CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: melnanzz

[DRAMA MELAYU] SEADANYA AKU [Akasia TV3: Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza]

  [Copy link]
Post time 29-1-2020 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Puteri19 replied at 29-1-2020 09:54 AM
selagi takde adegan baling atas katil, selagi tu iols anggap tiada hubungan intim berlaku yach.  ...

Lyma dulu ada adegan baling ke katil kan..manja je ZZ ckp jgnler.. Tho tk polow semua drama ZZ tp yg fames2 mmg folow, rasanya AK ni mmg dpt lesen special.. Esp part kena dukung.. Puas betul ZZ kena dukung AK yer.. Mana tak x hangin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 11:05 AM | Show all posts
tak dan nak tengok pukul 7..
anak conquer tv..baru start epi 1,,
mmemang ada chemistry zara dengan azlee..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:54 AM | Show all posts
afidahoney27 replied at 28-1-2020 09:08 PM
Itulah uolss, mmg bukan kaleng2 aura hero heroin eh..iolss duk perati je komen kt suma socmed, ham ...

kan..semua pakat suka kat couples ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Puteri19 replied at 29-1-2020 09:43 AM
hjzil polo cite ni jah hurkeyy...
remves lettuww tgk AK dah kurus. dappp... katanya. Agaknya hjzi ...

amboi hajizil kemain kulu kilir dap dap dap.... iols panggil hajidap la pasni.... kikiki

kt insta leekeri ada sakan pomot penubuhan fanclub AK cuolsss.... kemain leekeri skrg. pastu gigih pomot produk aura kasih.... cuols bole join.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Puteri19 replied at 29-1-2020 09:54 AM
selagi takde adegan baling atas katil, selagi tu iols anggap tiada hubungan intim berlaku yach.  ...

drama ni ada scene hentam keromo ke cuolsss???
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 01:03 PM | Show all posts
zuri154 replied at 28-1-2020 08:29 PM
amboi cuols.... tak semena2 menjelma kt sini plaks.... iols mmg nk tgk tp tggu byk2 episod dulu.
...

kahkahkah lupa dah password uolss. ni gigih recover password

Nak post gambar pun dah lupa macam mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2020 01:05 PM | Show all posts
F685 replied at 28-1-2020 10:24 PM
1. Gandingan pelakon memang yg dikenali ramai. Yg jadi supporting pun popular & selalu jadi hero her ...

Setuju juga dengan ulasan uols tapi tulah dalam novel/ drama semua boleh jadi hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 01:08 PM | Show all posts
pauliza replied at 29-1-2020 12:33 AM
huhu kisah 6,7 tahun lampau yg dah jadi sejarah .jgn sejarah mungkin berulang sudeh .lols pun x se ...

haiiii... yup LYMA lagi best

tapi seadanya aku pun ok juga sebab jalan cerita lain dari LYMA walaupun tetap ada mak mentua mcm mak lampir dalam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 01:10 PM | Show all posts
Puteri19 replied at 29-1-2020 09:54 AM
selagi takde adegan baling atas katil, selagi tu iols anggap tiada hubungan intim berlaku yach.  ...

kalau ikut novel awal2 dah pecah tanah so iols anggap je dorang dah selamat.

lagipun dah baring melentok macam tu cam tak logik pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 01:12 PM | Show all posts
Puteri19 replied at 29-1-2020 10:24 AM
Nah tgk ni. fun jgk dorg ni esp dayanaroza.

dalam ni nampak semua enjoy & fun.

Iols tgk episode yg team cindai biasa je ke sebab iols tak layan cindai
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 01:14 PM | Show all posts
pauliza replied at 29-1-2020 10:38 AM
haha tu tandanya weols dah lama move on jah .tapi sebab pernah minat LYMA jadinya ,iols follow jgk ...

tak tersohor sangat uolsss selalu ketinggalan. Ig lain dah post lama iols baru terhegeh2 nak repost haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zuri154 at 29-1-2020 01:21 PM

Solo? Biar rahsia - Azlee Khairi
Norhayati Nordin

PELAKON, Azlee Khairi, 30, selesa mengunci mulut mengenai status dirinya yang didakwa sudah solo.

