CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Boomibulat

Sufie Rashid selamat diijabkabul (update post #172)

  [Copy link]
Post time 1-10-2019 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahapkanlab maknya Supi. Duduk hdb flat sama jer ngan pprt kat sini, bezanya cuma kebersihan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2019 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
siannya kat sufi.. tkapai2 tgn xnak bini dia pegi, tp yg sebelag lg mak sendiri, beriya pelok nmpak drama much
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2019 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 1-10-2019 06:08 PM
kesian sufi dlm video tuh..haiz....org paling skt kepala dlm video tuh sufi....


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg spoil mood perempuan tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Minyakyuyi replied at 1-10-2019 05:39 PM
ni videonya :

Dah macam drama tv. Mak dia upload di fb ke ig
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
PuanAbby replied at 1-10-2019 06:36 PM
Dah macam drama tv. Mak dia upload di fb ke ig

mak dia upload di fb rasanya beserta caption panjang lebar hahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama sgt mak si sufi ni
Konon2 mangsa keadaan
Atas pelamin tu la pun beria ria nak peluk si sufi tu
Mengada ngada much sgt makcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
claudya replied at 1-10-2019 03:48 PM
dah viral pulak video menantu buat tak endah dekat mak metua. hahaha macam2 hal lah.

Kalau aku , aku cuak gak . Kang kena bedok dgn mak dia kang .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2019 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sachacha replied at 1-10-2019 06:39 PM
Drama sgt mak si sufi ni
Konon2 mangsa keadaan
Atas pelamin tu la pun beria ria nak peluk si sufi  ...

Tulah tu..peluk skit2 dahlah..ni beriya2 mcm tk jmpa lagi lepasni..drama sesangatttt
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama drama drama
Obviously the video from his mom side sebab maknya menuju ke arah situ lepas bersalam..ape tujuan makcik suh org record? Dah tau akan ada drama kan?

Sufi look like a good husband sbb die stil nak grab tgn wife die..wife die pun xkisah kot, lantak kaula nk berpeluk..aku takkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Managerara replied at 1-10-2019 07:15 PM
Drama drama drama
Obviously the video from his mom side sebab maknya menuju ke arah situ lepas bers ...

tu la psl.
mmgla kena hormat org tua tp wife sufi ada hati prasaan jg, da la mak sufi pggil dia bkn2, meroyan xsudah.
apsal ekk ada mom segini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2019 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereka bidadari saya - Sufie
Norhayati Nordin

DEMI tanggungjawab seorang anak dan suami, penyanyi Sufie Rashid, 28, tampil menjelaskan situasi yang berlaku di antara ibu dan isterinya ketika majlis persandingan baru-baru ini.

Ia berhubung kait penyebaran video tular yang memperlihatkan tindakan isterinya, Nurulain Md Yusof enggan mengambil foto bersama ibu mentua, Irma Suriana Mahamud.

Menerusi kenyataan Sufie yang ditulis di Facebook (FB) miliknya, dia menyifatkan dua wanita itu adalah bidadari hatinya.

"Kedua-dua mereka, bidadari hati saya. Tanggungjawab sebagai anak dan suami yang menjadi amanah saya untuk mereka berdua sihat dan bahagia di dunia dan insya-Allah, di akhirat.

"Baik dan buruk kesemuanya berdasar kehendak dan izin Allah SWT juga dan saya terima seadanya dengan reda serta tawakal," katanya.

Tulis juara Akademi Fantasia (AF) 2015 itu lagi, ibu dan isterinya saling menghadapi tekanan serta dugaan dalam kehidupan dunia yang sementara.

"Beratnya dugaan mereka, hanya Allah SWT saja yang tahu. Isteri saya bukan tidak hormat atau mahu larikan diri. Semasa menunggu ketibaan ibu, isteri saya sudah keluarkan tangisan di matanya dan badan pun geletar.

"Bukan takut, tapi isteri saya sudah bertahun pendam perasaan dengan penuh kesabaran atas 'tindakan' yang diberikan kepadanya. Tidak sekali pun isteri saya menceritakan apa yang dia lalui sebab tidak mahu mengaibkan sesiapa," katanya.

Katanya, apa yang pastinya hanya dia, keluarga serta saudara-mara yang hadir di majlis persandingan itu tahu hal sebenar.

