CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 24262|Reply: 38

Malaysia

[Copy link]
Post time 14-7-2004 12:44 AM | Show all posts |Read mode


Background:
       
Malaysia was formed in 1963 through a federation of the former British colonies of Malaya and Singapore including the East Malaysian states of Sabah and Sarawak on the northern coast of Borneo. The first several years of the country's history were marred by Indonesian efforts to control Malaysia, Philippine claims to Sabah, and Singapore's secession from the federation in 1965.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2004 12:47 AM | Show all posts
Location:
       
Southeastern Asia, peninsula bordering Thailand and northern one-third of the island of Borneo, bordering Indonesia, Brunei, and the South China Sea, south of Vietnam

Geographic coordinates:
       
2 30 N, 112 30 E

Map references:
       
Southeast Asia

Area:
       
total: 329,750 sq km
water: 1,200 sq km
land: 328,550 sq km

Area - comparative:
       
slightly larger than New Mexico

Land boundaries:
       
total: 2,669 km
border countries: Brunei 381 km, Indonesia 1,782 km, Thailand 506 km

Coastline:
       
4,675 km (Peninsular Malaysia 2,068 km, East Malaysia 2,607 km)

Maritime claims - as described in UNCLOS 1982 (see Notes and Definitions):
       
territorial sea: 12 NM
exclusive economic zone: 200 NM
continental shelf: 200-m depth or to the depth of exploitation; specified boundary in the South China Sea

Climate:
       
tropical; annual southwest (April to October) and northeast (October to February) monsoons

Terrain:
       
coastal plains rising to hills and mountains

Elevation extremes:
       
lowest point: Indian Ocean 0 m
highest point: Gunung Kinabalu 4,100 m

Natural resources:
       
tin, petroleum, timber, copper, iron ore, natural gas, bauxite

Land use:
       
arable land: 5.54%
other: 76.85% (1998 est.)
permanent crops: 17.61%

Irrigated land:
       
3,650 sq km (1998 est.)

Natural hazards:
       
flooding, landslides, forest fires

Environment - current issues:
       
air pollution from industrial and vehicular emissions; water pollution from raw sewage; deforestation; smoke/haze from Indonesian forest fires

Environment - international agreements:
       
party to: Biodiversity, Climate Change, Climate Change-Kyoto Protocol, Desertification, Endangered Species, Hazardous Wastes, Law of the Sea, Marine Life Conservation, Ozone Layer Protection, Ship Pollution, Tropical Timber 83, Tropical Timber 94, Wetlands

Geography - note:
       
strategic location along Strait of Malacca and southern South China Sea
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2004 07:44 PM | Show all posts
Bandaraya terbesar kat Malaysia:-
  • Kuala Lumpur - sekitar 1,297,000 (2000)
  • Ipoh - sekitar 556,000 (2000)
  • Klang - sekitar 553,000 (2000)
  • Johor Bahru - sekitar 400,000 (2000)
  • Kota Kinabalu - sekitar 354,000 (2000)


Data nie sumer ialah data penduduk kat pusat bandaraya dan bukannya termasuk kawasan metropolitan yang terlibat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2004 05:02 PM | Show all posts

Info Tambahan...

LATAR BELAKANG GEOGRAFI

MALAYSIA meliputi satu kawasan seluas 329,758 kilometer persegi terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu serta kawasan pantai barat daya Pulau Borneo (Sabah dan Sarawak).  Kedua-dua wilayah ini dipisahkan oleh Laut China Selatan seluas 531.1 kilometer persegi.  Semenanjung Malaysia, meliputi seluas 131,598 kilometer persegi bersempadan dengan Negara Thai di utara dan dengan Singapura di selatan sementara Sabah yang seluas 73,711 kilometer persegi dan Sarawak yang seluas 124,449 kilometer persegi bersempadan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia.

Semenanjung Malaysia terdiri dari negeri-negeri yang berikut: iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Negeri Pahang yang mempunyai keluasan 35,965 kilometer persegi merupakan negeri yang terbesar sekali di Semenanjung Malaysia manakala Perlis yang seluas 795 kilometer persegi adalah negeri yang terkecil sekali.

