CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4228|Reply: 40

[Tempatan] Polis terima laporan isteri hilang selepas tembakan di Rawang

  [Copy link]
Post time 18-9-2019 11:39 PM | Show all posts |Read mode
Polis terima laporan isteri hilang selepas tembakan di RawangNur Hasliza Mohd Salleh -

September 18, 2019 7:13 PM


Noor Azam Jamaludin (kanan) menunjukkan gambar Moganambal Govidansamy yang dilaporkan hilang selepas kejadian berbalas tembakan antara 3 penyamun dan polis di Rawang dalam sidang media khas di IPK Selangor hari ini.

SHAH ALAM: Polis Selangor menerima laporan berhubung kehilangan isteri seorang daripada tiga lelaki yang ditembak mati di Batu Arang, Rawang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin mengesahkan adik kepada wanita tempatan terbabit, Moganambal Govidansamy, membuat laporan polis pada hari sama kejadian itu.

Katanya, wanita terbabit ialah isteri Vijayaratnam Janarthanan, 40, yang berasal dari Sri Lanka manakala 2 lagi lelaki iaitu Thavaselvam Gobindasany, 33, dan Mahendran Santhirasegaran, 23, merupakan warganegara Malaysia.

Beliau berkata, ketiga-tiganya ahli kumpulan samun aktif di sekitar Selangor, khasnya Rawang.







Beliau mengesahkan tiada rekod kemasukan Vijayaratnam ke Malaysia, manakala Thavaselvam dan Mahendran mempunyai rekod jenayah lampau terbabit dalam kegiatan kongsi gelap Geng 08 di Rawang serta Sentul.

Azam sekali lagi menafikan dakwaan mengatakan wanita itu berada dalam kereta dinaiki tiga lelaki itu ketika kejadian berbalas tembakan berlaku.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Moganambal untuk tampil membantu siasatan.

“Kami perlukan dia untuk teruskan siasatan sebab bila kejadian ini berlaku, dia pula tiba-tiba hilang,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor hari ini.



Tiga lelaki dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata dan pecah rumah, maut dalam kejadian berbalas tembakan di KM22, Jalan Batu Arang, Rawang, pada 5 pagi Sabtu lalu. Polis kemudiannya menemui dua pucuk pistol separa automatik, tiga bilah parang dan tiga sarung muka.

Bagaimanapun, Azam semalam menafikan dakwaan seorang wanita berada dalam kereta Volkswagen Polo yang dinaiki tiga lelaki ditembak mati dalam kejadian di Batu Arang itu.

Katanya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian hanya menemui tiga suspek yang disyaki terbabit dalam kes samun bertopeng di kawasan Rawang, Batu Arang dan Kundang, serta polis bertindak selepas suspek melepaskan tembakan ke arah mereka.

Beliau berkata demikian susulan ahli keluarga seorang suspek yang maut dalam kejadian itu mendakwa polis tidak mahu mendedahkan maklumat isteri seorang suspek yang didakwa ada bersama mereka ketika kejadian dan belum ditemui sehingga kini.

Ahli keluarga tiga lelaki itu kemudiannya membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) meminta siasatan penuh ke atas kejadian berkenaan.

Semalam, Azam dilaporkan berkata, jika ahli keluarga membuat laporan mengenai kehilangan wanita itu, polis akan menjalankan siasatan dan mengklasifikasikannya kes orang hilang.

Hari ini, Azam berkata, polis belum menerima sebarang panggilan atau permintaan daripada Suhakam tetapi beliau mengalu-alukan suruhanjaya itu menyiasat kejadian tersebut.

Semalam, Pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph dilaporkan berkata, pihaknya akan menyiasat sama ada wujud salah guna kuasa polis atau pelanggaran prosedur operasi standard dalam kejadian itu.

Katanya, Suhakam akan menemui ketua polis Selangor dan pegawai penyiasat untuk mendapatkan butiran kes itu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku wow.. Dah mmg penjenayah.. Lps tu boleh pulak report suhakam kononnya berlaku salah guna kuasa polis fuhhh.. Dasyat penjenayah skrg
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 19-9-2019 12:25 AM
Aku wow.. Dah mmg penjenayah.. Lps tu boleh pulak report suhakam kononnya berlaku salah guna kuasa p ...

Depa report suhakam pasal wife yang hilang ni kan... Disyaki berada di tempat kejadian tapi takde... Depa la yang syak....

Geng ni ke yg semlm i ada baca sebelum ni depa merompak tembak rambang mati sorang warga tua? Tapi yg tu mcm bukan semua mati tempat sama, ada yang polis cari sampai rumah..

Banyak sangat kisah jenayah.. Dah lupa kes sama ke kes lain....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dak sah ahli keluarga ko kaki rompak geng samseng ada hati nak ngadu pd suhakam.semua  elok ditembak mati je termasuk yg sebuk nak mendakwa polis tu.
baru satu pencapaian utk malaysia baru
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting boleh report
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Family patut minta maaf dan malu dengan kejahatan ahli keluarga masing2. Dasar keluarga penjenayah. Patut anak2 jahat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2019 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 19-9-2019 05:55 AM
dak sah ahli keluarga ko kaki rompak geng samseng ada hati nak ngadu pd suhakam.semua  elok ditembak ...

Hahaha.. kicap biasaklaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 19-9-2019 05:54 AM
Depa report suhakam pasal wife yang hilang ni kan... Disyaki berada di tempat kejadian tapi takde. ...

Tu depa mention ttg salah guna kuasa dan breach of sop.. Depa akan buat mcm2 utk cover salah bangsa depa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 07:54 AM | Show all posts
amboiiiii...buat repot bagai
mcam la perangai bagus sgt
semakin menjadi jadi geng dia org ni

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 dah kena bunuh dgn laki sendiri n manyat dah kena buang.geng kicap ni bukan leh caya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana tiada rekod masuk sini?...
Ikut lubang tikus ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
(se) Moga nambal selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kelly ng ni dikatakan ummah suci oleh segelintir forumer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Good riddance yang 3 itu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok sah duk cari laa polis oii.. yg pasti muka tak cun.. buang karan pi cari
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 18-9-2019 04:25 AM
Aku wow.. Dah mmg penjenayah.. Lps tu boleh pulak report suhakam kononnya berlaku salah guna kuasa p ...

Ketua suhakam to kleng jugak. Kaw tgk commissioner yg botak toh. Kleng. Bawahan dia yg jaga unit2 toh kleng. Mak dah ikut memorandum Orang Asli dari awal2 lagi dgn suhakam bodo to. Melayu2 yg keje dalam toh pencacai dari zmn umno lagi. Umno tumbang pon sb suhakam to tak dipantau umno. Padan lar dgn muka kerajaan umno yg bodo toh. Mak dah ingatkan set2 di pekan tp dene buat bodo jer pemalasss nk alert pusat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 19-9-2019 09:37 AM
Ketua suhakam to kleng jugak. Kaw tgk commissioner yg botak toh. Kleng. Bawahan dia yg jaga unit2  ...

Hahaha.. Sekali baca ayat bedah.. Mmg kena sebijik umno. Yap.. Umno baik sgt dulu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:42 AM | Show all posts
Beliau mengesahkan tiada rekod kemasukan Vijayaratnam ke Malaysia....

Berapa ramai lg yg masuk xde rekod nih........oh malaysiaku.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 11:06 AM | Show all posts
bini dia hilang sebab bini dia 'hantu'

bet me

hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg dari sri lanka tu tamil eelam ke? Gang penang tu???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064711 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list