View: 1877|Reply: 17
|
[Politik]
Jerebu: Zed Zaidi anggap menteri banyak drama, bukan jaga kebajikan
[Copy link]
|
|
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mendakwa menteri PH asyik berpolitik dan berdrama berbanding menggembleng usaha efektif dalam menangani isu jerebu yang semakin serius ketika ini.
Zed berkata, menteri tidak mengambil serius perihal situasi ditanggung rakyat yang menderita akibat pencemaran jerebu apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa negeri semakin banyak di paras bahaya.
“Nak tanya menteri pun rasanya tak payah la sebab dorang (mereka) bukan tahu sangat pasal kebajikan rakyat asyik politik dan berdrama 24 jam walaupun dah jadi menteri.
“Dah jadi menteri pun b** hmm…rakyat lagi kesian sebab diper***kan selama ini haaiiii… sayangi Malaysiaku,” katanya melalui hantaran di media sosial.
Zed menujukan kenyataan itu kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan.
Sementara itu, bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Zed berkata, dia mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran bimbang melihat situasi yang terpaksa dihadapi anaknya, Ryan Ziqry, berusia tujuh tahun pagi tadi.
Menurut Zed, hidung Ziqry mengalirkan darah tanpa henti dipercayai akibat jerebu yang semakin serius pagi tadi.
“Hidung anak saya berdarah selain dia sakit tekak dan sesak nafas. Pada masa sama, saya bimbang sekiranya berlanjutan keadaan kesihatan dia akan lebih teruk,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
KPM melalui kenyataannya mengisytiharkan sebanyak 1,484 sekolah di tujuh negeri diarahkan tutup hari ini berikutan peningkatan bacaan IPU di sekitar kawasan masing-masing setakat 1 tengah hari tadi.
Menurut KPM), penutupan sekolah terbabit membabitkan 1,003,310 pelajar.
Ini termasuk 66 sekolah di Wilayah Persekutuan membabitkan 48,527 pelajar dan 53 sekolah di Negeri Sembilan dengan 28,073 pelajar turut diarahkan tutup berikutan beberapa kawasan mencatatkan bacaan IPU melebihi 200 iaitu sangat tidak sihat.
Turut dilaporkan, Selangor mencatatkan penutupan sekolah paling tinggi iaitu membabitkan 538 sekolah diikuti Sarawak (337); Perak (303); Pulau Pinang (162) dan Putrajaya (25).
Bermula esok hari, semua sekolah di Selangor akan ditutup selama dua hari manakala sekolah-sekolah di Pulau Pinang dan Putrajaya akan ditutup selama satu hari akibat jerebu, maklum sekretariat kerajaan negeri Selangor, serta pengarah pendidikan negeri Pulau Pinang dan Putrajaya.
Kata Zed, sebagai bapa - dan bergantung pada situasi tertentu - sememangnya dia boleh bertindak menghalang anaknya daripada hadir ke sekolah, namun enggan berbuat demikian.
Menurut pemilik nama sebenar Rozaidi Abdul Jamil itu, dia tidak mahu melanggar peraturan sekolah apatah lagi sekiranya perbuatan itu menyebabkan anaknya disifatkan sebagai “ponteng kelas.”
“Saya sendiri tak pernah ponteng sekolah sejak dari tingkatan satu hingga lima. Saya masih mahu ikut peraturan selagi tak keluarkan arahan.
“Saya tak mahulah buat keputusan sendiri dan ajar anak ponteng kelas,” katanya.
Justeru, kata pelakon drama Sembilu Kasih itu, sewajarnya ada pegawai memantau perkara berkaitan jerebu di semua sekolah dan mengeluarkan arahan penutupan secepat mungkin dengan mengeluarkan notis awal.
“Perkara macam ni jangan diumumkan melalui aplikasi WhatsApp tapi secara bertulis, sebab kita tak nak perkara lain pula berlaku membabitkan kebajikan sekolah anak-anak,” katanya.
Zed berkahwin dengan Natalia Mustafa Kamal pada 29 April 2011. Selain Ryan, pasangan itu dikurniakan dua lagi anak kembar perempuan iaitu Vea Raiqa dan Gia Raissa, yang kini berusia tiga bulan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Habih la pH.. seniman pun dah cap bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
pairoparia pn ngaku menteri PH x reti wat kije...prrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrfffffffffffffffffght |
|
|
|
|
|
|
|
So nk gomen psg kipas besar menara KL tiup angin ka?
Dari sejak baby sampai budak tu sekolah.ko tak mampu beli penutup muka n95 ka? |
|
|
|
|
|
|
|
betul elok syarikat kerajaaan dan swasta dari maleysie sume tutup kebun sawit kat indon mesti jerebu tak akan terulang lagi , kebun sawit kat malaysie ade seciput je berbanding dengan sawit yang ade kat indon macam mane boleh jadi pengeluar sawit terbesar ke due kalau bukan mengandalkan dari kebun sawit yang ditanam kat indon |
|
|
|
|
|
|
|
elok dijual kan saja kebun kebun sawit di indon tu
kan sekarang zaman lelong asset
|
|
|
|
|
|
|
|
payah jenis yang tak nak membaca n dengar berita nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
harus la pasang kipas gergasi tu...tolak asap2 tu kat negara tetangga kan....
baru ler nampak menteri buat keje sikit...
mcm anak dia sorang aja la yg terkena...
aku rasa anak2 org lain takde beze..
sedut udara yg sama...
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga zz dilantik jd menteri alam sekitar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Well, seniman Umno, takkan dia nak puji Dapig pulok kan |
|
|
|
|
|
|
|
ble pairoparia cai dapig nk cite psl pac tu bias n conflict....gomen diskriminasi cina dngn mewajibkn BM? prfffffffffffffffffffffffffffffffght |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 19-9-2019 06:11 PM
Bodonya zed zaidi..ko ingat zaman bn x penah hirup herebu ka.jerebu plg teruk dlm sejarah thn 2005/13 pak lah/najib yg jd pm..kompeni2 msia kat indon tu start tnam bakar sawit pn zman bn |
|
|
|
|
|
|
|
kapir jongos ni macai ph ke..prffffffffffffffffffffffffght
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Melorqe replied at 19-9-2019 01:57 PM
elok dijual kan saja kebun kebun sawit di indon tu
kan sekarang zaman lelong asset
betul jual sume kebun sawit malaysia kat indon biar kitorang tak payah lagi nak menjilat cina beli sawit malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan diam bertapa makin bijak.. Rupanya tetap bodoh seperti dahulu kala |
|
|
|
|
|
|
|
Ko g komplain kt indo la jek jaidi |
|
|
|
|
|
|
|
Muncul sesekali je ke jed jaidi ni? |
|
|
|
|
|
|
|
actually mesej dia nak sampaikan simple je.
kejaan PH memang bo***.
sekian.
isu jerebu tu just polo the trend.
biasa la dapig dan hindraf dalam ni yang perasan urban dan bertamadun pun bowdow piang tak campur air pekat dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|