Negeri Sabah terdiri dari lima bahagian iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman.  Sarawak terdiri dari sembilan bahagian iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu dan Kota Samarahan.  Wilayah Persekutuan Labuan, dengan keluasan 91 kilometer persegi adalah terletak di pantai barat Sabah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2004 05:03 PM | Show all posts

IKLIM

Malaysia terletak berhampiran dengan khatulistiwa antara garisan lintang 10 dan 70 Utara dan garisan bujur 1000   dan  1190  Timur.  Malaysia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi dan Laut China Selatan.  Lazimnya iklim di sini terbahagi kepada dua musim, iaitu musim monsun barat daya dan musim monsun timur laut.  Purata suhu harian di seluruh Malaysia ialah antara 210 C  hingga  320 C.  Kelembapannya boleh dikatakan tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2004 05:03 PM | Show all posts

TUMBUH-TUMBUHAN

Tumbuhan semula jadi di Malaysia ialah hutan hujan tropika.  Keadaan hutan ini sentiasa hijau dan mengandungi berbagai-bagai jenis pepohon, lebih banyak daripada mana-mana bahagian bukan-tropika di dunia yang sama luas kawasan tanahnya.

Terdapat kira-kira 15,000 jenis pokok-pokok yang mengeluarkan bunga, 4,200 jenis merupakan pohon-pohon kayu, 1,500 jenis orkid dan 500 jenis pohon palma.  Terdapat hanya sedikit rumput halus.  Rumput ini juga terdiri daripada beraneka jenis dan terdapat di kawasan yang telah diterokai.  Kebanyakan daripada buluh adalah dari jenis hutan dan mudah didapati di seluruh negara.  Tumbuh-tumbuhan jenis konifer sukar didapati, kurang daripada dua dozen jenis dan kebanyakannya di kawasan pergunungan.  Terdapat 800 jenis paku-pakis dan tumbuh-tumbuhan peringkat rendah yang tidak terbilang banyaknya.

Hutan hujan tropika didapati di tanah-tanah rendah dan bukit-bukit Malaysia.  Silara yang terdapat di tanah-tanah rendah terbentuk antara 120 kaki daripada bumi, dibina oleh dedaun pokok-pokok yang menjulang tinggi.  Pokok Tualang (Koompassia excelsa) misalnya mencapai hingga 280 kaki dan dipercayai jenis pokok yang ketiga paling tinggi di dunia.

Dibawah rimbunan  pokok-pokok besar hutan tebal itu terdapat pokok-pokok yang lebih kecil, pokok-pokok renek dan berbagai-bagai jenis herba.  Pada pokok-pokok besar itu sendiri, tumbuh-tumbuhan kecil mendapat tempatnya, orkid, paku-pakis dan jenis keluarga dedalu yang merupakan tumbuhan parasit.  Di atas bumi pula, cendawan, dengan dibantu oleh anai-anai dan lelain serangga, dengan cepatnya mereputkan daun-daunan yang mati dan menyempurnakan proses peredaran alam semula jadi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2004 05:03 PM | Show all posts
Tumbuh-tumbuhan yang berupaya oportunis ialah tumbuhan liana yang memanjat pokok-pokok lain hingga mereka boleh menerima cahaya matahari penuh di atas rimbunan daun-daunan tebal. Walaupun rotan bukan dari jenis liana tetapi ianya memanjat ke atas pokok-pokok lain.  Batangnya yang boleh dilentur serta kuat itu mendapat tempat dalam pasaran sebagai perabot.

Hasil keluaran hutan Malaysia yang utama disegi ekonomi ialah kayu balak.  Keluarga kayu yang mengeluarkan kayu balak yang terpenting ialah Dipterocarpaceace, yang daripadanya diperolehi kayu-kayu balak yang terkenal seperti Meranti, Cengal, Keruing, Kapur dan Balau.  Keluarga yang kedua paling pentingnya ialah Leguminosae yang daripadanya diperolehi Kempas dan Merbau.  Nyatoh ialah daripada Sapotaceae dan Ramin daripada Gonystylus.

