CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4344|Reply: 32

[Jenayah] kokain 50 ton bernilai USD 1 bilion berjaya dirampas. Cartel menangis dihujung b

[Copy link]
Post time 20-9-2019 05:39 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Malaysia dikenal pasti menjadi sasaran kartel dadah antarabangsa, khusus untuk dijadikan sebagai pusat transit bekalan bahan terlarang itu di rantau ini.

Malah, pelbagai modus operandi digunakan kartel berkenaan, termasuk bekerjasama dengan sindiket tempatan untuk menjadikan negara ini sebagai lokasi persinggahan bekalan dadah mereka sebelum diseludup ke negara ketiga.

Selain melalui kawasan sempadan menggunakan laluan darat, sindiket turut dikesan cuba menyeludup dadah melalui jalan laut.

Terbaru, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah kokain yang dianggap terbesar dalam negara ini, minggu lalu.

Sumber memberitahu BH, dadah jenis kokain itu ditemui dalam pemeriksaan ke atas tiga kontena di sekitar Butterworth dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Hasil pemeriksaan lanjut kemudian menemui puluhan guni putih berisi ketulan berwarna hitam dipercayai kokain, dengan berat keseluruhannya dianggarkan melebihi 50,000 kilogram.

“Dalam serbuan sama, JSJN menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyeludupan dan pengedaran dadah berkenaan.

“Hasil siasatan dadah yang diseludup oleh kartel dadah antarabangsa dari Amerika Latin ini dibawa menggunakan kapal kontena dan akan dihantar ke negara ketiga pada masa yang sesuai.

“Sebaik tiba di sebuah kawasan di utara semenanjung, dadah berkenaan kemudian dibawa ke satu lokasi yang berjaya dikesan oleh JSJN Bukit Aman, hasil maklumat dan perisikan yang dijalankan,” katanya.

Katanya, rampasan itu sekali gus memperlihatkan bahawa berlaku pergerakan aktif kartel dadah antarabangsa menyeludup masuk bahan terlarang berkenaan ke negara ini.

Bagaimanapun, sumber tidak menolak kemungkinan pelbagai taktik dan cara digunakan oleh kartel dadah antarabangsa untuk melepasi pintu sempadan di Malaysia termasuk sama ada melalui jalan darat dan laut.

Malah, kartel dadah antarabangsa ini bekerjasama dengan sindiket tempatan dalam memastikan kelancaran operasi membawa masuk dadah dari negara pengeluar ke negara ketiga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2019 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ditahan ni, dadah ni dibawa kemana? Dimusnahkan macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
jangan dikitar semula dan dijual balik oleh phk2 tertentu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow...bkn sikit sikit punya bisness ni...50,000 kg....

Knp msia?....
Kastam & polis tak rasa malu ke?....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Beraninya mereka mengimport dadah besar2an secara agak terbuka.. Yakin nya mereka kebal undang2. Level mana rasuah mereka.. Ayoo siapa payung mereka.???,kotena yg tidak berjaya dikesan, berapa byk yek... Dasar pengkhianat
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 06:57 PM | Show all posts
MissVixen replied at 20-9-2019 06:20 PM
Lepas ditahan ni, dadah ni dibawa kemana? Dimusnahkan macam mana?

dibakar dimusnahkan, walaupun tepung ni sama dengan tepung gandum dari segi tesktur namun ia memabukkan kalau buat cekodok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2019 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
50 fucking tonnes kokain?

Oralley ese. Jesus. Farking. Christ.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 07:23 PM | Show all posts
50 ton dadah ni cukup untuk musnahkan satu negara malaysia dengan keruntuhan rumah tangga, jenayah rompak, rogol, samun, ragut

terima kasih pdrm banteras jenayah dadah habis habisan. sayangi polis jauhi dadah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2019 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg kantoi. Sblm ni dah brp kontena lps. Goodjob kastam n pdrm.mesti serik taiko dadah nk kudakan msia lg
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Gandum tu..kata asif

Mula2 igtkan kt mexico..kt malaysia rupanya. Agknya depa igt sejak pihec merintah semakin bebas bwk masuk dadah..negara komunis kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
50 tan tu baru 2 kontena
Maklumlah iols kan buat ImPoRt ExPorTd..

1 bil saat ialah 38 tahun
So RM1bil tu dari lahir sampai meninggal makan tak habis

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 08:49 PM | Show all posts
Kokain campur arang batu RM2.4 bilion

POLIS Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas 12 tan kokain dicampur arang batu bernilai RM2.4 bilion selepas merampas tiga kontena dalam Op Eagle di Butterworth, 10 September lalu.

Sindiket membawa dadah dari Amerika Selatan itu menggunakan taktik terbaru dengan mencampurkan kokain terbabit bersama 60 tan arang batu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, taktik sindiket itu mencampurkan dadah dengan arang batu sukar dikesan sehingga polis terpaksa menggunakan peralatan canggih oleh Jabatan Kimia.

KOKAIN dicampur arang batu yang dirampas daripada tiga kontena di Butterworth, 10 September lalu. FOTO Mikail Ong.
“Dadah itu tidak dapat dikesan Unit Anjing Pengesan (K9) dan kami percaya sindiket ini cuba mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kami percaya negara ini dijadikan sebagai transit sebelum dadah terbabit dihantar ke negara ketiga,” katanya pada sidang media di Balai Polis Bayan Baru, Bayan Lepas, hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang terbabit menguruskan kontena berkenaan.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan dia kini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya.

Kredit : Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
badan yang bertanggungjawab tapi bolos sepatutnya berasa malu. mula mula sikit sampai 50 tan. berapa tan yg dah lepas..tahniah PDRM!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2019 08:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nirhab90 replied at 20-9-2019 08:49 PM
Kokain campur arang batu RM2.4 bilion

POLIS Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman m ...

Arang serap bau
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkesima dgr berita td..2 billion???  Bkn biashe biashe org yg jaga mereka ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 20-9-2019 08:52 PM

Codein ni dalam industri hiburan dipanggil lean. Taktau org msia pandai ke tak bancuh lean tapi celeb Hollywood suka ambil lean berbanding pills

Khayal dari lean boleh control dan orang taktau dia khayal. Tak kena tangkap dan mahal, elite je beli

Codein ni warna ungu, rappers selalu tayang purple drinks/lean sebab cool. Diorang campur codein dengan air gas dan gula2 sebab codein pahit



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua benda pelik berlaku di penang....harap.gov letak penguatkuasa amanah dan berani di sana
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 20-9-2019 09:13 PM
Codein ni dalam industri hiburan dipanggil lean. Taktau org msia pandai ke tak bancuh lean tapi ce ...

You notty girl
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kabukiman replied at 20-9-2019 09:22 PM
You notty girl

XD XD XD

Nooo..please its for research purpose!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.107334 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list