Azlee berkata, tidak ada apa yang perlu dikongsi mengenai kehidupan peribadi terutama status perkahwinannya berbanding kerjaya.

"Biar rahsia dan saya tidak mahu menyakiti hati sesiapa. Apatah lagi, kemunculan semula saya dalam lakonan adalah peluang kedua.

"Malah, menjadi azam saya pada 2020 untuk lebih memberi fokus pada memantapkan karier lakonan selagi ada rezeki," katanya.

Menurut Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee, sudah tiba masa untuk dia tidak lagi melepaskan peluang dalam kerjaya seni yang pernah dibina sebelum ini.

"Lima tahun menghilangkan diri daripada industri hiburan sudah cukup buat saya. Sekarang masa untuk mengatur langkah baru.

"Kisah peribadi saya, tidak perlulah menjadi perhatian," katanya yang kini terbabit penggambaran drama Maaf Tak Indah untuk TV3.

Ditanya kesediaannya untuk berhadapan gosip dan cerita sensasi, Azlee berkata, dia akan menjaga batas pergaulan.

"Setakat ini, memang cabaran buat saya apabila digandingkan dengan rakan pelakon wanita yang berstatus isteri dan tunangan orang.

"Cuma, saya pastikan akan berbincang dengan mereka untuk melakonkan babak romantik serta menjaga batas kami," katanya.

Azlee pernah mencipta nama menerusi drama adaptasi novel Love You Mr Arrogant pada 2013 bersama pelakon, Zara Zya.

Ketika namanya berada di puncak popular, Azlee bertemu jodoh dengan wanita pilihan kelahiran Brunei, Dayang Norlelawati Puteh, 36.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2014 dan Azlee seterusnya memilih untuk meninggalkan kerjaya seni serta menetap di Brunei.

Namun, pada November lalu, Azlee muncul aktif berlakon semula dengan membintangi drama Seadanya Aku terbitan Country Universal Sdn Bhd.

Dalam drama untuk slot Akasia disiarkan Januari 2020 itu, Azlee digandingkan semula dengan heroin lamanya, Zara Zya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Disember 2019 @ 4:18 PM

sumber Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 01:19 PM | Show all posts
loo baru terbaca psal leekeri... hahha jenuh menyobut nye.. aaah mmg dia ilang dari radar .. tetiba muncul.... k layannn
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih resah respons peminat

TAMPIL dengan drama baharu, Seadanya Aku di slot Akasia TV3 sempena kemunculan semulanya membuat perasaan pelakon, Azlee Khari, 31, bercampur-baur antara teruja dan bimbang.

Azlee berkata, dia teruja kerana mendapat peluang untuk kembali aktif dalam kerjaya lakonannya, manakala bimbang apabila memikirkan bagaimana reaksi penerimaan penonton drama itu.

“Sudah lima tahun saya berehat daripada lakonan, tidak dinafikan sedikit sebanyak memang kebimbangan itu dirasai walaupun sudah melakukan sebaik mungkin.

“Saya boleh terima apa saja pandangan dan kritikan daripada penonton. Cuma, perasaan saya yang kurang selesa dan ada pelbagai reaksi dirasakan,” katanya.

Menerusi drama adaptasi novel terbitan Country Universal Sdn Bhd itu, Azlee sekali lagi berlakon dengan heroin lamanya, pelakon Zara Zya.

Berbicara juga soal gosip dan cerita sensasi, Azlee berkata, pada usia sudah sangat matang iaitu 31 tahun, dia sebenarnya enggan terpalit dengan sebarang kontroversi.

