CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1985|Reply: 22

[Tempatan] Fingerprint Bike Starter

  [Copy link]
Post time 19-9-2019 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Nor Amalina Alias

PEKA dengan masalah kecurian motosikal, dua pelajar Kolej Vokasional (KV) Bachok tampil mencipta sistem menghidupkan motosikal menggunakan imbasan cap jari.

Ciptaan yang dinamakan ‘Fingerprint Bike Starter’ dibangunkan Wan Amiruddin Wan Amran dan Adeeb Aideen Mat Yusof, masing-masing 19 tahun bagi memenuhi projek tahun akhir Diploma Jurusan Teknologi Elektronik, kolej vokasional itu.

Wan Amiruddin berkata, mereka mengambil masa selama enam bulan bagi mencipta sistem berkenaan termasuk membina prototaip dan menguji sistem itu pada motosikal.

Katanya, sistem menghidupkan motosikal menggunakan cap jari itu boleh dipasang di motosikal dan kereta yang menggunakan butang elektronik.

“Idea menghidupkan motosikal guna cap jari datang apabila kami lihat banyak kes kecurian motosikal kerana menggunakan penghidup elektrik yang boleh ditekan sesiapa saja.

“Jadi kami naik taraf sistem ini dengan hanya cap jari pemilik atau orang yang sudah direkod dalam sistem sahaja boleh menghidupkan motosikal itu.

“Sebuah motosikal, sebanyak 127 cap jari boleh dimasukkan ke dalam sistem pemasangan,” katanya ketika ditemui dalam program ‘Inreach Fair and KV Skills Competition’ 2019 di KV Bachok, Tangok, di Bachok, semalam

Bagi Adeeb Aideen pula, ciptaan ini menggunakan perisian Arduino yang dilengkapi sistem rakaman suara dan paparan kristal cecair (LCD) dengan perkakasan elektronik seperti alat pengimbas jari ditempah daripada luar negara.

“Sistem ini dipasang terus ke dalam enjin kenderaan, jadi tidak memerlukan bateri atau bantuan caj.

“Fungsinya sama sahaja seperti butang penghidup automatik cuma bezanya sistem ini memerlukan imbasan cap jari orang tertentu saja, tanpa cap jari pemilik yang sah, motosikal tidak boleh dihidupkan sekali gus mengelakkan kecurian motosikal,” katanya yang akan mendaftar hak intelek ciptaan itu dalam tempoh terdekat.

Katanya, walaupun sistem itu baru dibangunkan mereka sudah menerima beberapa tempahan memasang sistem keselamatan itu dalam kalangan pelajar dan pensyarah kolej.

“Kami boleh siap memasang sistem ini di kenderaan dalam masa 12 hari jika alatan cukup lengkap,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 September 2019 @ 10:33 AM

2019  Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2019 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts


PEMILIK hanya perlu mengimbas jari mereka untuk menghidupkan enjin motosikal. FOTO Nor Amalina Alias

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut dh lama ada bnda mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 11:25 AM | Show all posts
wow...good job
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 11:35 AM | Show all posts
seharusnya kita jadik peneraju biometric ni kan....good job dek, semoga jadik inventor yg berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 01:09 PM | Show all posts
way to go boys!

to a bright future ahead
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-9-2019 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Arduino memang banyak kegunaan. Seharusnya lebih luas skop diperkenalkan bagi mengasah & menyerlahkan daya kreativiti golongan anak muda
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 02:56 PM | Show all posts
tunggu inovasi ckecking retina mata je nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 03:43 PM | Show all posts
Ada kelemahan sebenarnya. Kalau kereta motor di hantar ke Bengkel untuk service  macamana Mechanic nak hidup kan engine kenderaan tu?

Kalau tak dah lama syarikat kenderaan luar negara buat untuk di komesialkan untuk kenderaan buatan mereka. After market memang dah lama ada..Sebab itu beberapa tahun dahulu ada satu pemilik kenderaan di malaysia tu di potong jarinya kerana pencuri nak start engine kereta dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2019 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 19-9-2019 03:43 PM
Ada kelemahan sebenarnya. Kalau kereta motor di hantar ke Bengkel untuk service  macamana Mechanic n ...

Depa buat sistem pemasangan untuk setiap motor boleh memuatkan sebanyak 127 cap jari. So, ada 127 slot.

