CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2932|Reply: 22

[Tempatan] Kes rasuah RM1 juta: Tengku Adnan mahu hakim tarik diri dengar kes

  [Copy link]
Post time 19-9-2019 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


BERITA  Mahkamah
Kes rasuah RM1 juta: Tengku Adnan mahu hakim tarik diri dengar kes
19 Sep 2019

BERNAMA
KUALA LUMPUR -Perbicaraan kes rasuah RM1 juta yang dihadapi bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dijadualkan hari ini ditangguhkan berikutan pihak pembelaan memfailkan notis usul supaya Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menarik diri daripada mendengar kes itu.

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memfailkan notis usul semalam (18 September) selepas mendapat arahan daripada anak guamnya.
“Dalam permohonan itu, pihak pembelaan mengusulkan kepada mahkamah untuk suatu perintah iaitu agar Hakim Mohd Nazlan menarik diri daripada mendengar kes ini dan kes ini di pindahkan ke Mahkamah Tinggi yang lain serta lain-lain relif yang dianggap adil dan wajar oleh mahkamah,” katanya.
Beliau berkata, permohonan itu dibuat berikutan pada 17 September lepas ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon, 71, menukar pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan bersubahat dalam perlakuan salah oleh Tengku Adnan yang menerima untuk dirinya wang tunai RM1 juta.
“Alasan lain permohonan itu termasuk pemohon (Tengku Adnan) risau tidak akan mendapat perbicaraan yang adil dari hakim dan mahkamah sama.
"Pengakuan fakta kes dibentangkan pihak pendakwaan semasa pengakuan salah Eng Boon juga dikhuatiri mempengaruhi hakim sedia ada (Mohd Nazlan).
"Selain itu, pemohon juga dimaklumkan menerusi laporan media bahawa Eng Boon bersetuju untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balasan terhadap notis usul itu.
“Pihak pendakwaan telah menerima notis usul itu semalam pada 4 petang dan pihak kami akan mengemukakan afidavit balasan,“ katanya.
Hakim Mohd Nazlan menetapkan esok (20 September) untuk mendengar permohonan itu dan pihak pendakwaan perlu memfailkan afidavit balasan pada 3 petang ini.
Pada 15 November lepas, Tengku Adnan, 69, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan, iaitu wang berjumlah RM1 juta daripada Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank kepunyaannya (Tengku Adnan).
Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) bagi menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Tingkat 2, Blok Podium, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, di sini pada 27 Disember 2013.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada 9 Ogos lepas, Hakim Mohd Nazlan membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes rasuah Tengku Adnan dan Eng Boon dibicarakan bersama - Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
aku klau tgk dia ni xleh lupa la spender putih tu
ampornnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku Tak sabar nak tunggu Perbicaraan Zahid Hamidi...Dan pengkhianat2 bangsa yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 19-9-2019 09:46 PM
aku klau tgk dia ni xleh lupa la spender putih tu
ampornnnn

Kes skandal seks dia ke..ada eh dia?aiyoooo yoo
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mizZue replied at 20-9-2019 06:30 AM
Kes skandal seks dia ke..ada eh dia?aiyoooo yoo

Maksudnya yg ini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 20-9-2019 06:50 AM
Maksudnya yg ini

Ya Ampunnn...bio betikk..kelakoo..awatnya ni..napa smpai terlondehh maaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2019 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
mizZue replied at 20-9-2019 07:01 AM
Ya Ampunnn...bio betikk..kelakoo..awatnya ni..napa smpai terlondehh maaaa

Problem manusia xberpinggang hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
mizZue replied at 20-9-2019 07:01 AM
Ya Ampunnn...bio betikk..kelakoo..awatnya ni..napa smpai terlondehh maaaa

kisah lama ni kak. Rasanya da 80% forumer da tau kisah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dakwa juga si pemberi rasuah.. tangkap dan tarik lesen perniagaannya jika betul ada aktiviti rasuah yg berlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 09:30 AM | Show all posts
relaxjek replied at 20-9-2019 09:02 AM
Dakwa juga si pemberi rasuah.. tangkap dan tarik lesen perniagaannya jika betul ada aktiviti rasuah  ...

dh dakwa pun sis.kat artikel atas tu pun ada cerita
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 10:01 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya tuhan. Huduhnya manusia ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 02:08 PM | Show all posts
mongoose_kidz replied at 19-9-2019 09:46 PM
aku klau tgk dia ni xleh lupa la spender putih tu
ampornnnn

mcm kesian plak aku tgk tapi nak gelak jugak

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 19-9-2019 10:55 PM
Aku Tak sabar nak tunggu Perbicaraan Zahid Hamidi...Dan pengkhianat2 bangsa yang lain.

Tue pun masih orang nak angkat dia jadik pemimpin. Shame of u
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 02:26 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 19-9-2019 10:55 PM
Aku Tak sabar nak tunggu Perbicaraan Zahid Hamidi...Dan pengkhianat2 bangsa yang lain.

sabor bro, dia dah masuk penyatuan ummpmah.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-Patih replied at 20-9-2019 10:01 AM

Baru ku tahu seluar terlucut tu mmg benar. Ku ingatkan edit sebelom ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2019 02:44 PM | Show all posts
Ramai pemimpin melayu rosak dek cina

Tan Eng Boon

Jho Low

dan ramai lagi cina

cina suka merasuah Melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 20-9-2019 02:44 PM
Ramai pemimpin melayu rosak dek cina

Tan Eng Boon

Dah Melayu kau sanggup jual maruah UMNO murahan kau.....tu la harga bangsa kau murahan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
limans replied at 20-9-2019 02:26 PM
sabor bro, dia dah masuk penyatuan ummpmah.....

Elok la sesama penongang Agama Dan penonggang bangsa jadi geng. ,
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.084562 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list