CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Remy_3D

Malaysia

[Copy link]
Post time 23-7-2004 05:29 AM | Show all posts


BANGUNAN PERDANA PUTRA
(PEJABAT PERDANA MENTERI)

Bangunan Perdana Putra berada pada kedudukan 50m di atas aras laut dan terletak pada aras yang tertinggi di Presint 1. Ianya dapat dilihat dengan jelas dari tasik Putrajaya. Struktur batu berwarna semulajadi dengan bumbung dan kubah berbentuk bawang yang berwarna kehijauan serta di kelilingi oleh empat kubah kecil, telah menampilkan bangunan ini sebagai salah satu daripada bangunan mercu tanda Putrajaya.

Kompleks ini menempatkan pejabat-pejabat:

Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ketua Setiausaha Negara
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Penasihat Sains
Unit Teknologi Khas
Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MiGHT)

Bangunan Perdana Putra, Masjid Putra, Dataran Perdana dan Sesiaran Perdana adalah komponen pembangunan di dalam Presint 1.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2004 05:42 AM | Show all posts
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA

Universiti Malaya
Universiti Sains Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Putra  Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa (International Islamic University)
Universiti Utara Malaysia
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Malaysia Sarawak
Universiti Teknologi MARA Malaysia
Universiti Tenaga Nasional
Universiti Telekom (Multimedia University- UNITELE )
Universiti Teknologi Petronas
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA)
Kolej Universiti Terengganu
Kolej Yayasan Melaya (KYM)
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 23-7-2004 09:20 AM | Show all posts

rekod wanita..

producer filem wanita pertama
Maria Menado, bintang filem 50an dan 60an, antara filem terbitan dia ialah 'Sumpah Pontianak' dan 'Pontianak Kembali', bersara pada 1963 lepas kawin dengan Sultan Abu Bakar (Pahang)

gabenor bank negara wanita pertama
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, jadi gabenor Bank Negara pada May 2000

attorney-general wanita pertama
Datuk Ainum Mohamed Saaid, jadi attorney-general pada 1 Jan 2001

pemain bowling wanita paling banyak menang
Shalin Zulkifli yang juga cipta sejarah jadi wanita pertama menang World Tenpin Masters (England) pada 2001. pecah rekod dunia dengan jatuhan 1387 pin dalam 6 games di Asian Youth FIQ (1996). dah menang 172 medal dan kejohanan.

penderma darah wanita paling banyak
Puan Juriah Abdullah Sani dah menderma darah 80 kali

artis wanita paling banyak menang award
tak payah citer le.. Siti Nurhaliza
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2004 09:45 AM | Show all posts
Parti-parti Politik Malaysia

Barisan Nasional
Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak Peoples' Progressive Party (PPP)
Sarawak United People's Party
Persatuan lslam Se-Malaya (PAS)
Parti Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA)
Parti Pekerja-pekerja Malaysia
Parti Rakyat Malaysia
Parti Tindakan Demokratik DAP
Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragan Bersatu (PASOK)
Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)
Parti Bersatu Sabah (PBS)
Parti Momogun Kebangsaan Sabah (Sabah National Momogun Party) (MOMOGUN)
Parti Kongres Persatuan Masyarakat
Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) - Sabah
Parti Liberal Demokratik-Sabah
Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU)
Parti Keadilan Nasional (KEADILAN)
Parti Demokratik Setiasehati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA)
Parti Maju Sabah
Parti Reformasi Negeri (STAR)
United Pasok Momogun Kadazandusun Organisation (UPKO)
Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)
Parti Demokratik Malaysia (MDP)
Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (AMIPF)
Parti Punjabi Malaysia (PPM)
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2004 09:53 AM | Show all posts
Darjah-darjah kebesaran bintang-bintang dan pingat Malaysia

1-Darjah Yang Maha Utama Kerabat DiRaja Malaysia (D.K.M.

2-Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)

3-Darjah-darjah Yang Mulia Pangkuan Negara
         Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.)
         Panglima Mangku Negara (P.M.N.)
         Johan Mangku Negara (J.M.N.)
         Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)
         Ahli Mangku Negara(A.M.N.)
         Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.)

4-Darjah-darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia
         Seri Setia Mahkota (S.S.M.)
         Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
         Johan Setia Mahkota (J.S.M.)

5-Darjah Yang Mulia Jasa Negara
         Panglima Jasa Negara(P.J.N.)

