CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9601|Reply: 28

Tragedi Pembunuhan Wynekoop Mansion

  [Copy link]
Post time 4-10-2019 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pada tahun 1901, sebuah rumah agam dibina di kawasan barat Chicago, Amerika Syarikat. Ia dimiliki oleh keluarga Wynekoop dan ketika itu menjadi salah satu mercu tanda di kawasan tersebut kerana keluasan dan keindahannya.

Wynekoop Mansion
Pada mulanya, rumah itu dibina sebagai tanda kasih sayang dalam keluarga Frank Wynekoop dan isterinya, Dr. Alice Wynekoop.

Mereka mengharapkan rumah itu mampu memberi perlindungan buat mereka sekeluarga. Namun, sebaliknya berlaku satu demi satu tragedi menimpa keluarga Wynekoop.

Kesedihan bermula dengan kematian anak perempuan mereka, Marie Louise Wynekoop di rumah tersebut.

Kemudian ia berlanjutan apabila adik Frank, Dr. Gilbert Wynekoop pula cuba membunuh isterinya di dalam rumah itu kerana tertekan akibat keretakan rumah tangga mereka. Gilbert kemudiannya menjadi gila dan dimasukkan ke rumah sakit jiwa.

Namun, kejadian yang menimpa Rheta Wynekoop pada tahun 1933 telah membuatkan rumah agam itu menjadi tumpuan segenap masyarakat ketika itu. Rheta merupakan menantu Frank dan Alice.

Dia berkahwin dengan anak Frank iaitu Earl Wynekoop. Sayangnya, perkahwinan mereka tidak bahagia kerana sikap Earl yang kaki perempuan dan jarang pulang ke rumah.

Rheta berbakat dalam bermain biola. Oleh itu, dia sering menghabiskan masanya di rumah agam tersebut dengan bermain biola bagi menghilangkan rasa sedihnya terhadap sikap Earl.

Tanggal 21 November 1933, kegemparan berlaku apabila Rheeta ditemui mati dalam keadaan meniarap di atas meja pembedahan milik Dr. Alice di bilik bawah tanah rumah agam tersebut. Terdapat kesan tembakan di bawah bahu kirinya.

Turut ditemui di sebelah Rheta ialah topeng yang mengandungi kloroform dan juga pistol yang dipercayai senjata yang digunakan dalam pembunuhan tersebut.

Apabila pihak polis menyoal Dr. Alice, dia kerap menukar kenyataannya sehingga mengelirukan siasatan.

Semua ahli keluarga Wynekoop termasuk seorang wanita yang menyewa sebuah bilik di rumah agam tersebut ditahan. Polis yang menyiasat bertambah keliru dengan kelakuan setiap orang daripada mereka kerana seolah-olah dipukau dan enggan membuka cerita. Malahan, mereka mencipta pelbagai versi cerita untuk menyelamatkan isteri Frank daripada tuduhan membunuh.

Dr. Alice sendiri mengeluarkan kenyataan kononnya ada perompak yang cuba mencuri ubat-ubatan di dalam bilik bawah tanah tersebut dan telah membunuh Rheta. Menurutnya lagi, kemungkinan Rheta terserempak dengan perompak itu sebelum dibunuh.

Credit: SentiasaPanas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2019 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenyataan itu bercanggah dengan apa yang diberitahu Dr. Alice kepada bapa Rheta bahawa anaknya mati akibat komplikasi penyakit tibi.

Sewaktu siasatan berlangsung, polis mendapati Earl telah mengeluarkan sejumlah wang daripada insurannya bersama Rheta. Earl kemudiannya menjadi suspek utama pembunuhan ini.

Itulah yang menjadi umpan untuk Dr. Alice membuka cerita apabila mendapat tahu anak kesayangannya menjadi suspek utama. Dr. Alice serta-merta menukar kesemua kenyataannya sebelum ini bagi melindungi Earl. Dia mengaku telah melepaskan tembakan kepada Rheta.

Pada hari kejadian, Dr. Alice telah melakukan pembedahan terhadap menantunya itu. Ada sumber mengatakan Dr. Alice mahu Rheta menggugurkan kandungannya namun tidak ada bukti kukuh mengenainya.

Malangnya, pembedahan itu tidak berjaya. Dr. Alice yang takut reputasinya tergugat, lantas mengambil tindakan untuk membunuh Rheta yang pada ketika itu sudah tidak bernyawa kerana diberikan dos ubat tidur berlebihan.

