CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11473|Reply: 234

[Tempatan] Seorang ibu lapan anak pasrah apabila terpaksa memberi bayinya minum air sirap d

  [Copy link]
Post time 8-10-2019 09:07 AM | Show all posts |Read mode
KUALA KEDAH - Seorang ibu lapan anak pasrah apabila terpaksa memberi bayinya minum air sirap disebabkan tidak mampu membeli keperluan susu berikutan kesempitan hidup dilalui mereka sekeluarga.

Rosmina Md Ludin, 39, berkata, bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa berdepan bahaya berikutan rumah uzur yang didiami di Kampung Tepi Laut itu kerap dimasuki binatang berbisa termasuk ular.

Dia yang turut mengalami masalah kesihatan berkata, kesukaran tersebut terpaksa ditempuhi bersama anak berusia 1 hingga 23 tahun disebabkan tidak berkemampuan.

"Tidak dinafikan, memang takut sebab kak pernah dipatuk ketika mengandung anak bongsu, malah ular pernah menjalar atas badan anak keempat namun apakan daya kami tak mampu.

"Pendapatan suami yang bekerja sebagai nelayan serta dibantu tiga anak yang lain masih tidak mencukupi lebih-lebih lagi tiga lagi anak masih bersekolah," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Sementara itu, kisah Rosmina turut mendapat perhatian kerajaan negeri apabila Exco Pembangunan Usahawan Kedah, Asmirul Anuar Aris mengunjungi keluarga berkenaan.

"Kita bersama pelbagai agensi turun padang semula ke rumahnya bergotong-royong membersihkan kediaman mereka demi membolehkan mereka meneruskan hidup dalam keadaan selesa," katanya ditemui selepas gotong-royong di sini hari ini.

Asmirul Anuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan berkata, sumbangan barangan rumah seperti batal dan tilam diberikan untuk membantu meringankan beban keluarga itu.

"Kita bercadang mencari rumah lain kepada keluarga ini selain memberi galakan kepada Rosmina melakukan pertanian secara kecil-kecilan bagi membantunya tambah pendapatan," katanya.

Terdahulu, keluarga berkenaan mendapat bantuan wang tunai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disampaikan Pegawai Kebajikan Masyarakat Kota Setar, Shahrin Nizar Azudin.

Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Burhanuddin Ahmad menyerahkan kit makanan dan difahamkan proses menyalurkan bantuan bulanan kepada keluarga berkenaan sedang dilakukan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rap-dapat-perhatian
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2019 09:08 AM | Show all posts
8 anak ?? hmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:22 AM | Show all posts

Cuma mampu bila baca cerita mcm ni.
Byk sgt terbaca, masalah yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Where is the rezeki? I thot anak itu rezeki?

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:25 AM | Show all posts
dugaan..semoga dipermudahkan..
mudanya dia kawin...
umur lebih kurg baya meols je ni..
tp ank sulong dah 23 thn...
semoga jgn pregnant lagi pasni ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2019 09:26 AM | Show all posts
Forfoxache replied at 8-10-2019 09:24 AM
Where is the rezeki? I thot anak itu rezeki?

kdg2 kesusahan pun merupakan satu nikmat sis...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2019 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat kk..nurse dah bising ni.  

Sampai nak beranak lah nurse bising
Iols penah dgr nurse ni membebel..
Bukan apa..kewangan tuuuu.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tipikal...
Rumah semak samun ular suka la datang melawat..
Kalau rumah bersih, kucing pun segan nak tumpang berak..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kondom kan ada
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak pula berita macam ni sejak akhir akhir ni. Semoga Tuhan mempermudahkan urusan akak ni. Muda lagi tu 39. Harap masyarakat setempat boleh la minta dia ke klinik kesihatan ibu dan anak berdekatan untuk ambil pil perancang. Anak anak pun dah besar dan ada yang bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba cek laki n anak2 dia ambil dadah x?
Kuala kedah tu black area especially geng2 nelayan ni..
Anak2 hat besaq tu boleh ja rega kilang ka apa..gaji lg bnyk..
Dhtu stop la beranak..adoi penin
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:51 AM | Show all posts
Eric.n9 replied at 8-10-2019 09:22 AM
Cuma mampu  bila baca cerita mcm ni.
Byk sgt terbaca, masalah yang sama.

mungkin kerajaan kena start buat kempen family planning kat marhaen luar bandar nih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia umur 23 tahun kot.. Takkan x kerja.. Kat tagged ada seorg Minah kuala kedah gak dok kerja minta duit alasan mak sakit, adik2 x ada makanan.. Aku suruh mai jaga tok x mo.. Aku offer dia nak cari pesakit utk dia mengasuh pun x mo.. Entah2 anak acik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:55 AM | Show all posts
yuki812 replied at 8-10-2019 09:25 AM
dugaan..semoga dipermudahkan..
mudanya dia kawin...
umur lebih kurg baya meols je ni..

umur berapa dia dapat anak sulung ni ? 16 tahun...?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 09:59 AM | Show all posts
yang pelik bila tanya kenapa tak kerja most bagi alasan masalah kesihatan..
tapi anak berderet-deret..
ni mesti rumah bersepah sampai ular segala binatang pun datang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 8-10-2019 09:52 AM
Anak dia umur 23 tahun kot.. Takkan x kerja.. Kat tagged ada seorg Minah kuala kedah gak dok kerja m ...

Tu nak duit je tu.. Bkn betul pun tu mak sakit  adik2 tak makan.. Klu tak baik die nak keje kn kalau terdesak sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2019 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-10-2019 09:59 AM
yang pelik bila tanya kenapa tak kerja most bagi alasan masalah kesihatan..
tapi anak berderet-dere ...

itu kata berkias utk malas. org cacat pun elok blh kerja, inikan pula yg cukup sifat
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 8-10-2019 09:52 AM
Anak dia umur 23 tahun kot.. Takkan x kerja.. Kat tagged ada seorg Minah kuala kedah gak dok kerja m ...

ini manusia yg beranak byk byk mcm tikus. anak2 yg besar panjang pun ikut langkah mak pak. jd bewak kat rumah. malas kerja
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
biskutraya replied at 8-10-2019 10:04 AM
Tu nak duit je tu.. Bkn betul pun tu mak sakit  adik2 tak makan.. Klu tak baik die nak keje kn kal ...

Tu la.. Aku offer dia ok.. Kalau dia sanggup aku nak dia jaga siang utk 4 jam sementara aku keluar beli barang rm60...tapi x mo.. Aku ckp.. Kalau betul dia nak sehari rm100..dia kena korbankan malam dia.. Aku boleh cari pesakit kat wad utk dia jaga.. Rate antara 80-120 ikut kemahiran.. Pun x mo.. Jadi kesimpulannya aku tau dia nak duit mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 8-10-2019 09:22 AM
Cuma mampu  bila baca cerita mcm ni.
Byk sgt terbaca, masalah yang sama.

beranak byk byk mcm tikus. anak itu rezeki katanya. rezeki byk anak tu maksudnya blh meminta minta tanpa perlu cari kerja. org 'Msia ni mmg baik hati layan org begini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.147199 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list