Ya, jika untuk komersial banyak aspek perlu dikaji. Sebarang risiko lain yang secara jelas tidak nampak. Inovasi inovasi  ini perlu disokong dengan komen positif. Insya Allah esok lusa ada lagi penambah baikan.

Tetapi, untuk taraf pendidikan depa, pencapaian ini di anggap bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mau hidup motor...hanya bypass wire saja...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:36 PM | Show all posts
Remyda replied at 19-9-2019 06:42 PM
Depa buat sistem pemasangan untuk setiap motor boleh memuatkan sebanyak 127 cap jari. So, ada 127  ...

aku bkn nak kondem usaha benda ni... tp nak komersil tu mmg payah, and tak secure pun. sbb pencuri still bleh bypass. data fingerprint mmg disimpan dlm fingerprint sensor tu. in real world we need proper use case.

ni source klau minat nak explore...

https://www.hackster.io/projects?ref=topnav

ni tutorial klau rajin nak buat, ganti dengan relay... yg disebut butang elektronik

https://randomnerdtutorials.com/ ... odule-with-arduino/


hujung2 org kata hobi je. btw good try utk bbdk2 ni.. cuma kena p la byk workshop sana sini... faham konsep ideation, prototype etc
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 19-9-2019 03:43 PM
Ada kelemahan sebenarnya. Kalau kereta motor di hantar ke Bengkel untuk service  macamana Mechanic n ...

Ckp mendengki sbb yg buat ni bdk mulsyuu.. puihhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:47 PM | Show all posts
Buritan replied at 19-9-2019 09:39 PM
Ckp mendengki sbb yg buat ni bdk mulsyuu.. puihhhh..

wpun menda die ckp tu betul tp mmg die slalu pandang rendah melayu pun haha

aku ckp based pd pengalaman keje... R&D semua ni kan... utk projek diploma tu yea... but komersil tu tak...
sbb tujuan nak elak motor kena curi... sptutnya buat sistem detect motor kena curi, once kena curi... bleh tahu location, auto send sms. yang tu lagi logik nak market... arduino tu ade module gps segala... klau aku supervisor bbdk ni awal2 tolak idea elak motor kena curi dgn fingerprint bagai....


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 19-9-2019 09:47 PM
wpun menda die ckp tu betul tp mmg die slalu pandang rendah melayu pun haha

aku ckp based pd pe ...

Aku pun sebenornye setujuk ape dia ckp.. tp sbb mulut dia yg tak hensem tu menyebabkann wpun betul aku kata mendengki.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:55 PM | Show all posts
Buritan replied at 19-9-2019 09:51 PM
Aku pun sebenornye setujuk ape dia ckp.. tp sbb mulut dia yg tak hensem tu menyebabkann wpun betul ...

btul la tu... sbb biasa die ckp sampah sgt haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 19-9-2019 09:55 PM
btul la tu... sbb biasa die ckp sampah sgt haha

Kannn.. keluar je sampah keluar je sampah.. jadi sesekali keluar emas pun aku kata zulian.. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:09 AM | Show all posts
Remyda replied at 19-9-2019 02:42 AM
Depa buat sistem pemasangan untuk setiap motor boleh memuatkan sebanyak 127 cap jari. So, ada 127  ...

Kalau kereta Rosak tak tak boleh start dan battery flat terpaksa towing ke workshop macamana mechanic nak program finger print? Itu salah satu sahaja sebab.takan owner nak ikut pergi workshop? Dan ada ke owner kereta yang sanggup dipotong jari jika ada pencuri nak curi kereta Mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:16 AM | Show all posts
budak2 dalam grup moto dah lama buat..siap nak komersial kan jual banyak2

tapi tak jalan..sebab banyak cons dari pro

1. jari basah xle
2. rider smua pakai glove. satu keje pulak kalau enjin stall kat trafik light nak bukak glove thumprint
3. tengah setting carburetor minyak2, satu keje lak nak basuh tangan dulu sblm start moto nak tuning
4. pakai solex pun orang bole pecahkan ni kan pulak wire 4 helai je
5. bateri kong bole tolak start idup. pakai elektronik bnyk2 mcm ni memang termenung je la
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 20-9-2019 12:16 AM
budak2 dalam grup moto dah lama buat..siap nak komersial kan jual banyak2

tapi tak jalan..sebab b ...

tu aku ckp tak pratikal.. as proof of concept bleh la..

aku dulu2 pun ambitious mcm bdk2 ni lah.. tp fokus pd tech sgt.. kena fokus pd feasiblity study dulu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.080652 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list