|
Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko yang berkahwin dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tahun lalu mendakwa dipaksa menjual cincin kahwinnya.
Kredit foto: IG
Daily Mail melaporkan, cincin bernilai 203,000 Pound (kira-kira RM1.05 juta) itu terpaksa dijualnya selepas ditinggalkan baginda ketika hamil.
Rihana, 27, turut menuduh Sultan Muhammad mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa hingga memaksa dia menjual barang kemas berkenaan jauh lebih murah dari nilainya untuk menanggung bil perubatan ketika melahirkan Tengku Ismail Leon Petra.
"Saya tidak mahu menyebut berapa harganya, tapi ia (cincin) dijual tiga kali lebih rendah daripada nilainya," katanya.
Kredit foto: Mail Online
Dakwaannya itu dibuat susulan menerima kecaman dan kritikan yang melabel dirinya sebagai seorang pisau cukur selepas menuntut rumah agam di London bernilai 8 juta Pound (lebih RM41 juta) dan nafkah bulanan berjumlah 24,000 Pound (RM123,225). - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|