CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11281|Reply: 96

[Tempatan] HR tersilap transfer gaji ke akaun staff yg dah resign

  [Copy link]
Post time 18-9-2019 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Rugi akibat tersilap bayar gaji pekerja sudah berhenti
Bernama | Diterbitkan pada September 18, 2019 12:36 MYT

KUANTAN: Seorang pengurus sumber manusia sebuah syarikat di taman perindustrian di sini mendakwa kerugian RM7,298 kerana tersilap membayar gaji kepada kakitangan yang telah berhenti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki yang berusia 27 tahun itu mendakwa, wang berkenaan dikreditkan ke dalam akaun milik dua bekas pekerja bagi pembayaran gaji Ogos, sedangkan mereka telah meletak jawatan pada Julai lalu.

"Pengadu mendakwa telah menghubungi bekas pekerja itu untuk memulangkan semula wang tersebut namun dimaklumkan mereka enggan memberikan kerjasama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata, pengadu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang pekerja am mendakwa kerugian RM5,480 selepas membuat permohonan pinjaman wang dengan syarikat tidak wujud sejak 30 Ogos lalu.
Mangsa mendakwa berurusan dengan wakil syarikat tersebut menerusi nombor telefon pada iklan di laman sosial yang memaklumkan pinjaman sebanyak RM10,000 telah diluluskan.

"Bagaimanapun, mangsa diarahkan untuk membuat bayaran pemprosesan pinjaman terlebih dahulu yang dijelaskan menerusi transaksi atas talian sebanyak sembilan transaksi dalam tempoh dua hari bermula 7 September lalu," katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa akhirnya membuat laporan di IPD Kuantan semalam, kerana berang masih diganggu untuk membuat bayaran walaupun jumlah yang dibayar sudah melebihi separuh daripada nilai yang mahu dipinjam. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2019 05:45 PM | Show all posts
"engadu mendakwa telah menghubungi bekas pekerja itu untuk memulangkan semula wang tersebut namun dimaklumkan mereka enggan memberikan kerjasama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


kah3...kalau aku buat2 mati org dtg umah
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingTomey replied at 18-9-2019 05:45 PM
kah3...kalau aku buat2 mati org dtg umah

pegawai tu kena ganti. cuai bebenor.
once resgin seme benda dah diblock awal2... aku resign dulu server trus takleh masuk dah haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila HR officer buat keja payroll....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana la boleh silap.. Gila.. Biasanya dah resign.. Terus kena block..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 18-9-2019 05:51 PM
pegawai tu kena ganti. cuai bebenor.
once resgin seme benda dah diblock awal2... aku resign dulu  ...

Selalu bila resign...hari last day tu dah mcm org asing kat situ....nk masuk HR utk serah kunci locker, serah badge, ada security ikut....dah selesai, security escort sampai depan gate pulak...pastu, jgn tunjuk muka dah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2019 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 18-9-2019 05:58 PM
Selalu bila resign...hari last day tu dah mcm org asing kat situ....nk masuk HR utk serah kunci lo ...

klau company audit lg la... takde makna la bleh tersalah byr gaji haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-9-2019 05:58 PM
Mcm mana la boleh silap.. Gila.. Biasanya dah resign.. Terus kena block..

company tak besar la ni.. hr sort buat seme keje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2019 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 18-9-2019 06:00 PM
company tak besar la ni.. hr sort buat seme keje

Mungkin la.. Naya hr tu kena ganti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-9-2019 05:58 PM
Mcm mana la boleh silap.. Gila.. Biasanya dah resign.. Terus kena block..

Nampak sgt dia tak buat kerja...klu payroll yg tersilap byr, munasabah jugak sbb HR tak inform....

Padan muka....pasni dia kena ngadap satu HR ke satu HR comp lain utk cari keja pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
X staff tu kira mencuri ke ape bukan salah dorg un
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-9-2019 06:01 PM
Mungkin la.. Naya hr tu kena ganti.

Akk rasa HR tak inform payroll yg staff tu dah resign....sbb tu dia kena bertanggungjawab....

Klu company kecik...mesti blh tau sapa yg resign kannn....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohd Wazir berkata, mangsa akhirnya membuat laporan di IPD Kuantan semalam, kerana berang masih diganggu untuk membuat bayaran walaupun jumlah yang dibayar sudah melebihi separuh daripada nilai yang mahu dipinjam. - BERNAMA

Apa bodoh sangat la...siap nak berang2 bagai
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 18-9-2019 06:02 PM
Nampak sgt dia tak buat kerja...klu payroll yg tersilap byr, munasabah jugak sbb HR tak inform.... ...

Sapa nak caya kat dia dah kalau dia minta dlm bidang HR juga..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena byr blk ke? Sbb kalau bank salah masuk duit tiba2 dlm akaun kita,pastu kalau bank sedar,  auto je bank ambik blk..igtkan once duit dlm akaun kita, mmg jd milik tetap xboleh kacau
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 18-9-2019 06:05 PM
Akk rasa HR tak inform payroll yg staff tu dah resign....sbb tu dia kena bertanggungjawab....

K ...

Yap.. Biasanya kecik ni lagi senang nak tau.. Kalau sy dulu masa kat intel.. Pukul 5 pm dah autolock laptop. Tak boleh log in dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2019 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Loqlaq
Hahahhaahha
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang buat kerja cuai tu satu hal. Yang dapat duit dalam akaun tu enggan pulangkan balik apa kes? Orang lain tersalah masuk pun tetap bukan hak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-9-2019 06:11 PM
Yap.. Biasanya kecik ni lagi senang nak tau.. Kalau sy dulu masa kat intel.. Pukul 5 pm dah autolo ...

Sarah jeja kat intel Penang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 06:20 PM | Show all posts
iols pernah dapat 2 bulan berturut2 tak lama lepas tu diorang hantar surat minta kembalikan duit tu, siap hadis2 kalau bukan hak kita tak baik ambik bla3 lagi...lawak sangat masa tu iols buat RA dengan lecturer. So bila tanya lecturer, dia kata tak tau...rupanya dari kampus lain haha...tapi iols dah pulangkan balik la...terkezut yach tengok bank akaun ada duit banyak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.269588 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list