CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15921|Reply: 224

[Tempatan] Penduduk Kg Baru ditawar harga rendah. Harga tawaran RM850 kaki persegi. KLCC RM

  [Copy link]
Post time 21-9-2019 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 22-9-2019 07:39 AM

Nilai belian tanah Kampung Baru RM 6 juta setiap plot
21 September 2019 6:41 PM

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Kerajaan menawarkan harga pembelian maksimum pada kadar RM850 bagi setiap kaki persegi kepada pemilik atau pewaris tanah Kampung Baru yang menjadikan nilai purata lebih RM6 juta bagi setiap plot berkeluasan 8,000 kaki persegi.

Selain itu, kerajaan turut mempertimbangkan bayaran pampasan berdasarkan nilai aset di atas setiap plot.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, tawaran tersebut merupakan kadar tertinggi yang dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan mengambil kira faktor kepentingan pemilikan orang Melayu.

“Saya dimaklumkan purata plot tanah berkeluasan 8,000 kaki persegi. Itu menjadikan jumlah bayaran lebih RM6 juta,’’ katanya dalam sidang media selepas sesi townhall bersama lebih 3,000 pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru di sini, hari ini.

Khalid berkata, kerajaan juga tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan tawaran harga lebih tinggi bagi pembelian untuk pembangunan semula.

Beliau berkata, bagaimanapun perkara itu akan dibincangkan secara terperinci dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dijangka diketahui dalam masa sebulan.

“Secara umumnya semua (pemilik dan pewaris) bersetuju,yang menjadi penghalang adalah harga penilaian JPPH adalah sebanyak ini (RM850 satu kaki persegi), maka banyak mana lagi kita boleh tawar lebih daripada penilaian itu, itu kerajaan punya pendekatan.

“Pendekatan oleh kerajaan sering tertakluk kepada penilaian yang dibuat oleh JPPH... dia boleh bagi lebih boleh bagi kurang, tapi kita perlu tunggu dan lihat,” katanya.

Terdahulu ketika sesi townhall berlangsung, orang ramai mengutarakan pelbagai isu pembangunan kawasan termasuk kadar tawaran yang rendah, isu warisan kampung Melayu dan berkenaan cukai. - UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2019 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm6 juta?  Sikit sangat.  Percayalah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 08:23 PM | Show all posts
dulu dalam cariforum ada cari kaka cilipadi untuk urusan tanah kampung baru. tak sangka kaka pewaris
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 21-9-2019 08:06 PM
Rm6 juta?  Sikit sangat.  Percayalah

Memang sikit....

Dulu tapak TRX tu rm1800/sf....(katanya lah).....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi klu aku...amik je lah....

Beli tanah kg dlm rm500k,,buat rumah rm300k,,gi haji pakej rm150k....
Jgn bermewah mewah sgt buat rumah sampai rm1mill....rumah 3bilik cukup le....nanti senang mengemas....

Ank ank bg setakat rm500k sorang...ada 4org, ....

Ada lg rm2mill tu simpan utk wakaf,  bill hosp etc..dah mati nanti pepandai le ank ank agihkan....

Bak kata laba yg fail maths tu...kain kapan tak de poket....

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 09:15 PM | Show all posts
Org tu kata RM6 juta kalo 8000 kps. Bila masanya setiap lot RM6 juta? Kalo 1 lot 4000 kps jgn pulak korang kencing kata RM6 juta jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2019 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm850 kaki persegi? Murahnya. Tujuan kerajaan mmg nak jual kat org2 cina termasuklah dari Hong Kong dan China.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanah kg baru NI banyak nama....tanah problem disebabkan sistem Faraid entah apa2

Aku Rasa sorang waris dapat dlm 10k ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 21-9-2019 09:28 PM
Malaysia.Doom replied at 21-9-2019 09:18 PM
Tanah kg baru NI banyak nama....tanah problem disebabkan sistem Faraid entah apa2

Aku Rasa s ...


