CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3223|Reply: 58

[Tempatan] Selepas meterai piagam dengan Umno, Hadi bertemu KM Sarawak

  [Copy link]
Post time 17-9-2019 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Selepas meterai piagam dengan Umno, Hadi bertemu KM SarawakFMT Reporters -

September 17, 2019 7:59 PM


Hadi Awang (kiri) bersama Abang Johari di pejabat ketua menteri hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi PAS hari ini membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg, tiga hari selepas parti Islam itu memeteri piagam bersejarah dengan Umno yang menandakan cabaran baru pada kerajaan Pakatan Harapan.

“Kami bertukar pandangan mengenai usaha untuk merapatkan persahabatan yang telah terjalin di antara Kelantan, Terengganu dan Sarawak, seterusnya mengukuhkan kerjasama untuk memelihara perpaduan dan keamanan dalam negara,” kata presiden PAS itu selepas bertemu Abang Johari di pejabatnya di Kuching.

Hadi diiringi Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee.

Pada 14 Ogos lepas, pemimpin PAS dan Umno memeterai Piagam Muafakat Nasional, berikrar akan menegakkan kepentingan Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.







Pada pilihan raya umum tahun lepas, Pakatan Harapan tidak memenangi Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sarawak.

Ketika PAS dan Umno merasmikan kerjasama mereka, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diketuai Abang Johari mengetuai parti-parti komponen BN lain di negeri itu keluar daripada BN dan membentuk Gabungan Parti Sarawak.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2019 10:13 PM | Show all posts

tanya sikit, kenapa dulu umno-pas tak boleh bersatu, tapi sekarang boleh pula ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 10:16 PM | Show all posts
Berharap Sarawak dan Sabah jangan sesekali berkompromi dengan golongan PAS.

Jangan biarkan PAS merosakan jiwa anda yang suchi dan bersih itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2019 10:22 PM | Show all posts
Asdan replied at 17-9-2019 06:13 AM
tanya sikit, kenapa dulu umno-pas tak boleh bersatu, tapi sekarang boleh pula ?

Kerana politik sememangnya gila dan gila kuasa!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 17-9-2019 10:13 PM
tanya sikit, kenapa dulu umno-pas tak boleh bersatu, tapi sekarang boleh pula ?

jawapannya sama je mcm mengapa tun dan lks dulu bermusuh sekarang boleh berjilat plk. dah politaik demi jawatan dan kuasa. yg gigeh nak tanya tu ngape
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 18-9-2019 09:59 AM
jawapannya sama je mcm mengapa tun dan lks dulu bermusuh sekarang boleh berjilat plk. dah politaik ...

X sama bro, lain bebenor...

LKS-Atok, DSAI-Atok semua tu mmg faktor kuasa politik, tp PAS-UMNO lain...

Dulu PAS tolak UMNO atas faktor akidah bkn faktor politik, PAS tolak UMNO sbb dasar PAS Quran dan Sunnah bkn Perlrmbagaan Lord Reid
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2019 10:31 AM | Show all posts
Bagus usaha Haji Hadi

Melayu Muslim di Sarawak sangat memerlukan pembelaan

ekonomi dan sosiopolitik mereka hanya dapat ditambahbaik melalui
kuasa politik yang ampuh

Ketika ini komunis yang gagal kuasai sarawak sewaktu darurat dahulu
semakin menguasai politik negeri tersebut melalui DAP dan kuncu2 nya
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 18-9-2019 10:31 AM
Bagus usaha Haji Hadi

Melayu Muslim di Sarawak sangat memerlukan pembelaan

Hahaha .... Ayat gini kat melayu semenanjung boleh lah pakai, tapi takkan laku pada melayu serawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2019 12:40 PM | Show all posts
akusukaq replied at 18-9-2019 09:59 AM
jawapannya sama je mcm mengapa tun dan lks dulu bermusuh sekarang boleh berjilat plk. dah politaik ...

lain, pru14, ph vs bn, pas vs bn, bila bn kalah, pas boleh pilih jadi kerajaan, tapi kenapa pilih jadi pembangkang ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 01:07 PM | Show all posts
Asdan replied at 17-9-2019 10:13 PM
tanya sikit, kenapa dulu umno-pas tak boleh bersatu, tapi sekarang boleh pula ?

