JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
131641
View
338
Reply

Ideas, announcement, feedback, report thread kene sorok antu nenen

[Copy link]

Author: tin       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 5-8-2004 07:01 PM | Show all posts
Sapa yang ndak beli Janes Armor and Artillery 1997-98, sila pm saya.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2004 09:06 PM | Show all posts
DIEDIT OLEH MODERATOR.

[ Last edited by jazim on 6-8-2004 at 09:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2004 02:26 AM | Show all posts
Originally posted by eva at 6-8-2004 13:06:
DIEDIT OLEH MODERATOR.

[ Last edited by jazim on 6-8-2004 at 09:22 PM ]

;) sorry... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2004 05:15 PM | Show all posts
Originally posted by eva at 6-8-2004 09:06 PM:
DIEDIT OLEH MODERATOR.

[ Last edited by jazim on 6-8-2004 at 09:22 PM ]



oooo kena edit
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2004 12:42 PM | Show all posts
emmm apa gaknya....smpi mod jazim edit ek..????:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2004 06:03 AM | Show all posts
October 13, 2004 08:55 AM     

Defence Media Award To Be An Annual Event, Says Najib


KUALA LUMPUR, Oct 13 (Bernama) -- The Defence Media Award, which made its debut this year, will be made into an annual event to encourage more journalists from the print and electronic media to write news and articles on the Malaysian Armed Forces (MAF).

It is one way of showing MAF's appreciation to the media for letting society know of the sacrifices of its members in maintaining peace and security in the country.

"They are humans too...articles about what they do will make them feel appreciated. This will encourage them to carry out their duties with greater dedication," said Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is also the Defence Minister.

He was speaking at inaugural Defence Media Award Dinner 2003 here, which saw Utusan Malaysia bagging the Best Newspaper Award. The Best Newspaper Journalist Award meanwhile went to Leslie Andres from The New Straits Times while Norzie Pak Wan Chek of TV3 bag the award for TV Journalist category.

The Best Magazine Journalist Award went to Mohd Zaki Salleh of Tempur while the Best Photographer Award to Raja Jaafar Raja Ali of Utusan Malaysia.

The award carries a cash prize of RM2,000 in addition to a plaque and certificate.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2004 10:02 AM | Show all posts
Congrats to all the winners esp warga Tempur and specifically Tuan Zaki yang banyak menulis ttg pertahanan dengan penuh ilmiah sejak menjadi ahli2 sidang2 redaksi perajurit lagi.

It was not an error 4 me utk mengikuti terbitan Tempur selepas mereka beralih kapal....

ahli2 tempur yang lain bila nak menang award....:cak:  btw tuan jazim tak nak tulis utk tempur lagi ka?....lama tak nampak by-line...

saya juga mengucapkan tahniah kpd UM kerana berani  mengadakan ruangan artikel khusus ketenteraan setiap sabtu yg lebih menarik daripada competitor,,,cuma harap gaya tentera lebih regular publishingnya dan pada masa yg tetap macam dahulu..takadalah jadi sepecial isu mcm skrg yng boleh saya miss kalau kebetulan tak beli....

walaubagaimanapun saya harap selepas ni artikel2 pertahanan yg disiarkan di mana2 media massa akan lebih berwibawa lagi, takdalah lagi kesalahan janggal yg mungkin digelakkan mrk yg lbh mengetahui....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-10-2004 11:00 AM | Show all posts
khabarnya pasukan akrobatik tentera udara Perancis akan datang pada 28-30 bulan ni untuk buat pertunjukan akrobatik di Subang AFB. dulu depa dah datang dah. kalu tak salah tahun 2001. depa ada buat akrobatik kat ruang udara KL. Anyway, sapa yang duduk kat Subang AFB memang bertuah.











Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2004 11:08 AM | Show all posts

yup...

