CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1836|Reply: 11

[Tempatan] Jerebu: Arahan semua sekolah di Selangor tutup dua hari adalah palsu

[Copy link]
Post time 23-9-2019 12:21 AM | Show all posts |Read mode
Jerebu: Arahan semua sekolah di Selangor tutup dua hari adalah palsu
22 September 2019 9:57 PM


Kenyataan akhbar yang tular telah disunting semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.

SHAH ALAM - Dakwaan semua sekolah termasuk swasta di Selangor akan ditutup selama dua hari bermula esok adalah palsu.

Jurucakap Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, kenyataan akhbar yang tular kononnya dikeluarkan pihak mereka kemungkinan telah disunting semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.menggunakan kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu lalu.

"Kenyataan yang ditularkan itu adalah palsu dan telah disunting dari kenyataan dikeluarkan sebelum ini," katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Dalam kenyataan tular itu menyatakan  bahawa semua sekolah termasuk swasta di negeri ini ditutup selama dua hari mulai esok berikutan keadaan berjerebu yang kembali melanda beberapa dearah di negeri ini sejak beberapa hari lalu.

Terdahulu, Jabatan Pendidikan Selangor dalam satu kenyataan petang tadi memaklumkan sebanyak 57 sekolah akan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Johan Setia, Klang mencatatkan bacaan 200.

Katanya, penutup itu membabitkan 68,025 pelajar di daerah Kuala Langat dan Klang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 12:28 AM | Show all posts
bukan da msuk tv ke kata cuti dak2 esok?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Cable replied at 23-9-2019 12:28 AM
bukan da msuk tv ke kata cuti dak2 esok?

dengar berita tadi cuti
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 12:44 AM | Show all posts
Catpaw replied at 22-9-2019 04:40 PM
dengar berita tadi cuti

tu la..nightline td
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2019 12:46 AM | Show all posts

Hanya sekolah di Klang, Kuala Langat ditutup
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Cable replied at 23-9-2019 12:44 AM
tu la..nightline td

kuala langat dan klang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2019 08:50 AM | Show all posts
smlm mmg teruk jerebu wehh. tak tau laa knp IPU asyik 100 lbh je
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 09:16 AM | Show all posts
mizruncing replied at 23-9-2019 08:50 AM
smlm mmg teruk jerebu wehh. tak tau laa knp IPU asyik 100 lbh je

Semalam aku rasa PJ ni warna kuning. Mood pun jadi down tengok suasana mcm tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2019 09:25 AM | Show all posts
supermum replied at 23-9-2019 09:16 AM
Semalam aku rasa PJ ni warna kuning. Mood pun jadi down tengok suasana mcm tu.

oo betul ek. sbb member meols buat status mcm tu jgk kt fb dia. dia stay subang jaya. tp tak smpt snapi pic katenya
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn nak ngada2 cuti.. tiga hari ni nk buat ujian mendengar lisan pt3. Kalo medang cuti.. payah nk kuarantin budak
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 12:06 PM | Show all posts
supermum replied at 23-9-2019 09:16 AM
Semalam aku rasa PJ ni warna kuning. Mood pun jadi down tengok suasana mcm tu.

Ya betul
Aku tengok matahari dah jadi merah tapi bacaan IPU setakat pukul 12.00pm semalam hanya 135

Keluar rumah pi Giant Kelana Jaya utk beli barangan dapur sekejap & bila balik rumah mata dah berair & kena sore throat


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 12:12 PM | Show all posts
janganlah buat kerja bodoh mcm ni..pi sebarkan berita palsu..

anak aku PSRA mggu ni..kesian kt diorg dgn ustaz ustazah..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.098458 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list