View: 6939|Reply: 27
|
Bajet Selalu Lari? Urus Kewangan Cara Mudah Guna 'Sistem 6 Balang'
[Copy link]
|
|
Edited by azamsan1 at 18-9-2019 11:57 AM
Urus Bajet Cara Mudah Guna 'Sistem 6 Balang'
Dalam dunia hari ini, pengurusan kewangan bukan lagi satu pilihan. Ia adalah satu pengetahuan wajib untuk dikuasai bagi memastikan kelangsungan hidup yang sejahtera.
Namun, ada sesetengah orang menganggap pengurusan kewangan bukanlah satu perkara mudah, lebih-lebih lagi jika tidak berminat dalam hal kira-mengira.
Foto: Buzzfeed
Sebenarnya, ada satu kaedah yang boleh dijadikan panduan untuk membuat keputusan tentang perbelanjaan dari pendapatan kita. Kaedah ini mombolehkan kategori perbelajaan dapat dapat dilihat dengan jelas.
Secara tidak langsung ianya akan memudahkan kita menentukan samada kita mampu atau tidak berbelanja untuk sesuatu kategori perbelanjaan tertentu dengan tidak menjejaskan kemampuan untuk berbelanja dalam kategori lain.
Kaedah pengurusan kewangan ini dikenali sebagai ' 6 Jars System' atau sistem 6 balang yang diperkenalkan oleh T. Harv Eker.
Dalam kaedah ini, pendapatan yang kita terima akan dibahagikan kepada enam kategori atau '6 Balang'. Jumlah peruntukkan dalam 6 balang ini adalah mengikut peratusan dari jumlah pendapatan yang diterima seperti berikut:
1) Keperluan (50-55%),
2) Kebebasan Kewangan (10%),
3) Pendidikan (10%),
4) Perbelanjaan Masa Panjang (10%),
5) Hiburan (10%),
6) Derma (5-10%).
Sebaik menerima gaji, cepat-cepat buat pindahan wang kepada enam akaun berbeza, setiap satu akaun akan mendapat peruntukkan berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan untuk setiap tabung bergantung pada pendapatan yang diterima.
Gunakan wang yang telah diperuntukkan dalam setiap akaun untuk tujuan yang telah ditetapkan sahaja.
Foto: Muzli - Design Inspiration
1. Keperluan (50-55%)
Wang dalam tabung pertama digunakan sepenuhnya untuk keperluan. Semua jenis keperluan asas seperti makanan, barangan dapur, tempat tinggal, pengangkutan (ansuran bulanan kereta atau tambang pengangkutan awam), duit minyak atau segala bil-bil utili.
Ini termasuk kos untuk menyeleggara keperluan seperti yang disenaraikan, contohnya tukar tayar, betulkan sinki, pembersihan rumah dan yang berkaitan dengannya.
2. Kebebasan Kewangan (10%)
Wang dalam tabung ini digunakkan untuk pelaburan yang menjaga nilai semasa wang di samping memberi keuntungan.
Contohnya, seperti pelaburan saham, simpanan amanah, pelaburan hartanah, perniagaan yang memberikan pendapatan pasif dan sebagainya.
3. Pendidikan (10%)
Seperti namanya, wang yang disimpan dalam tabung pendidikan ini digunakan untuk perkara berkaitan pendidikan dan pembangunan diri.
Contohnya beli buku, langgan kursus dalan Udemy, kelas agama, bayar yuran pengajian, menghadiri seminar, yuran dan perbelajaan sekolah, simpanan pendidikan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pembangunan diri.
4. Perbelanjaan Masa Panjang (10%)
Wang dalam tabung ini akan kita gunakan bagi tujuan sesusatu perbelanjaan besar yang dibuat sekali sekala. Mungkin berlaku sekali atau dua kali dalam setahun, di mana memerlukan kita mengumpul wang untuk tujuan tersebut.
Contohnya, membeli sofa baru, bercuti di luar negara, simpan wang untuk pergi haji, nak bayar duit muka untuk beli kereta baru dan sebagainya.
Jika ada hutang lama yang tertangguh, gunakan sebahagian wang dari tabung ini untuk melangsaikan hutang tersebut perlahan-lahan.