"Kami tidak akan sesekali menceritakan. Dosa besar bagi kami sebagai hamba-Nya untuk menyebar aib sendiri secara terbuka, apatah lagi aib orang lain yang mungkin tidak pasti.

"Justeru, saya minta jasa baik semua untuk berhenti membuat perkongsian video berkenaan kerana ia boleh terjadinya fitnah, walaupun tidak sengaja.

"Kerana dalam ketidak-sengajaanlah, lahirnya perkara syubhah. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara yang tidak bermanfaat hendaknya." katanya.

Sufie juga memohon maaf kepada tetamu yang hadir pada majlis persandingannya di atas insiden kurang menyenangkan itu.

"Saya minta maaf jika ia membabitkan ramai orang. Saya juga minta maaf jika ia membuat orang ramai keliru dan marah secara tidak sengaja. Dan saya juga memaafkan semua, insya-Allah.

"Terakhir sekali, saya minta doa yang baik-baik untuk kami semua. Saya juga ucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga atas doa semua untuk saya dan isteri," katanya.

Selain itu, Sufie juga bersyukur kerana kedua-dua majlis persandingannya dengan isteri di Malaysia dan Singapura berjalan dengan lancar.

Sufie dan Nurulain selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis sederhana yang berlangsung di sebuah hotel di Putrajaya pada 21 September lalu.

Pada majlis pernikahan itu, Sufie memberikan tujuh dulang hantaran berserta cek bernilai RM20,000 dan mas kahwin sebanyak S$300 (RM910.02) kepada Nurulain dengan dibalas sembilan dulang hantaran.

Terdahulu, pasangan yang berkenalan pada penghujung 2016 itu mengikat pertunangan mereka pada 15 Disember 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Oktober 2019 @ 7:09 PM
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Memula dulu matian tak nk pegi. Dia caci anak menantu.dah orang tahan kau sebab orang tak kenal siapa mak pengantin. Dia datan ni pun aku rasa nak tunjuk siapa yg lebeh power. Mak atau isteri. Hazab mak mentua dari neraka camni.

Dalam dia gebang orang lain nak glamour dia pun nak jugak. Nasib baik Sufi bukan retis paling top. Kalau tak makin giler glamour ler mak dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg public nampak, yg tak nampak
Perghhh kalau aku dpt mak mentua neraka gini, mmg aku sebolehnya TAK AKAN JEJAK rumah mak mentua aku melainkan ada laki aku sekali.
Pandai berdrama org tua gini, depan org pijak semut tak mati
Tapi kat belakang sopa lahanat.
Euwww
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 07:53 PM | Show all posts
Dh kenapa makcik ni? Bila nk pulang ke alam barzakh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Org mcm ni iols doakan mati cecepat je. Sbb tau sgt selagi dia idup mmg dia akan sungguh2 la buat mcm2 nk menjahanamkan hidup anak menantu. Buat baik pun x guna org cmni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2019 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kesian dgn sufi.

Masa kecik kena penderaan seksual bapak tiri mak buat x tau. Kena handle mak meroyan malukan dia dan bini. Kena jaga hati mak yg malukan dia. Kena jaga hati bini pulak, belom keluarga belah bini...apa pulak diorg kata. Hidup sebagai retis lagi struggle nak relevan dlm industri. Berdepan lak reputz2 dan org industri nak kena hipokrit.

Kalao iols kat tempat heols..dah mental dah iols check in tg rambutan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Overnya makcik tu.. Choiiii
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
claudya replied at 1-10-2019 06:39 PM
mak dia upload di fb rasanya beserta caption panjang lebar hahah

Adoi perangai....sama mcm kenalan...
Dia dtg majlis just utk malukan tuan rumah..nak puaskan hati asalkan dendam kesumat dia terbalas..tapi plan tak menjadi takde orang layan sebab semua da tau perangai dia dan semua buat dia mcm bayang2 haha..last meroyan seorang2..
Kalau i jadi pengantin n orang sekeliling jangan layan..doakan dia hatinya jadi bersih...
Selalunya org mcm ni kesunyian n attention seeker..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2019 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols lebih sanggup digelar menantu hantu daripada tunduk dgn kerenah so called mother in law from jahannam ini.. So what?? You expect her to bow to you?? HELL NAWW!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.084003 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list