Hutan hujan tropika meliputi kira-kira 55% daripada kawasan bumi Malaysia, terutamanya di bukit-bukit dan di pergunungan.  Tanah-tanah rendah sebahagian besarnya, telah dibersih untuk kegunaan pertanian.  Di kawasan tersebut pembalakan yang terpilih serta langkah-langkah menanam semula telah menukarkan keadaan asal hutan tersebut.  Selain daripada kelapa, padi dan tebu, kawasan-kawasan pertanian tanah rendah adalah dipenuhi dengan tanaman seperti getah, kelapa sawit, nanas, koko, ubi kayu, jagung dan kopi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2004 05:04 PM | Show all posts

HIDUPAN LIAR

Kebanyakan daripada hidupan liar unik di Malaysia terdapat di kawasan hutan pamah.  Sebanyak 286 spesies mamalia, 736 spesies burung, 406 spesies amfibia dan reptilia dan lebih daripada 100,000 spesies serangga telah dapat direkodkan.  Walau bagaimanapun, bilangan ini adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan kepelbagaian diversiti dan masih banyak lagi yang belum direkodkan.

Ancaman ke atas habitat hidupan liar telah menyebabkan beberapa spesies hidupan liar terancam.  Adalah dianggarkan sebanyak 42 spesies mamalia, 34 spesies burung, 14 spesies reptilia dan ikan diancam oleh kemusnahan dan pengurangan habitat, pemburuan haram dan pencerobohan.

Gajah merupakan mamalia terbesar di daratan terdapat di beberapa ketinggian di dalam hutan hujan tropika.  Oleh kerana kawasan keliarannya yang berkurangan, maka telah menimbulkan konflik di antara gajah dengan manusia.  Pada masa kini, populasi gajah di negara ini dianggarkan di antara 800-2000 ekor.

Seladang atau Lembu Liar hidup dalam kumpulan yang selalunya mengandungi sebanyak 20 ekor individu.  Taburan spesies ini terhad kepada Hutan Tanah Pamah sahaja.  Pergerakannya sekarang agak terhad kerana kawasan keliarannya telah ditukarkan kepada ladang-ladang.  Buat

masa ini, populasi seladang terdapat di kawasan-kawasan hutan di Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Hanya satu spesies badak yang masih terdapat di Malaysia iaitu Badak Sumatra.  Badak Jawa yang terakhir dilihat dalam tahun 1940an.  Kawasan-kawasan penting untuk badak termasuklah Taman Negara, Endau Rompin, Perak dan Kelantan.  Walau bagaimanapun, taburannya terhad kepada kawasan hutan tinggi di beberapa buah negeri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2004 05:05 PM | Show all posts
Tapir merupakan spesies yang agak biasa dan boleh didapati disemua jenis habitat iaitu dari kawasan rendah hingga ke kawasan tinggi.

Terdapat dua spesies rusa di negara ini iaitu Rusa Sambar serta Kijang.  Kedua-dua spesies mempunyai bentuk badan yang kurus, berkaki panjang dan berekor pendek.  Rangga hanya terdapat pada yang jantan.  Kedua spesies rusa boleh didapati disemua jenis habitat.  Kadang kala spesies ini juga mencari makan di kebun dan ladang getah.

Pelanduk atau `chevrotains' merupakan spesies yang lembut dan mempunyai kaki yang panjang dan bahagian belakang yang tinggi.  Oleh kerana sifatnya yang pemalu, spesies ini agak sukar dilihat di dalam hutan.  Pelanduk merupakan haiwan yang meragut dan memakan tumbuhan renek dan buah-buahan yang jatuh ke tanah.  Musuh utamanya termasuklah spesies kucing yang kecil, musang dan reptilia termasuk ular.

Keluarga kucing terdiri daripada lima genera dan 36 spesies dan boleh didapati hampir di seluruh dunia.  Harimau merupakan spesies kucing yang terbesar dan boleh didapati dihabitat-habitat yang ada sumber makanan, air dan kawasan perlindungan daripada matahari.  Harimau boleh berenang dan kadang kala pada waktu panas ia akan berendam di dalam air selama beberapa jam.  Walaupun makanannya terdiri daripada pelbagai haiwan mangsa, tetapi pilihan utamanya ialah rusa dan babi hutan.  Di Semenanjung Malaysia, taburannya tertumpu di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Di antara spesies kucing yang kecil, kucing batu merupakan yang biasa kedapatan dan mempunyai taburan yang meluas.  Ianya boleh didapati dikebanyakan jenis habitat termasuk di kampung-kampung dan ladang.  Makanannya terdiri daripada cicak, amfibia hingga ke pelanduk.  Spesies kucing kecil yang lain seperti kucing dahan, kucing tulap dan kucing hutan jarang kelihatan di kawasan-kawasan lapang dan lebih bertumpu di dalam kawasan hutan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2004 05:05 PM | Show all posts
Primat yang terdapat di negara ini merangkumi spesies yang terancam seperti Orang Utan, Kongkang, Ungka dan Siamang.  Kera dan Lotong banyak terdapat di kawasan-kawasan lapang, di kampung-kampung dan ladang.  Kera merupakan haiwan maserba yang mudah menyesuaikan diri dengan manusia.

