CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12483|Reply: 7

[2019] Filem GERAN (2019) - Aksi Berkesan Mesej Terkesan Menjulang Warisan

[Copy link]
Post time 4-10-2019 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by borzack at 4-10-2019 03:17 PM


Filem penuh aksi yang mengetengahkan seni Silat Gayong pertama negara, arahan Areel Abu Bakar bakal menemui peminat 10 Oktober 2019.

Official Trailer


Filem Geran mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Pak Nayan dan Haji Daud yang juga rakan seguru dalam ilmu persilatan. Namun disebabkan ada sejarah di antara mereka berdua, mereka saling berdendam dan persengketaan terus berlarutan. Hal ini melibatkan anak-anak Pak Nayan ke dalam situasi yang rumit.
Senarai Pawagam
  


Malam Gala Tayangan Perdana filem Geran telah diadakan pada 2 Oktober di MM2 Cineplex, E-Curve beserta sidang media. Rata-rata memberikan respon yang positif dan teruja!




  

  

  


Kakimuvee: 9/10
Hampir menitik air mata ini sebaik sahaja filem Geran hampir menginjak ke babak penghujung, mahu saja menjerit sambil menepuk tangan, tetapi mujur perasaan malu ini masih menebal. Saya kagum dan dalam masa yang sama cukup terharu dengan usaha Areel Abu Bakar serta mereka yang terlibat dalam pembikinan filem Geran kerana berani mengangkat kembali seni mempertahankan diri Silat dalam sebuah filem.

Brader Filem: 8/10
Sebuah filem yang padat dengan aksi Seni Silat Pusaka Melayu...!!! Tapi dalam masa yang sama menyelitkan juga aksi lumba haram dan menyampaikan dakwah dalam perjalanan plotnya. Sebelum ini, ramai peminat filem tempatan yang mahu seni silat diangkat ke layar perak bukan...??? Inilah filemnya...!!!

Fauziah Nawi: 9/10

#GERAN mengetengahkan ramai aktor yg terlatih. #GERAN diwarnai dgn lakonan bersahaja oleh yg hebat hebat dlm industri film kita. Syabas. Nak sebut satu satu nama depa banyak sangat tapi depa buat film #GERAN nin dia * * * * * * * * *

Hangat.com: 4.5/5
GERAN dijangka ‘Sold Out’, siap-siap tahan nafas sepanjang adegan lawan. Tak pakai ‘Stuntman’! Aksi lawan dalam filem Geran dijamin realistik.


Karekter



Barisan Pelakon

Namron : Pak Nayan
Fatimah Abu Bakar : Haryati
Khoharullah : Ali
Feiyna Tajudin : Fatimah
Fad Anuar : Mat Arip
Taiyuddin Bakar : Mi Piang
Niezam Zaidi : Asan
Adam Shahz : At
Megat Shahrizal : Man Bangla
Aeril Zafrel : Lah
Azlan Komeng : Kahar
Kasturi Majid : Tora King
Sham Majid : Yon
Yusran Hashim : Chot
Abinoorizuadin : Pak Teh
Iman : Ali (kanak-kanak)
Mikail : Mat Arip (kanak-kanak)
Dhani : Fatimah (kanak-kanak)
Afiq Jebat : Kahar (kanak-kanak)
Penampilan Khas : ??? – Hj Daud

Jangan pergi kemana-mana sebaik sahaja filem tamat kerana ia akan memaparkan satu babak kredit yang mungkin akan memberi keterujaan besar kepada anda semua!




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2019 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nampak mcm area kedah dia punya bendang.. Cakap pun loghat kedah belah alor setar/jitra saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2019 02:46 PM | Show all posts
sarah82 replied at 4-10-2019 01:22 PM
Aku nampak mcm area kedah dia punya bendang.. Cakap pun loghat kedah belah alor setar/jitra saja

90% penggambaran dibuat di Kedah. Dialog dalam filempun memang loghat Kedah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
borzack replied at 4-10-2019 02:46 PM
90% penggambaran dibuat di Kedah. Dialog dalam filempun memang loghat Kedah

Oo....tu nampak mcm area gunung Keriang.. Depa ckp kedah belah alor setar/jitra.. Tak terlalu dekat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 04:30 AM | Show all posts
TGK TRAILER MCM BEST ...

TP TU LA ZAMAN ASTRO FIRST NI  BLH TGK FILEM SAMBIL PAKAI KAIN PELIKAT MENJADIKAN AKU MALAS PI PANGGUNG MELAINKAN FILEM YG DITUNGGU-TUNGGU SPT  AVATAR 2 ...........

SAPE DH TNTON,SILA BG REVIEW ...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2019 04:44 AM | Show all posts
Edited by borzack at 6-10-2019 04:48 AM
GuaSayangMelaka replied at 5-10-2019 04:30 AM
TGK TRAILER MCM BEST ...

TP TU LA ZAMAN ASTRO FIRST NI  BLH TGK FILEM SAMBIL PAKAI KAIN PELIKAT M ...

Review dari Kakimuvee 9/10: https://kakimuvee.net/review-filem-geran/

Review dari Hangat.com 9/10
: https://www.hangat.com/2019/67445/review-geran-dijangka-sold-out-siap-siap-tahan-nafas-sepanjang-adegan-lawan/

Review dari Brader Filem 8/10:


Review dari Luna Story:


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2020 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Another flop movie

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 07:03 PM | Show all posts
sorry I naikkan balik thread ni. disebabkan baru tengok kt Youtube, jadi boleh la komen.


cerita ni mcm mantap jugak. tapi kenapa tak lehtop ye?


i paling suka time Timah lawan. fuhh! kemaihh!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.266593 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list