Originally posted by tin at 15-10-2004 11:00:
khabarnya pasukan akrobatik tentera udara Perancis akan datang pada 28-30 bulan ni untuk buat pertunjukan akrobatik di Subang AFB. dulu depa dah datang dah. kalu tak salah tahun 2001. depa ada buat ...


selalu sangat diorang datang sesambil nak promote new tech n expertice in handling air craft... dulu aku kat subang leh ler tengok nih tapi sekarang kat kuching...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-10-2004 12:41 AM | Show all posts
Minggu lepas telah berlangsung Ex-Puma yang di adakan di sekitar sempadan Pahang dan Johor. Dengar cerita, pertempurannya cukup dasat ooo... buat julung-julung kalinya Adnan IFV digunakan dalam exercise ni. Sori ek, lambat bagitau. :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2004 09:32 AM | Show all posts

huyyo...

Originally posted by tin at 20-10-2004 00:41:
Minggu lepas telah berlangsung Ex-Puma yang di adakan di sekitar sempadan Pahang dan Johor. Dengar cerita, pertempurannya cukup dasat ooo... buat julung-julung kalinya Adnan IFV digunakan dalam e ...


err... tin.. takkan xder gambar kot... letak ler kat dalam nih, leh kiter kongsi ramai2..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-10-2004 01:13 PM | Show all posts

alahai.....

hajat di hati memang le sesangat nak taruk kat forum ni. tapi apakan daya, tidak di beri kebenaran. sori la sesangat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2004 10:21 PM | Show all posts
Moderator tolong digest thread thread yang berguna.

Thank you
Darsita
Reply

Use magic Report

pakcik_d This user has been deleted
Post time 31-10-2004 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by tin at 20-10-2004 00:41:
Minggu lepas telah berlangsung Ex-Puma yang di adakan di sekitar sempadan Pahang dan Johor. Dengar cerita, pertempurannya cukup dasat ooo... buat julung-julung kalinya Adnan IFV digunakan dalam e ...


ada masuk dalam gaya tentera, utusan sabtu semalam. 12 melayu ek
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2004 08:13 AM | Show all posts
juga menjadi feature article dan front page Tempur November...banyak gambar :hatdown:
Reply

Use magic Report

pakcik_d This user has been deleted
Post time 2-11-2004 02:41 AM | Show all posts
Originally posted by mmc at 1-11-2004 08:13:
juga menjadi feature article dan front page Tempur November...banyak gambar :hatdown:


tempur nov dah keluar ke? kat tempat pakcik tak sampai lagi kot....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2004 08:14 AM | Show all posts
ada tempat dah keluar.....sapa tengok Utusan haritu dah dapat tau serba sedikit fasal eks-puma ni...

Eksesais Puma - Uji kesiagaan 4 Briged Mekanis
Oleh ALI MAHMOOD
PARA pegawai menjelaskan strategi yang digunakan pada eksesais kepada Zulkipli Kassim (kanan).

PADA 7 Oktober lalu ramai rakyat Malaysia tidak menyedari negara ini telah dicerobohi oleh tentera asing yang bercita-cita untuk menawan pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan seterusnya cuba menakluki negara ini.

Bagi mencapai misi menawan Putrajaya, tentera penceroboh bergerak melalui dua ketumbukan tentera.

Satu pasukan melalui lebuh raya Utara Selatan dan satu lagi jalan Kota Tinggi-Mersing dan Segamat dan masuk melalui Bahau sebelum menuju ke Seremban dan ke Putrajaya.

Satu ketumbukan tentera dari Markas 4 Briged Mekanis yang berpangkalan Kem Batu 10, Kuantan digerakkan bagi mengekang kemaraan pencerobohan tentera asing yang telah berjaya mara sehingga ke Bahau.

Pasukan 4 Briged Mekanis yang terdiri daripada 12 Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) Mekanis berjaya menjejaki tentera musuh dan berlaku pertempuran yang begitu sengit antara kedua-dua pihak di Bahau.

Bagaimanapun bilangan tentera musuh yang begitu besar menyebabkan pasukan 12 RAMD Mekanis gagal menyekat kemaraan tentera asing dan akhirnya terpaksa berundur dan cuba bertahan di kawasan berbukit di Muadzam Shah, Pahang.

12 RAMD Mekanis kemudiannya meminta bantuan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggempur dan melemahkan kedudukan musuh.