betul sgt.ada waris yg  dah tk dpt dikesan.
dah sistem faraid melibatkan ramai yg berhak.ada yg dpt tanah sekangkang kera je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 21-9-2019 09:26 PM
betul sgt.ada waris yg  dah tk dpt dikesan.
dah sistem faraid melibatkan ramai yg berhak

Sbb tu byk buat tempat parking je....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 21-9-2019 09:26 PM
betul sgt.ada waris yg  dah tk dpt dikesan.
dah sistem faraid melibatkan ramai yg berhak


Kalau mengata sistem Faraid marah la Kang geng2 Agama

Sepatutnya limitkan hanya 1 nama saja boleh masuk dalam 1 ekar tanah pertanian Dan 1 nama utk 1 lot tanah pembangunan...Tak payah guna Faraid bagai ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Harta Pusaka cam kereta Kat Malaysia ni bukan guna sistem Faraid pun
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 21-9-2019 09:26 PM
betul sgt.ada waris yg  dah tk dpt dikesan.
dah sistem faraid melibatkan ramai yg berhak.ada y ...

Ketua kampung aku cakap dulu ...sampai cucu dapat besar jamban je...cukup untuk buat jamban
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 01:19 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 21-9-2019 08:36 PM
Tapi klu aku...amik je lah....

Beli tanah kg dlm rm500k,,buat rumah rm300k,,gi haji pakej rm150k. ...

tak sama kalau dah dapat. plan realiti tak sama

dah dapat tak mustahil sebulan lesap enjoy kaka pernah dpt durian runtuh menang contest bank
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tadi pewaris kampung baru kata, nilai sekaki persegi sepatutnya tak kurang dari Rm4000..

Rm850? Tak sampai separuh pun..
Program pembangunan kampung baru konon.. puiii!sah2 la khalid greja nak juai kat developer Cina, maybe ke IJM Land/Gamuda utk develop kononnya “pembangunan kampung baru” . Jadahnya pembangunan kalau penduduk dah takdok situ..

Pelan pengusiran Melayu keluar dari bandar secara terancang le tu..
duduk je la situ.. maintain rumah cantik2 sudah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2019 07:43 AM | Show all posts
'Kadar RM850 satu kaki persegi tidak memuaskan'


RATA-RATA penduduk Kampung Baru bersetuju dengan pembangunan yang akan di buat di situ, namun, kurang bersetuju dengan nilai tanah yang ditawarkan.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dalam Majlis Town Hall Pembangunan Kampung Baru di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, hari ini menawarkan harga maksimum RM850 setiap kaki persegi kepada pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru.

Lebih 2,000 daripada 6,971 waris dan pemilik menghadiri program itu untuk mendengar penjelasan mengenai tawaran mendapatkan tanah bagi tujuan pembangunan semula.

Seorang daripada pemilik tanah, Siti Zakiah Othman, 66 berkata, dia sangat bersetuju dengan pembangunan yang akan dilakukan di Kampung Baru memandangkan perkampungan Melayu itu sudah buruk dan perlu dinaik taraf.

“Pelan pembangunan yang dicadangkan itu juga cantik. Cuma harga yang ditawarkan saja, kalau boleh naikkan sikit. Minimum sekurang-kurangnya RM1,000 bagi setiap kaki persegi,” katanya.

Bagi, Baharuddin Abdul Karim, 55, berkata, mereka mahu pembangunan semula di kawasan itu tetapi harga tawaran mesti munasabah.

“Sekiranya tempat berdekatan, seperti KLCC boleh mencecah sehingga RM5,000 kaki persegi, kami akan menerima pada harga RM4,500 bagi setiap kaki persegi.

“Bantu kami (Melayu) melalui ekonomi supaya kita dapat memperluaskan perniagaan kita dengan wang yang diterima itu. Bagi yang sudah berusia 60-an mereka boleh bersara dan hidup dengan selesa,” katanya.

Seorang lagi pemilik tanah, Zainal Idris, 73 berkata, harga yang ditawarkan oleh kerajaan itu baginya agak kurang memuaskan.