Terdapat hanya dua spesies buaya di Malaysia iaitu buaya tembaga dan buaya jolong-jolong.  Buaya boleh didapati di sungai-sungai besar terutamanya di Sarawak.  Tuntung sungai boleh didapati dikebanyakan sungai di Semenanjung dan populasi utama didapati di sungai-sungai di Negeri Perak, Kedah, Terengganu dan Pahang.  Walau bagaimanapun hakisan dan pengambilan pasir daripada sungai-sungai ini telah mengurangkan habitat semulajadinya.  Pantai Timur Semenanjung merupakan kawasan mendarat yang penting bagi penyu terutamanya penyu belimbing.  Rantau Abang di Terengganu merupakan kawasan yang penting untuk penyu mendarat.  Pulau Penyu di Sabah juga merupakan kawasan yang penting untuk pemuliharaan penyu di rantau ini.

Taburan burung-burung hutan agak meluas di negara ini terutamanya di kawasan semulajadi seperti di Taman Negara.  Walau bagaimanapun, taburan spesies akan bergantung kepada ketinggian dan habitat.  Burung-burung migratori banyak terdapat di kawasan pantai berlumpur di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.  Kawasan yang penting untuk burung-burung berhijrah ialah di Kuala Gula di Perak, Pulau Bruit di Sarawak dan kawasan pantai di Sabah.  Kebanyakan daripada burung-burung berhijrah ini terdiri daripada keluarga Charadriformes.  Dianggarkan sebanyak satu juta burung melalui negara ini semasa musim penghijrahan iaitu daripada bulan Oktober ke April.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2004 05:06 PM | Show all posts

SEJARAH

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada bulan Ogos, 1957.  Pada akhir bulan itu, Malaya telah mencapai kemerdekaannya dengan Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama.  Malaysia telah diwujudkan pada 16 September 1963.  Malaysia pada masa itu terdiri daripada Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura.  Tetapi Singapura telah berpisah daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2004 05:07 PM | Show all posts

PENDUDUK

Penduduk Malaysia terdiri dari pelbagai kaum.  Golongan terbesar rakyat Malaysia ialah Melayu, diikuti oleh Cina dan India.  Kaum minoriti yang lain ialah kaum Bumiputera di Sarawak dan Sabah yang terdiri dari Dayak, Kadazan (Dusun), Bajau, Melanau dan Murut di samping kaum orang asli di Semenanjung Malaysia; Eropah dan Serani.  Jumlah penduduk mengikut anggaran 1997 adalah:

Semenanjung Malaysia
  Warganegara
  Bumiputera                                   - 9,802,400
  Cina                                               - 4,631,900
  India                                              - 1,524,100
  Lain-lain                                        -    452,800
  Bukan Warganegara                   -    636,100
  Sabah (termasuk W.P. Labuan) - 2,663,800
  Sarawak                                         - 1,954,300
                                                          ________
  Jumlah:                                         - 21,665,400
  Anggaran 1997                             ========
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2004 05:08 PM | Show all posts

SOSIOBUDAYA

Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada berbagai-bagai kaum.  Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu sebagai rakyat asal rantau ini.  Kebudayaan Melayu itu sendiri adalah berteraskan ajaran agama Islam.
  


Kebudayaan orang Melayu adalah mengutamakan nilai-nilai sopan-santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan.  Semua bentuk kebudayaan serta agama-agama lain adalah sentiasa dihormati.  Sambutan hari-hari perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Thaipusam, Krismas, Gawai dan lain-lain adalah dianggap sebagai perayaan penting.

Sesungguhnya suatu yang unik bagi Malaysia ialah penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu dan Nasrani (Kristian), di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah merupakan agama rasmi di Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.

Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa rasmi di Malaysia.  Walaupun begitu, bahasa-bahasa daripada berbagai kaum dan suku kaum yang lain adalah bebas digunakan.  Bahasa Inggeris adalah merupakan bahasa kedua dan digunakan dengan meluasnya di bidang-bidang perdagangan dan perindustrian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2004 05:10 PM | Show all posts

PERLEMBAGAAN DAN PEMBAHAGIAN KUASA

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.  Baginda dipilih memegang tampuk pemerintahan negara selama tempoh lima tahun oleh Majlis Raja-Raja.  Untuk dipilih, Baginda haruslah menjadi salah seorang daripada sembilan orang Sultan yang memerintah sembilan buah negeri persekutuan.  Negeri-negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, Ketua Negeri ialah Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh selama empat tahun.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia membahagikan kuasa Kerajaan Persekutuan kepada Kuasa Perundangan, Kuasa Kehakiman dan Kuasa Eksekutif.  Pembahagian kuasa terdapat di peringkat persekutuan dan negeri seiring dengan konsep persekutuan yang menjadi asas kepada pentadbiran kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2004 05:11 PM | Show all posts

KUASA EKSEKUTIF

Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa untuk memerintah, diberi di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tetapi diselenggarakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.  Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab terus kepada Yang di-Pertuan Agong.
  

Setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Walau bagaimanapun, mengikut prinsip sistem pemerintahan berdemokrasi, Ketua Eksekutif ialah Perdana Menteri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2004 06:09 PM | Show all posts

Sistem jalan raya di Malaysia

Malaysia mempunyai jaringan jalan raya yang sangat baik di mana 76% daripadanya berturap. Pemanduan di Malaysia adalah mengikut sistem British di mana pengguna menggunakan lorong kiri untuk pergi ke arah hadapan dan kerusi pemandu adalah di sebelah kanan. Papan tanda bagi jalan raya persekutuan dan negeri berwarna biru manakala di lebuhraya pula berwarna hijau.

Jaringan jalan raya adalah sangat baik di Semenanjung Malaysia berikutan beberapa jalan-jalan utama di semenanjung dibina sejak zaman penjajah lagi. Di Sabah pula, banyak jalan raya yang sudah siap dibina untuk memenuhi kadar pertumbuhan penduduknya yang sangat tinggi, boleh dikatakan tertinggi di Malaysia.

Di Sarawak pula, tidak banyak jalan raya yang ada kerana pada zaman penjajah, pembinaan jalan raya cuma tertumpu di kawasan bandar sahaja dan kentadbiran penjajah takder inisiatif untuk membina sistem jalan raya antara bandar-bandar di Sarawak. Majoriti jalan raya di Sarawak hanya dibina setelah Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Jalan persekutuan terpanjang di Malaysia ialah Federal Route 1, dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam, tapi sebahagian laluan tu dah 'dimakan' oleh Lebuhraya Utara-Selatan pada part Jitra ke Bukit Kayu Hitam dan juga kat Grand Saga. Lebuhraya terpanjang pula adalah Lebuhraya Utara Selatan (E1 & E2) sejauh 848 km dari Buit Kayu Hitam ke Johor Bahru. Jambatan terpanjang adalah Jambatan Pulau Pinang manakala terowong lebuhraya terpanjang adalah di Terowong Menora (E1), Perak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2004 06:22 PM | Show all posts

Tenaga elektrik...

Malaysia mempunyai bekalan tenaga elektrik yang berlebihan dan ini membolehkan lebihan tenaga elektrik dijual ke Singapore dan Thailand. That's why kalau korang betul-betul perasan, tarif TNB la yang paling lama bertahan dengan hanya RM 0.218 / kWh untuk beberapa lama sejak 1996. Murah giler, kan? Daripada penjualan elektrik berlebihan nie la Malaysia dapat kekalkan tarif elektrik sebegini murah dalam jangka masa yang sangat panjang.

Kat Sarawak lak, masih banyak rumah yang belum dilengkapi elektrik kerana ketiadaan jalan raya serta kekurangan stesen janakuasa elektrik yang berhampiran. Anyway, lepas jer Bakun siap nanti, jumlah electric supply bukan setakat cukup untuk Sarawak dan Sabah malah boleh dijual ke Indonesia.

Oh yes, nearly forgotten... Malaysia guna bekalan elektrik AC (alternating current) 240V, 50 Hz bagi kegunaan pengguna rumah dan sistem soket yang digunakan adalah dari keluarga jenis B, sama jenis ngan pug yang digunakan kat Britain.