Gerakan pantas TUDM akhirnya berjaya melemahkan pergerakan musuh dan ramai daripada anggotanya terbunuh dan memaksa mereka berundur ke Muadzam Shah.

Setelah mendapat berita kedudukan musuh yang semakin lemah, 12 RAMD Mekanis mara semula ke tempat persembunyian musuh dan berjaya menawan mereka.

Begitulah skrip latihan Eksesais Puma 3/2004 yang bermula pada 7 hingga 14 Oktober lalu.

Menurut Ketua Pengendali Latihan, Ketua Staff Am, Leftenan Kolonel Che Jamal Othman Shah, Eksesais Puma 3/2004 adalah latihan untuk 4 Briged Mekanis supaya sentiasa bersiap sedia jika berlaku ancaman dan pencerobohan terhadap negara.

Katanya, secara keseluruhannya, eksesais itu berjaya mencapai matlamatnya walaupun terdapat beberapa kelemahan yang boleh perbaiki lagi.

``Eksesais Puma 3/2004 adalah bertujuan untuk menguji keupayaan pasukan 12 RAMD Mekanis supaya sentiasa siap siaga bagi menggerunkan musuh sesuai dengan motto 4 Briged `Digeruni dan Disegani' kawan,'' katanya.

Selain menguji 12 RAMD Mekanis, Che Jamal berkata, ia juga bertujuan untuk menguji keupayaan peralatan tertentu seperti kereta perisai Adnan dan beberapa peralatan lain seperti Kondo, Sigma dan senjata personal.

Sementara itu, Panglima 4 Briged Mekanis, Brigadier Jeneral Zulkipli Kassim semasa berucap menutup eksesais tersebut berharap latihan itu dapat meningkatkan profesionalisme pasukan 4 Briged Mekanis.

``Saya berharap latihan ini dapat memberikan pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemampuan bagi menguji 12 RAMD Mekanis atau kumpulan Tempur 344 dan pasukan-pasukan afiliasi.

``Tumpuan utama eksesais ini menjurus kepada fungsi, peranan dan faktor yang dapat mempengaruhi pelaksanaan bagi mencapai kejayaan sesuatu operasi gabungan atau `operasi gabungan tentera' dalam peperangan konvensional,'' ujar Zulkipli.

Hasil daripada pemerhatian semasa latihan itu berlangsung, beliau berkata masih terdapat banyak kelemahan yang perlu dipertingkatkan terutamanya aspek ilmu medan perang serta mengaplikasikan taktik dan teknik dalam operasi Mekanis.

Katanya, walaupun sehebat mana atau secanggih mana peralatan dan persenjataan namun ia tidak memberikan hasil yang diharapkan sekiranya ia tidak dapat manfaatkan dengan efisien dan efektif.

Beliau berharap setiap anggota 4 Briged Mekanis yang terbabit dalam latihan ini berupaya meningkatkan keupayaan Briged Mekanis seperti penggabungan dan integrasi elemen tempur, bantuan tempur dan bantuan perkhidmatan bagi mencapai sesuatu misi.

``Saya berharap semua anggota perlu mengetahui tanggungjawab dan peranan masing-masing sebagai satu ketumbukan Mekanis supaya dapat membuat keputusan dengan tepat dan bertindak dengan cepat.

``Tindakan pantas itu perlu mengikut proses perkiraan keadaan, penilaian tanah dan musuh berpandukan kepada masa yang diberikan untuk melaksanakan sesuatu misi,'' kata Zulkipli.

Tambah beliau, anggota yang bersikap proaktif dan sentiasa menimbangkan implikasi yang akan dihadapi berupaya melihat kekurangan dan kelemahan sesuatu rancangan yang dilaksanakan.

Katanya, pengetahuan dan pengalaman merupakan entiti yang tidak boleh dipisahkan kerana ia dapat menghasilkan produk dan mutu kerja yang mencapai standard dan berkualiti yang diinginkan.

Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki, Zulkipli memuji semangat, iltizam dan kesung-guhan anggota-anggota 4 Briged Me-kanis menjayakan eksesais tersebut sehingga berjaya mencapai objektifnya.

