View: 4727|Reply: 38
|
[Tempatan]
Kena tembak ketika makan di siang hari
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 20-9-2019 08:06 PM
Dimana lagi kalau bukan di...
.
Siti Rohana Idris
cnews@nstp.com.my
LELAKI ditembak ketika sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Kampung Neting, Pengkalan Kubor, Tumpat, petang tadi.
Dua daripada tiga peluru yang dilepaskan suspek terkena paha dan tangan kanan mangsa yang berusia 24 tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, kejadian berlaku pada jam 3.15 petang ketika mangsa sedang menjamu selera bersama dua lagi rakan.
“Tiba-tiba datang seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC berwarna merah dan melepaskan tiga das tembakan.Mangsa yang cedera di paha dan tangan kanan dibawa ke Hospital Tumpat dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi.
Wan Khairuddin berkata, polis sedang menyiasat secara menyeluruh bagi mengetahui motif kejadian.
Beliau berkata, satu pasukan khas ditubuhkan untuk melakukan siasatan lanjut termasuk mengesan suspek.
“Kami meminta sesiapa yang mempunyai maklumat, boleh menyalurkannya kepada pihak polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh,” katanya.
Sementara itu, pemilik kedai makan, Zuki Che Hassan, 48, berkata dia ketika itu sedang mencuci pinggan di belakang kedai sebelum terdengar bunyi beberapa letupan.
Dia menyangkakan ia bunyi gas meletup tapi sebaik keluar ke bahagian hadapan, dia ternampak seorang lelaki memakai topi keledar berpenutup melepaskan tembakan ke arah mangsa.
“Dalam keadaan berdarah, mangsa berlari ke arah rumah penduduk berdekatan dan pada masa sama penembak cuba mengejarnya namun gagal.
“Beberapa pelanggan yang berada dalam kedai juga lari bertempiaran kerana terkejut dan panik dengan kejadian itu,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 September 2019 @ 7:09 PM |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ganas macam dalam drama..tembak depan orang |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik tak kena org lain.....
Tokan dadah ke ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-9-2019 09:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CiliPadiSedap replied at 20-9-2019 08:58 PM
hitman version tomyam
Ni version budu klate..sskjp |
|
|
|
|
|
|
|
Wow. Muda2 lagi dah kena aim.. Apa la ko buat ya dik sampai org nak bunoh ko |
|
|
|
|
|
|
|
penembak dr selatan sana ke? pertanyaan |
|
|
|
|
|
|
|
Makan pon tak senang....mmm... |
|
|
|
|
|
|
|
dia john wick lah dik
|
|
|
|
|
|
|
|
wah berani tak kisah org sekeliling..
mcm pembunuh upahan pl.. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi. Dh mcm dlm movie dh. Spesis hati kering btl. Tembak org kt public siang plk tu. Cannot brain weyh |
|
|
|
|
|
|
|
Wah wild wild west sangat macam dalam movie scene je. |
|
|
|
|
|
|
|
Third World Country biasa lah |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti terminator dengan aktiviti tak sihat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kat kedai ike bekok katanya..
glemer kedai ni..kesian tokey kedai tu...
mst baru2 ni org takut nk g mkn |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 hal la berlaku kat negeri piss ni, islam celah mana ntah la |
|
|
|
|
|
|
|
Chuck Noris sangat! Ngerinya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|