Membawa watak utama dalam drama berjudul Suri Katriana benar-benar membuatkan Ernie Zakri rasa menyesal menerima tawaran berlakon tanpa berfikir panjang.
Itulah luahannya dalam temubual bersama Mstar Online apabila wataknya itu memberi kesan kepada emosinya sendiri.
Foto: Instagram Ernie Zakri
Babaknya cuma sedikit sahaja iaitu untuk sembilan episod daripada 49 dan disebabkan itu dia dengan 'berlagak' menerima tawaran lakonan.
Watak Suri yang perlu dibawa itu merupakan seorang penyanyi dan penari. Jadi, dia mengganggap tugas itu mudah sehinggalah dia pergi mesyuarat untuk mengetahui lebih lanjut.
Baru dia sedar memberi komitmen pada lakonan dengan watak yang berat benar-benar mencabar dirinya apatah lagi dia perlu menangis. Sungguhpun dia memang seorang yang mudah menangis, tapi apabila diminta berlakon ia amat sukar.
Dia mengakui berlakon bukanlah komitmen yang sesuai dengan jiwanya dan tawaran berlakon ini akan menjadi yang terakhir untuk dirinya.
Tambahnya, jika diberi peluang untuk menarik semula tawaran, sudah lama dia mahu lakukan, namun jauh di sudut hatinya watak psiko yang dilakonkan itu adalah pengalaman berharga dalam karier hidupnya.
Menurutnya lagi, dia berasa horamt dan kagum dengan pelakon-pelakon lain yang boleh meluangkan masa dalam tempoh yang lama di set penggambaran sambil menjiwai watak masing-masing dengan baik sekali.
Apapun, dia tidak dapat menolak rezeki dalam bidang lakonan sungguhpun diri sendiri berkata tidak mahu lagi menerima tawaran. Tunggu dan lihat saja kerjaya pada masa akan datang.
Mesti hebat watak psiko yang Ernie bawa sampai dia pun beremosi. Mana tahu rezeki dalam bidang lain juga menyerlah. - CARI
|