CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2855|Reply: 5

47 pelajar Malaysia selamat tiba dari Riau

  [Copy link]
Post time 25-9-2019 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by BlueRose99 at 25-9-2019 04:44 PM


KUALA LUMPUR: Seramai 47 pelajar Malaysia di Riau selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 [KLIA2] tengah hari tadi.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kumpulan pertama pelajar itu dibawa pulang melalui penerbangan dari Pekanbaru ekoran pengumuman darurat jerebu di daerah berkenaan dua hari lepas [23September].

Ketibaan kumpulan pelajar itu disambut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya.

Sementara itu, kumpulan kedua seramai 31 lagi pelajar Malaysia dijangka tiba di KLIA2 pada 6.10 petang ini.

Dalam pada itu, Kementerian Luar dengankerjasama kementerian dan agensi berkaitan sedang menguruskan pemindahan 35 pelajar dari Pekanbaru ke Jakarta untuk ditempatkan sementara di Malaysia Hall, Jakarta.

Menurut kenyataan itu, pemindahan pelajar tersebut dibantu perwakilan diplomatik Malaysia di Indonesia iaitu Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan Konsulat Malaysia di Pekanbaru bersama wakil agensi kedua-dua perwakilan berkenaan.

Mengikut perancangan pemindahan pelajar yang ditetapkan, setakat ini seramai 113 pelajar dapat dipindahkan dari Riau.

"Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses evakuasi pelajar Malaysia dari kawasan-kawasan yang terjejas teruk ekoran bencana jerebu di wilayah Riau dan Jambi, Indonesia," kata kenyataan itu.

- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2019 04:35 PM | Show all posts
proses evakuasi tu apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2019 04:46 PM | Show all posts

Evakuasi adalah suatu tindakan memindahkan manusia secara langsung dan cepat dari satu lokasi ke lokasi yang aman agar menjauh dari ancaman atau kejadian yang dianggap berbahaya atau berpotensi mengancam nyawa manusia atau mahluk hidup lainnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Best sangat ke belajar dekat indon?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 05:57 PM | Show all posts
BlueRose99 replied at 25-9-2019 04:46 PM
Evakuasi adalah suatu tindakan memindahkan manusia secara langsung dan cepat dari satu lokasi ke l ...

terima kasih Rose.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 05:58 PM | Show all posts
Kurex replied at 25-9-2019 05:20 PM
Best sangat ke belajar dekat indon?


I mean, nak sambung belajar kat universiti2 Indon, senang dapat ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.059090 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list