Dalam latihan ini 12 RAMD Mekanis terdiri daripada Skuadron 1 Armor, satu Trup Jurutera, satu Bateri Altileri Bantuan Rapat (105mm), Satu Bateri Bantuan Altileri Am (155mm) dan dan satu Trup Altileri Pertahanan Udara.

Sementara itu satu Kompeni 7 Rejimen Renjer Diraja (RRD) Mekanis bertindak sebagai musuh dengan mempunyai kekuatan 14 perisai Adnan.

Jumlah keseluruhan jentera perisai yang terlibat ialah Kenderaan A terdiri daripada 92 buah termasuk 6 buah Kondo, 14 buah Sigma dan 66 buah kereta perisai Adnan.

Jumlah senjata personal yang digunakan ialah sebanyak 1179 laras.

Zulkipli dan Che Jamal berpuas hati Eksesais Puma 3/2004 berjaya menguji keupayaan kereta perisai Adnan buatan Turki yang di bangunkan oleh Deftech Sdn. Bhd.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2004 09:34 AM | Show all posts
Bagi mencapai misi menawan Putrajaya, tentera penceroboh bergerak melalui dua ketumbukan tentera.

Satu pasukan melalui lebuh raya Utara Selatan dan satu lagi jalan Kota Tinggi-Mersing dan Segamat dan masuk melalui Bahau sebelum menuju ke Seremban dan ke Putrajaya.


Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2004 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by lipanlapan at 2004-11-4 09:34:


Bagi mencapai misi menawan Putrajaya, tentera penceroboh bergerak melalui dua ketumbukan tentera.

Satu pasukan melalui lebuh raya Utara Selatan dan satu lagi jalan Kota Tinggi-Mersing dan Segamat dan masuk melalui Bahau sebelum menuju ke Seremban dan ke Putrajaya.



dari selatan nihhhhh ...ihikhikhikhik




:cool::cool::cool:
Reply

Use magic Report

pakcik_d This user has been deleted
Post time 5-11-2004 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by Malik Al Hassan at 5-11-2004 11:08:



dari selatan nihhhhh ...ihikhikhikhik




:cool::cool::cool:


kalau ikut gambaran am/ senario latihan tu...musuh dari timur johor (kang kalau cakap dari selatan johor kang sensitif lak).

musuh dikatakan dari sebuah negara yang dipanggil 'STRULAND'......sudah tukar ka??? dulu2 musuh biasanya dari ' LANUNLAND' ;)
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-11-2004 11:41 PM | Show all posts
baru ada kick la pakcik. ni asyik lanun je dapat nama. lanun ada kereta kebal lagi lol:lol
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-11-2004 11:46 PM | Show all posts
Oh ya, nyaris lupa. Dukacita dimaklumkan bahawasanya Yang Dihormati mod Jazim tidak dapat untuk bersama-sama kita buat sementara waktu kerana komputernya sedang gering. Dengaq cerita, disyaki akibat pencerobohan secara berleluasa Spyware dan Adware. sama-samalah kita berdoa agar komputer mod Jazim cepat sembuh. Demikianlah seadanya....
Reply

Use magic Report

pakcik_d This user has been deleted
Post time 7-11-2004 12:12 AM | Show all posts
masalah spyware ngan adware ek...
memang menyusahkan!! pakcik baru je install win XP svs pack. nasib le pakcik punye XP yang original.bahaya wo spyware ni...lebih2 lagi kalau sapa2 yang guna gomen punye pc kat office...ntah apa2 punye dokumen yang ada dalam pc tu.

install le anti spyware/adware sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2004 03:07 PM | Show all posts
Originally posted by mmc at 1-11-2004 08:13 AM:
juga menjadi feature article dan front page Tempur November...banyak gambar :hatdown:


Yes, good read and very nice pictures of the Adnans in action.
Would be better if it had included "real" tanks instead of Sibmas.

So what does "STRU" in STRULAND stands for ?
:lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2004 03:11 PM | Show all posts
STRU yang ader kereta kebal AMX-130.... paham-paham ajer ler....
dlm majalah TEMPUR ader senario yg panjang lebar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044195s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list