Keputusan inkues melibatkan kematian seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib bin Mohd Kassim bakal diketahui pada 27 September 2019 ini dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia menyarankan agar solat hajat dan tahlil dilakukan menjelang pengumuman keputusan pada Jumaat ini.
Kredit foto: Carian Google
Menurut akhbar Sinar Harian, Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia akan bekerjasama dengan Persatuan Pesara-Pesara Bomba Negeri dan seluruh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menganjurkan program itu.
Terdahulu Adib menemui ajal ketika menjalankan tugas dalam mengawal rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Rama Mariamman USJ pada tahun lepas. Dalam kejadian tragi situ, Adib dikatakan dipukul sehingga cedera parah.
Kredit foto: Carian Google
Beliau kemudiannya dirawat hampir sebulan di Institut Jantung Negara (IJN) sebelum menghembuskan nafas lebih kurang 3 minggu kemudian.
Kisah kematian hero bomba itu kemudiannya mengundang kemarahan orang banyak pihak dan berharap pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan seterusnya menerima hukuman yang setimpal.
Jurucakap Kesatuan itu berkata mereka menyeru semua warga JBPM dan rakyat Malaysia supaya berdoa bagi memperingati arwah selain mendoakan keputusan inkues pada Jumaat nanti.
Kredit foto: Carian Google
Persoalannya, sejauh manakah keputusan inkues ini nanti akan meredakan kemarahan orang ramai yang masih membara?- CARI |