Apabila Earl mendapat tahu ibunya ditahan polis atas tuduhan membunuh isterinya, dia segera menyerah diri dan mengaku telah membunuh Rheta dan kemudiannya melarikan diri bersama kekasih hatinya.

Meskipun polis menerima dua pengakuan, tetapi bukti dan petunjuk yang ditemui lebih mengarah kepada Dr. Alice sebagai suspek utama.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2019 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Turut ditemui beberapa pucuk surat cinta di antara Dr. Alice dan Earl yang menunjukkan mereka mempunyai hubungan songsang antara ibu dan anak.

Psikiatri ketika itu berpendapat kedua anak beranak itu mengalami Oedipus Complex iaitu satu fenomena di mana anak lelaki mempunyai keinginan seksual terhadap ibunya sendiri.

Pendakwaan dijalankan terhadap Dr. Alice dan enam bulan kemudian dia disabitkan bersalah dan dihukum penjara 25 tahun. Dia dibebaskan dengan parol pada tahun 1949 ketika berusia 79 tahun dan meninggal dunia dua tahun kemudian selepas dibebaskan.

Earl pula menghilangkan diri setelah ibunya disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan isterinya. Kali terakhir Earl dilihat, dia dikatakan menjadi seorang mekanik dan hidup bersendirian selepas itu.

Kisah pelik ahli keluarga Wynekoop kian dilupakan setelah rumah agam yang mendapat jolokan 'Wynekoop Mansion' dirobohkan.

Namun, masih ada sesetengah pihak yang mendakwa sering terdengar bunyi gesekan biola Rheta di sebalik runtuhan lama rumah itu.

Mungkinkah roh Rheta masih terperangkap di sana dan cuba mencari keadilan terhadap kematiannya?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik, nanti nak sambung baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2019 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedikit info ttg Alice.

Alice Lois Lindsay Wynekoop (1 Februari
1871 - 4 Julai 1955) dari Chicago, Illinois, adalah seorang doktor, profesor, feminis, pemimpin civik dan pendidik dalam kebersihan kanak-kanak, serta pembunuh yang dihukum 22 tahun (kerana membunuh menantu perempuan, Rheta Gretchen Gardener Wynekoop).  

Terdapat dua perbicaraan, yang pertama diputuskan salah bicara atas faktor kesihatan Wynekoop.  Yang kedua, dia disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman selama 25 tahun.  Setelah menghabiskan 13 tahun sembilan bulan di penjara, Wynekoop dibebaskan sebab tingkah laku yang baik dan selepas tinggal sekejap di sebuah hospital, dia telah dipindahkan pula ke Burnside Rest Home, di mana dia meninggal pada usia 84 pada 4 Julai 1955.

Sepanjang kehidupan Wynekoop, dia dikenali dengan pelbagai nama seperti Alice Wynekoop, Lindsay Wynekoop, Lois Wynekoop,  A. Lindsay, dan Alice Lindsay Wynekoop, atau kombinasi nama lain yang melibatkan nama pertama, tengah,  dan seorang yang dengan gelaran "Dr"  atau "M.D."  di awalan namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
TT, nak tgk gambar mansion.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2019 03:37 AM | Show all posts
mata akak xboleh tidur gara2 salah telan ubat.. jamu kopek vokuru
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Perkongsian yg menarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2019 10:06 AM | Show all posts
wow bestnya..
terus cari gambarnya..


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik..nnt nk cari gambar2 mansion creepy ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 10:50 AM | Show all posts
sekarang da tinggal empty lot rasanya ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah besar gila, siap ada bilik bedah lagi boleh bedah orang kat rumah je
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 12:07 PM | Show all posts
apsal aku rasa omputih dulu2 macam menyeramkan je eh.. tgklah cerita amytiville, the nun pe semua tu..semua nya sebab pengaruh witchcraft.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejarah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2019 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-10-2019 01:47 AM
TT, nak tgk gambar mansion.

Dh ade forumer tlong tepekkan. TT x smpat nk tepek smlam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 5-10-2019 10:06 AM
wow bestnya..
terus cari gambarnya..

Tq tlong tepekkn. TT x dan nk tepek smlm wlupun dh ade pic ni. Hihi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2019 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 5-10-2019 12:07 PM
apsal aku rasa omputih dulu2 macam menyeramkan je eh.. tgklah cerita amytiville, the nun pe semua tu ...

Rumah pun bsau2 sgt..kan. suma cm istana lama2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa menantu si alice ni. Berbakat main violin plk tu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2019 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Alice n ank laki nye.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lokasi pembunuhan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.089543 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list