6-Darjah-darjah Yang Amat Dihormati Setia DiRaja
         Panglima Setia DiRaja (P.S.D.)
         Johan Setia DiRaja (J.S.D.)
         Kesatria Setia DiRaja (K.S.D.)
         Bentara Setia DiRaja (B.S.D.)

7-Darjah Bakti

8-Darjah-darjah Gagah Perkasa
         Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P)
         Panglima Gagah Berani (P.G.B.)
         Jasa Perkasa Persekutuan (J.P.P.)
         Pingat Tentera Udara (P.T.U.)
         Kepujian Peruntukan Keberanian (K.P.K.)

9-Bintang dan Pingat bagi perkhidmatan cemerlang dan kelakuan terpuji
         Pingat Kebaktian (P.K.)
         Pingat Khidmat Berbakti (P.K.B.)
         Pingat Perkhidmatan Am (P.P.A.)
         Pingat Perkhidmatan Setia (P.P.S.)

10-Pingat-pingat Peringatan
        Pingat Peringatan Malaysia Emas(P.P.M.)
        Pingat Peringatan Malaysia Perak(P.P.M.)
       Pingat Peringatan Malaysia Gangsa (P.P.M.)
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2004 01:45 PM | Show all posts

Bendera Malaysia



Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2004 06:18 AM | Show all posts
IKLIM  MALAYSIA

Pengenalan

Ciri
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 06:20 AM | Show all posts
Taburan Hujan

Corak tiupan angin bermusim bersama sifat topografi lokal menentukan corak taburan hujan di Malaysia. Semasa musim timur laut, kawasan yang terdedah seperti kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, kawasan Sarawak Barat dan kawasan pantai timur laut Sabah mengalami beberapa tempoh hujan lebat. Sebaliknya, kawasan pendalaman atau kawasan yang dilindungi banjaran gunung adalah secara relatifnya bebas dari pengaruh ini. Adalah lebih baik taburan hujan di Malaysia diterangkan mengikut musim.

Perubahan Hujan Bermusim di Semenanjung Malaysia

Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama:

(a) Bagi negeri璶egeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, November, Disember dan Januari merupakan bulan yang mempunyai hujan maksimum manakala Jun dan Julai merupakan bulan kering di kebanyakan negeri.

(b) Kawasan selain kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia, corak hujan menunjukkan terdapanya dua tempoh hujan maksimum dengan dipisahkan oleh dua tempoh hujan minimum. Maksimum primer biasanya berlaku pada bulan Oktober
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2004 06:21 AM | Show all posts
Perubahan Hujan Bermusim di Sabah dan Sarawak

Perubahan hujan bermusim di Sabah dan Sarawak boleh dibahagikan kepada lima jenis utama:

(a) Kawasan pantai Sarawak dan timur laut Sabah mengalami regim corak hujan satu maksimum dan satu minimum. Kedua璬ua kawasan mengalami hujan maksimum pada bulan yang sama iaitu Januari manakala hujan minimum pada bulan yang berbeza. Di kawasan pantai Sarawak, hujan minimum berlaku pada bulan Jun atau Julai manakala kawasan timur laut pantai Sabah hujan minimum berlaku pada bulan April. Di bawah regim ini, kebanyakan hujan diterima pada bulan-bulan monsun timur laut iaitu Disember hingga Mac. Sesungguhnya, lebih dari separuh dari hujan tahunan diterima di kawasan barat Sarawak.

(b) Kawasan pendalaman Sarawak pada amnya mengalami taburan hujan tahunan yang agak sekata. Walau pun begitu, agak kurang sedikit hujan diterima semasa tempoh Jun hingga Ogos sesuai dengan kejadian angin lazim barat daya. Perlu di nyatakan di sini bahawa hujan tahunan tertinggi di Malaysia berlaku di cerun bukit kawasan pendalaman Sarawak. Long Akah menerima hujan tahunan purata melebihi 5000 mm.

(c) Kawasan barat laut pantai Sabah mengalami regim corak hujan dua maksima dan dua minima. Maksimum primer berlaku pada bulan Oktober dan maksimum skunder berlaku pada bulan Jun. Minimum primer berlaku pada bulan Februari manakala minimum skunder berlaku pada bulan Ogos. Walau pun perbezaan jumlah hujan yang diterima pada dua bulan maksimum adalah kecil, namun perbezaan jumlah hujan yang diterima pada minimum primer adalah jelas lebih rendah berbanding skunder minimum. Di sesetengah tempat, perbezaan mencapai setinggi empat kali ganda.