Pemilik nama sebenar Azlee Khairi Zulah Hainee ini memberitahu, cukup dengan apa yang pernah dilaluinya ketika nama berada di puncak populariti dan jadi perhatian ramai.

“Sekarang, bukan populariti yang saya kejar. Apa diimpikan ialah bakat lakonan saya mendapat penerimaan baik penonton termasuk peminat berpuas hati.

“Jika ada rezeki, saya mahu persembahan lakonan dicalonkan dalam majlis anugerah yang penilaian pemenang dilakukan juri berkaliber. Saya ingin diiktiraf pelakon terbaik.

“Apapun, fokus saya sekarang mahu memantapkan semula kerjaya seni. Selain itu, saya mahu berusaha mengumpul pengikut yang ikhlas menyokong saya dalam karier di media sosial,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran pengikut media sosial yang mahu dikumpul, Azlee berkata, dia tidak ada jumlah tertentu. Katanya, terpulang pada penonton yang menjadi pengikutnya di Instagram (IG).

“Perkongsian saya di IG lebih tertumpu kepada memberitahu peminat mengenai perkembangan kerjaya lakonan. Saya kurang selesa berkongsi perihal kehidupan peribadi.

“Kalau ada yang dikongsi, saya selalu pastikan ia tidak keterlaluan. Bagi saya, lebih baik peminat yang menjadi pengikut saya memberi perhatian pada projek lakonan.

“Alhamdulillah, buat masa sekarang saya mendapat sokongan padu peminat. Malah, mereka boleh terima cara saya dan tidak timbul sebarang persoalan tidak diduga,” katanya.

Selain Zara Zya, drama Seadanya Aku turut dibintangi pelakon Datin Elvina Mohamad dan Redza Rosli. Selain itu, Azlee juga akan muncul dalam drama, Maaf Tak Indah untuk tayangan di TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 6:30 AM

sumber Harian Metro

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Keinginan membara

LIMA tahun menghilang diri daripada radar industri hiburan adalah pilihan sendiri yang dibuat pelakon berkaliber, Azlee Khairi, 30.

Tidak kesal dengan tindakan diambil pemuda kelahiran Perak ini menyifatkan pada ketika itu dia lebih memilih apa yang diinginkan hatinya.

Kini, keputusan pembabitan semula Azlee dalam kerjaya lakonan sejak November lalu sekali lagi dibuatnya atas dasar mengikut kata hati.

Menurut Azlee yang ditemui pada sesi fotografi diselaraskan Lynnda Sharudin dengan Harian Metro baru-baru ini, dia sudah berfikir semasak-masaknya.

Minat dan jiwa saya pada kerjaya lakonan tidak pernah pudar mahupun hilang sepanjang menyepi diri. Keinginan itu sentiasa membara.

Cuma, biasalah sebagai lelaki semestinya ada ego sendiri. Namun, kini saya memikirkan adalah keputusan yang tepat untuk kemunculan semula.

Apatah lagi, peluang kedua buat saya nampaknya masih ada daripada pihak produksi dan stesen televisyen. Jadi, kenapa perlu saya lepaskan?” katanya.

Justeru, untuk drama pertama sempena ‘kemunculan semula’ Azlee, dia muncul membintangi drama Seadanya Aku terbitan Country Universal Sdn Bhd untuk slot Akasia TV3 yang disiarkan pada Januari depan.

Kini, Azlee sibuk pula di lokasi penggambaran drama Maaf Tak Indah sebanyak 18 episod untuk slot Samarinda TV3.

Azlee berkata, dia bersyukur rutin hariannya sekarang diisi dengan aktiviti bekerja. Katanya, kini fokus semestinya untuk mengumpul kewangan kukuh.

“Kos sara hidup sekarang sangat tinggi. Itu belum lagi termasuk hutang-piutang saya yang lain. Jadi, selagi ada rezeki dalam kerjaya lakonan ini, saya perlu bersungguh-sungguh.