Foto: Gfycat
5. Hiburan (10%)
Wang dalam tabung in mesti digunakan sepenuhnya untuk tujuan hiburan diri atau keluarga tanpa rasa bersalah. Apapun, inilah wang yang mana anda sudah berkerja keras untuk mendapatkannya.
Wang dalam tabung inilah yang digunakan untuk makan di restoran mewah, pergi ke taman tema, berjalan-jalan ke tempat-tempat menarik atau bercuti pendek bersama keluarga.
6. Derma (5%)
Bukan semua yang diterima adalah milik kita, sebahagiannya adalah milik orang lain dan kita mungin tidak dapat mendapat manfaat dari apa yang kita lakukan tanpa bantuan dari orang lain. Untuk itu bersyukurlah kerana Allah berjajnji untuk menambahkan apa yang dikurniakan.
Wang dari tabung derma inilah digunakan untuk tujuan infaq ke badan-badan kebajikan yang dipilih, zakat harta, waqaf al-quran, pembinaan masjid, surau, madrasah, sekolah tahfiz, kumpul wang untuk Qurban pada Adil Adha, sumbangan tunai ke tabung-tabung sedekah dan orang-orang yang memerlukan yang kita jumpa dan sebagainya.
Foto: Money Crashers
Kaedah ini mudah dan praktikal, tidak perlu pengiraan rumit dan tidak memerlukan anda untuk menjadi pakar kewangan.
Apa yang penting adalah disiplin. Selamat berjaya! - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Bajet aku lari sbb aku gila main kutu.. Sebulan rm1000 main kutu.. Huhuhu.. Tu belum kira gila beli barang kat shopee.. Insaf seketika. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dh gaji ciput.. tp keperluan besar. Sama jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ngarut
nowadays
takat gaji 3k ke 4k dgn anak lebih 2 org
bazir masa jer baca petua2 nih |
|
|
|
|
|
|
|
susah betul bila hidup duit sikit nafsu besar ni
setiap bulan tipu diri sendiri next month nak start saving.
kalau dulu2 senang, pegang cash je, boleh control..
skrg ni ade online banking, duit cash gerak, online pun gerak.. haih laaa |
|
|
|
|
|
|
|
sesuai tuk mereka yg baru belajar pgang duit..
baru kerja..bbnu..
tuk yg dah ala2 warga emas ni..kerak dah melimpak2..mmg agak ssh.
paling koman..buat automatic standing instruction tiap bln.. |
|
|
|
|
|
|
|
makan ubat cacing nanti kutu hilang
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 18-9-2019 12:11 PM
makan ubat cacing nanti kutu hilang
Hahahaa.. X leh la kaka.. Main kutu @ kut ala2 simpanan la gitu |
|
|
|
|
|
|
|
main kutu brp nama ni kaka?
boleh simpan ke klu mcm ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
ibu_haritz replied at 18-9-2019 12:27 PM
main kutu brp nama ni kaka?
boleh simpan ke klu mcm ni?
Main kutu 10 hari 100 pakai 5 nama.. 4 nama dpt dekat2..hahaha yg dekat2 terus simpan dlm asb. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bijak merancang kewangan tak perlu sampai kena buka tabung sana sini. Tapi kalau buka tabung sana sini tapi tak ikut betul2 seperti dirancang tak jadi juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Berbelanja lah ikut poket. Jangan tengok poket orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak sempat nak bukak tabung..
laju jek dia mengalir... |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua salah online banking hahahaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
asb sekrang kan boleh transfer online jerk
time gaji tu trus je la transfer
|
|
|
|
|
|
|
|
haryatie replied at 19-9-2019 08:06 AM
asb sekrang kan boleh transfer online jerk
time gaji tu trus je la transfer
Hahaha.. Tu la tapi sbb gila main kutu.. Mmg dpt saja duit kutu baru boh dlm asb |
|
|
|
|
|
|
|
simpanan pun tabung haji je..itupun potong gaji bulan bulan.
kuatkan hati jangan nak menggatal kluarkan . |
|
|
|
|
|
|
|
manage duit kena berdisiplin...nafsu tolak tepi kejap..settlekan hutang yg utama..dan utamakan keperluan..lepas tu br layan kehendak..tp kena cermin diri jgk la kehendak tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|