarikat swasta,” ujar beliau.

Najib memberitahu, Prince Court dibina semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Keempat dengan kos RM357 juta oleh Peremba Construction Sdn Bhd pada September 2002.

Tetapi syarikat Peremba gagal untuk menyiapkan projek tersebut dan kontrak mereka dibatalkan pada bulan Oktober 2006.

Projek pembinaan ini disambungkan oleh syarikat Sunway Construction Sdn Bhd dengan harga RM391 juta.

Akhirnya, hospital ini memulakan operasi pada akhir tahun 2007 dengan kos keseluruhan RM544 juta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.404954 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list