“Tak kisahlah apabila saya perlu menjalani ujian skrin (screen test) yang dibuat pihak stesen televisyen pada mula-mula hendak aktif berlakon semula.

“Saya buang terus ego diri kerana anggap bukan mudah mendapat peluang. Apa yang dilakukan stesen televisyen itu sudah tentu ada sebabnya,” katanya.

Mengulas mengenai pengaruh media sosial seperti Instagram (IG), Azlee berkata, dia juga sedar perlu sedia mengikut rentak industri yang memerlukan pelakon aktif di lapangan digital.

“Demi kelangsungan kerjaya lakonan saya, ikut saja permintaan industri hari ini. Cuma, perkongsian dibuat dengan pengikut di IG berpada-pada.

“Saya lebih selesa dan seronok berkongsi dengan pengikut berhubung aktiviti di lokasi penggambaran ketika bekerja. Alhamdulillah, maklum balas diterima sangat positif,” katanya.

Azlee yang pernah mencipta nama menerusi drama adaptasi novel Love You Mr Arrogant pada 2013 berkata, dia sangat berterima kasih pada sokongan diberi peminat.

Tidak caras pelakon baru

Sedar kehadiran pelakon baru umpama cendawan tumbuh selepas hujan, Azlee berkata, kehadirannya kini bukan untuk bersaing.

Katanya, dia yakin kemunculannya pasti tidak mampu menggugat pelakon baru yang sudah popular dan mempunyai jutaan pengikut di media sosial.

“Saya bukan pesaing, penggugat atau pencabar mereka (pelakon baru). Dalam soal ini, hanya perlu yakin dengan bakat dan rezeki ditentukan Allah.

“Saya juga tidak muncul untuk meraih popular atau mengejar anugerah. Sudah cukup bagi saya, penonton kenal dan menilai bakat lakonan dipersembahkan,” katanya.

Ditanya mengenai antara berlakon drama dan beraksi dalam filem, Azlee berkata, dia menyerahkan pada rezeki dan sekarang keyakinan pengarah tertumpu untuk drama.

“Saya seorang yang tidak boleh membuat beberapa kerja dalam satu masa. Jadi, kini biar saya fokuskan saja pada tawaran berlakon drama dan telefilem,” katanya.

Tidak begitu memilih watak, Azlee berkata, setakat ini dia menerima tawaran berlakon yang difikirkan peranannya sesuai. Katanya, siapa dia untuk bersikap besar kepala.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Disember 2019 @ 6:00 AM

sumber Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
aincomey replied at 29-1-2020 01:10 PM
kalau ikut novel awal2 dah pecah tanah so iols anggap je dorang dah selamat.

lagipun dah baring ...

sampai iols lupa word pecah tanah tu cuolssss.... nmpk tak iols dah lama tinggalkan arena pemporeman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
zuri154 replied at 29-1-2020 01:14 PM
Solo? Biar rahsia - Azlee Khairi
Norhayati Nordin


Haha.. Nampakler jaga batas gn datin, gilee kau nk over gn datin kang terkangkang d saman datuk.. Tp yg bkn status isteri or tunangan tu, off scene pun gurau2 manja jugak... Tk takut bini ker bro? Jadi kesimpulannya? U know i know gituu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 03:49 PM | Show all posts
afidahoney27 replied at 28-1-2020 09:06 PM
'Kang saya betul2 bagi awak happy kang, happy ending
Sesuatuu sangat part tu, lirikan mata zar ...

scene siput sedut pun macam takde skrip. suka hati dorang je nak buat skrip sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
aincomey replied at 29-1-2020 03:49 PM
scene siput sedut pun macam takde skrip. suka hati dorang je nak buat skrip sendiri

konpem jahmay kesaruk lagi buat kesekian kalinya.
@pauliza cuols bile lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Terubat rindu dgn couple ni.. Kalau tak dok repeat lyma pastu sengeh sesorang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.258245 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list