[ Last edited by Squall-Leonhart on 22-7-2004 at 09:16 PM ]
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 21-7-2004 11:13 PM | Show all posts
manusia tertua di semenanjung malaysia ialah Perak Man.. yang hidup 11,000 tahun dulu di gua gunung runtuh kat lenggong, perak.. pernah pegi jepun untuk exibition.. sekarang menetap dalam muzium perak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2004 04:22 AM | Show all posts
MSC - MULTI-MEDIA SUPER CORRIDOR


Koridor Raya Multimedia (MSC) ialah kawasan khusus yang di bangunkan berasaskan industri teknologi maklumat (IT) dan telekomunikasi. Ia adalah projek yang dirancang kerajaan kerana menyedari kepentingan mempunyai industri IT dan telekomunikasi tempatan yang mantap dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa, selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Lokasi MSC ditempatkan di satu kawasan yang bersempadankan Pusat Bandar Kuala lumpur (KLCC), Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA), yang meliputi keluasan 15km x 50km. Pusat Bandar Kuala Lumpur menyediakan sistem telekomunikasi moden yang lengkap di Menara Kuala Lumpur. Sementara KLIA merupakan salah satu pintu masuk ke MSC. Putra Jaya pula ialah sebuah bandar pentadbiran pintar di mana kerajaan Elektronik di perkenalkan dan merupakan Pusat Bandar yang berteraskan IT.

MSC merangkumi kawasan seluas kira-kira 750 kilometer persegi meliputi Kuala Lumpur City Center (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang ( KLIA), Pusat Pentadbiran baru kerajaan dan bandaraya IT di Putra Jaya serta Bandaraya Multimedia, Cyber Jaya dengan cadangan pelaburan sebanyak RM 5.5 billion.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2004 05:26 AM | Show all posts
PUSAT PENTADBIRAN BARU KERAJAAN MALAYSIA - PUTRAJAYA

Putrajaya meliputi kawasan seluas 4,931 hektar. Kedudukannya ialah 25km di sebelah selatan Kuala Lumpur dan 20km di sebelah utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Ia merupakan pusat pentadbiran baru bagi Kerajaan Malaysia. Beberapa kementerian sudah berpindah ke sana.

Putrajaya adalah Bandar terancang yang dibina berasaskan garis panduan dan polisi komprehensif yang berkaitan dengan kegunaan tanah, sistem pengangkutan, utiliti, kemudahan awam, infrastruktur, perumahan, teknologi maklumat dan kawasan tanah.

Kawasan utama Putrajaya meliputi 1,069 hektar yang dibahagikan kepada 5 presint. Terdapat sebatang jalan berhias (boulevard) sepanjang 4.2km yang menghubungkan presint-presint tersebut. Setiap presint mempunyai identiti tersendiri melalui penetapan aktiviti ekonomi tertentu.

Kawasan utama Putrajaya meliputi 1,069 hektar yang dibahagikan kepada 5 presint. Terdapat sebatang jalan berhias (boulevard) sepanjang 4.2km yang menghubungkan presint-presint tersebut. Setiap presint mempunyai identiti tersendiri melalui penetapan aktiviti ekonomi tertentu.

Presint 1 ilalah Present kerajaan adalah terletak di sebelah utara Kawasan Utama. Kawasan ini menempatkan kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan pusat.


Presint 2 - Presint pembangunan campuran merupakan pintu utama ke kawasan utama Putrajaya dari arah utara. Presint ini mengandungi bangunan perdagangan dan kerajaan, taman-taman, kawasan-kawasan lapang dan kawasan perumahan.

Dua kementerian ditempatkan di kawasan berkenaan iaitu:

Kementerian Kewangan
Kementerian Luar Negara

Presint 3 - Presint Sivik dan Kebudayaan sedang dibangunkan untuk menempatkan kementerian-kementerian dan institusi-institusi yang berkaitan dengan pembangunan kesenian dan kebudayaan.

Presint 4 - Presint ini akan dibangunkan sebagai kawasan utama bagi aktiviti perdagangan dan perniagaan di Putrajaya.

Presint5 - Presint ini sedang dibangunkan untuk tujuan konvensyen dan rekreasi. Selain daripada pusat konvensyen, kemudahan lain adalah termasuk akademi-akademi sukan dan rekreasi air.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.069748 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list