(d) Di kawasan tengah Sabah di mana keadaannya berbukit dan terlindung oleh banjaran gunung, hujan yang diterima adalah lebih rendah secara relatif berbanding dengan kawasan璳awasan lain serta taburannya agak sekata. Akan tetapi, dua maksima dan dua minima boleh diperhatikan. Pada amnya, dua minima berlaku pada bulan Februari dan Ogos manakala dua maksima berlaku pada bulan Mei dan Oktober.

(e) Kawasan selatan Sabah mengalami taburan hujan sekata. Jumlah hujan tahunan yang diterima boleh diperbandingkan dengan bahagian tengah Sabah. Februari hingga April adalah tempoh agak kering berbanding bulan-璪ulan lain.

[ Last edited by mok_nik on 26-7-2004 at 05:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 06:23 AM | Show all posts
Taburan Suhu

Sebagai sebuah negara yang terletak di khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu yang sekata sepanjang tahun. Perbezaan tahunan suhunya adalah kurang daripada 2oC kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia yang kerap dipengaruhi oleh luruan angin sejuk dari Siberia semasa monsun timur璴aut. Walaubagaimana pun perubahan suhu tahunannya kurang daripada 3oC.

Julat suhu harian adalah besar, 5oC hingga 10oC bagi stesen璼tesen berhampiran pantai dan antara 8oC hingga 12oC bagi stesen璼tesen dipendalaman tetapi suhu harian yang tinggi seperti yang terdapat di kawasan benua tropika tidak pernah dialami. Walaupun siang selalunya panas, tetapi di waktu malam ianya sejuk di mana璵ana.

Walaupun perubahan bermusim dan bertempat suhu secara perbandingan adalah kecil, tetapi dalam beberapa hal ia dapat ditentukan. Bagi Semenanjung Malaysia, terdapat perubahan suhu yang jelas semasa monsun dan ini terdapat di kawasan pantai timur. Bulan April dan Mei adalah bulan di mana suhu purata bulanan adalah paling tinggi sementara Disember dan Januari pula adalah bulan di mana suhu purata bulanannya paling rendah.

Purata suhu harian dikebanyakan daerah di timur Banjaran Besar adalah rendah berbanding dengan daerah di barat. Perubahan璸erubahan nilai ini adalah disebabkan suhu harian yang rendah yang dialami di kawasan daerah timur semasa monsun timur璴aut hasil daripada hujan dan litupan awan yang luas. Di Kuala Terengganu, sebagai contoh semasa monsun timur璴aut suhu pada waktu siang jarang mencapai 32oC dan kerapkali tidak mencapai 27oC. Beberapa keadaan telah direkodkan di mana suhu tidak melebihi 24oC iaitu suhu terendah dicapai pada waktu malam dikebanyakan tempat. Purata suhu pada waktu malam biasanya di antara 21oC hingga 24oC. Tetapi nilai suhu dihampir semua stesen boleh menurun jauh lebih rendah daripada suhu tersebut , malam yang sejuk biasanya diikuti dengan siang yang panas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 06:24 AM | Show all posts
Kelembapan Bandingan

Seperti yang diperkatakan, Malaysia menpunyai kelembapan yang tinggi. Purata kelembapan bandingan bulanannya adalah diantara 10% hingga 90%, berubah mengikut tempat dan bulan. Bagi sesuatu kawasan yang khusus, julat purata kelembapan bandingannya berubah dari minimum 3% (Bintulu) ke maksimum lebih kurang 5% (Alor Star). Di Semenanjung Malaysia, julat minimum terdapat di Sitiawan di mana purata kelembapan bandingan berubah璾bah dari nilai serendah 80% dalam bulan Februari ke setinggi hanya 88% dalam bulan Februari. Julat maksimum pula terdapat di kawasan barat璴aut Semenanjung (Alor Star) di mana purata kelembapan bandingan berubah璾bah dari 72% hingga 87% pada bulan Februari.

Adalah diperhatikan bahawa di Semenanjung Malaysia, kelembapan bandingan minimum biasanya terdapat pada bulan Januari dan Februari kecuali bagi negeri璶egeri pantai timur iaitu Kelantan dan Trengganu di mana kelembapan bandingan minimumnya adalah pada bulan March. Kelembapan bandingan maksimum pula lazimnya adalah pada bulan November.