“Mestilah pak cik nak harga yang lebih tinggi, sekiranya boleh. Siapa nak harga yang rendah. Sekiranya boleh harga setiap kaki persegi ditawarkan pada harga RM1,200 hingga RM1,500.

“Jika tak boleh harga itu, pak cik tak nak jual. Kalau harga yang ditawarkan itu nanti memuaskan, baru pak cik akan pilih kombinasi pulangan tunai dan unit siap,” katanya yang tinggal di Kampung Piuk, Kampung Baru, di sini.

Dalam pada itu, pewaris tanah, Yusnita Md Yunus, 42, berkata, dia tidak mempunyai pilihan selain perlu bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

Katanya, dia berharap agar kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan lagi harga yang ditawarkan antara RM1,000 hingga RM1,500 kaki persegi.

Sementara itu, pewaris tanah Kampung Baru dan juga peniaga, Mohd Izwan Zakaria, 38, berkata, dia tidak bersetuju dengan tawaran yang diberikan berikutan tiada laporan lengkap dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

“Pembangunan bagi saya tiada masalah. Cuma kami perlu laporan lengkap daripada JPPH yang menyebut harga sedemikian. Sekiranya tiada laporan penilaian tanah, bagaimana kami nak buat keputusan.

“Laporan daripada JPPH perlu diberikan kepada penduduk. Kalau tiada laporan maka perkara ini tidak akan menjadi adil,” katanya.

Dalam majlis terbabit juga, penduduk juga turut diberi borang tindak balas untuk menyatakan sama ada mereka setuju dengan tawaran yang diberikan dan ia perlu diserahkan semula dalam tempoh dua minggu bermula daripada hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2019 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
X payahlaa percaya khalid nak tutup kilang calsberg....kena kencing je org kampung baru....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2019 07:50 AM | Show all posts
Purchase price of Kampung Baru land may be re-considered
21 Sep 2019 / 19:21 H.



KUALA LUMPUR: The government may consider a higher price for the purchase of Kampung Baru land for re-development, said Federal Territories Minister Khalid Abdul Samad.

However, he said, this will be discussed in detail with Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad and the outcome known in a month’s time.

“Generally, all (owners and benefactors) have agreed (with the re-development)...what is the stumbling block is the assessment price (of RM850 per square foot) by the JPPH (Valuation and Property Services Department), so how much more can we offer.

“The approach by government is always tied to the valuation been done by the JPPH ... they can give more or less, but we have to wait and see,“ he said in a press conference after a townhall session with more than 3,000 Kampung Baru land owners and benefactors here today.

The government today offered to buy land in Kampung Baru here from the owners and benefactors at a rate of RM850 per square foot.

Khalid said the offer was the highest rate of assessment by the JPPH, taking into consideration the consideration to retain Malay ownership. — Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 07:58 AM | Show all posts
Edited by rykall at 22-9-2019 08:00 AM

Pada hemat saya RM 6 juta tu cukup (tu pun belum muktamad lagi) DENGAN SYARAT:
1) Jangan dok berjoli sakan, beli tanah dulu sama ada utk bangunkan rumah atau pertanian (tak kiralah dekat KL ke, PJ ke atau mana2 negeri...atau beli rumah siap taraf Freehold...;
2) Masukkan dlm semua medium pelaburan ASB, ASB2 dll (yang dijamin kerajaan, bukan skim cepat kayap atau MLM)...jadi setiap tahun makan hasil duit dividen jer;

Ni dapat RM 6 juta pergi kahwin baru, beli kereta, berjoli sana sini...lama2 habis ler duit tu...

Bangsa Melayu kena dididik pengurusan kewangan yang betul jika tidak dahlah tanah tergadai, duit dlm 4,5 tahun habis, akhirnya duduk merempat kat tanah kerajaan balik / menyewa semula...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2019 08:02 AM | Show all posts
belajar la dari kes peneroka Felda Sendayan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.083703 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list