sebab pas melihat bangsa2 spt cina dan india perlu dibantu.  kalau umno pas dah satu parti sejak dulu, agak2 apa jadi kpd cina yg cukup rasis hari ini?  kami orang melayu cuba utk imbangi keadaan dari masa ke semasa.  oleh itu bangsa pelampau spt kau patut sedar dan terima kasih kepada kami tuan asal Tanah Melayu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke arah merampas kembali gomen from ph.. yess..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 01:33 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 18-9-2019 01:07 PM
sebab pas melihat bangsa2 spt cina dan india perlu dibantu.  kalau umno pas dah satu parti sejak d ...

macamana nak bantu sebagai pembangkang ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 05:10 PM | Show all posts
Asdan replied at 18-9-2019 01:33 PM
macamana nak bantu sebagai pembangkang ?

pembangkan telah memberi banyak idea bagaimana pentadbiran sial ni perlu tangani  gejala kegagalan yang semakin menjadi. penjualan aset negara yang berleluasa perlu dihentikan segera.  cari jalan lain bagaimana menjaga tanahair in supaya lebih berjaya dengan ikhlas.  bukan sekadar khianat dan menjanamkan segala yang telah kami bina sekian lama.  

sama seperti kes gst ganti sst.  sepatutnya pentadbir baru menerima pandangan pembangkang untuk tidak membatalkannya secara membabi buta.  

tapi semua ini tidak diambil peduli oleh bangsa DAP bangsat yang dilihat terlalu mahu menunjukkan kejahatan pentadbiran era BN.  dan menyebabkan aset bumiputera diroboh atau dihilangkan terus.  

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 17-9-2019 10:13 PM
tanya sikit, kenapa dulu umno-pas tak boleh bersatu, tapi sekarang boleh pula ?


Hahhhaha... soalan bodo.. macam lerrr parti ko tu tak bergabung.. dulu pun sibuk carik pas jugakkk.. dah cerai ... kawin plak ngan mahade... kalau sendiri takdenyee boleh menang..sembang lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 08:03 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 18-9-2019 05:10 PM
pembangkan telah memberi banyak idea bagaimana pentadbiran sial ni perlu tangani  gejala kegagalan ...

pembangkang pun bantah gst

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 08:06 PM | Show all posts
lemak_masin replied at 18-9-2019 05:14 PM
Hahhhaha... soalan bodo.. macam lerrr parti ko tu tak bergabung.. dulu pun sibuk carik pas jugak ...

pru14, lawan umno, lepas pru14, kawan umno, kenapa ya ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 09:08 AM | Show all posts
Asdan replied at 18-9-2019 08:03 PM
pembangkang pun bantah gst

kenapa kau amik kira pas pulak?  pembangkang kan ada umno juga?  takkan ni pun tak cerdik.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:12 AM | Show all posts
Asdan replied at 17-9-2019 02:13 PM
tanya sikit, kenapa dulu umno-pas tak boleh bersatu, tapi sekarang boleh pula ?

tanya jugak, kenapa dulu madey x nak kawan dengan DAPig...tapi sekarang boleh kawan..
tanya jugak kenapa dulu madey beria jatuhkan anwar..tapi sekarang boleh kawan...
tanya jugak, kenapa dulu PKR wan jijah, izzah and konco2nya kecam madey ...tapi sekarang boleh kawan..
tanya jugak, kenapa dulu mat sabu kecam madey kaw2..tapi sekarang boleh kawan..


ahhh..banyak lagi persoalan boleh kutanya....

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:25 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 19-9-2019 09:08 AM
kenapa kau amik kira pas pulak?  pembangkang kan ada umno juga?  takkan ni pun tak cerdik.

pas lebih pengalaman sebagai pembangkang
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 10:26 AM | Show all posts
SWORKS27 replied at 19-9-2019 09:12 AM
tanya jugak, kenapa dulu madey x nak kawan dengan DAPig...tapi sekarang boleh kawan..
tanya jugak ...

sebab keluar umno
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.117465 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list