Seperti dalam kes suhu, perubahan harian kelembapan bandingan adalah lebih besar berbanding dengan perubahan tahunan. Purata minimum hariannya boleh serendah 42% semasa bulan璪ulan kering dan menghampiri setinggi 70% semasa bulan璪ulan lembab. Bagaimanapun purata harian maksimumnya pula tidak banyak berubah dari tempat ke setempat iaitu melebihi 94%.Ia mungkin mencapai setinggi 100%. Negeri璶egeri di barat璴aut iaitu Kedah dan Perlis mempunyai perubahan kelembapan bandingan harian terbesar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 06:25 AM | Show all posts
Cahaya dan Sinaran Matahari

Sebagai sebuah negara yang dikelilingi laut dan terletak berhampiran khatulistewa, Malaysia secara semulajadi menerima cahaya matahari yang banyak dan seterusnya sinaran matahari. Bagaimanapun adalah jarang terdapat dalam sepanjang hari tidak diliputi awan langsung walaupun ketika tempoh kemarau. Litupan awan dapat mengurangkan kandungan cahaya matahari dan seterusnya sinaran matahari. Secara purata, Malaysia menerima sebanyak 6 jam cahaya matahari sehari.

Walau bagaimana pun, terdapat perbezaan mengikut musim dan tempat jumlah cahaya matahari yang diterima. Secara purata, Alor Star dan Kota Bharu menerima lebih kurang 7 jam cahaya matahari sehari sementara kuching menerima hanya secara purata 3.7 jam sehari dalam bulan Januari. Sementara Alor Star secara purata menerima nilai maksima sebanyak 8.7 jam sehari pada bulan yang sama.

Sinaran matahari adalah berkaitan rapat dengan tempoh cahaya matahari. Perubahan bermusim dan bertempatnya adalah lebih kurang sama dengan cahaya matahari.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2004 06:26 AM | Show all posts
Sejatan

Di antara kesemua faktor璮aktor yang mempengaruhi kadar sejatan, keadaan berawan dan suhu adalah merupakan dua faktor terpenting yang saling berkait. Hari yang berawan bermakna kurangnya cahaya matahari seterusnya kurang sinaran matahari menyebabkan suhu menjadi rendah. Ujian daripada data-璬ata sejatan menunjukkan bahawa bulan璪ulan berawan atau hujan mempunyai kadar sejatan yang rendah sementara bulan kering adalah bulan yang mempunyai kadar sejatan yang tinggi. Stesen Senai , salah satu dari stesen yang letaknya di tanah rendah mempunyai purata sejatan terendah dalam sehari iaitu 2.6mm dalam bulan November, sementara Kota Kinabalu pula mempunyai purata sejatan tertinggi iaitu 6.0mm sehari dalam bulan April.

Bagi kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands di mana suhu udaranya adalah rendah, kadar sejatannya juga rendah. Sementara kawasan tanah rendah mempunyai purata sejatan tahunan 4mm hingga 5mm sehari, Cameron Highlands mempunyai kadar yang hanya lebih kurang 2.5mm sehari.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 07:40 PM | Show all posts
bagus dan rajinnya, tapi dah kena update serten erea
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 11:17 PM | Show all posts
setakat nie , malaysia berada di kedudukan ke 9 tempat paling ramai dikunjungi pelancong seluruh dunia ( tahun 2010 )....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 11:53 PM | Show all posts
setakat nie , malaysia berada di kedudukan ke 9 tempat paling ramai dikunjungi pelancong seluruh dun ...
mencacus Post at 17-6-2011 23:17



    waa...ko update thread tahun 2004
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 11:58 PM | Show all posts
waa...ko update thread tahun 2004
Tottot89 Post at 17-6-2011 23:53



aku tengah cari mana2 yang boleh dipakai pastu updatekan balik ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 12:18 AM | Show all posts
aku tengah cari mana2 yang boleh dipakai pastu updatekan balik ....
mencacus Post at 17-6-2011 23:58



    bagusnya...teruskan niat murni anda
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2011 12:21 AM | Show all posts
bagusnya...teruskan niat murni anda
Tottot89 Post at 18-6-2011 00:18



terima kasih tottot89 ......
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.065944 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list