CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2741|Reply: 37

[Tempatan] Adat Pepatih didik isteri tidak bergantung kepada suami. Boleh berdikari sendiri

[Copy link]
Post time 9-10-2019 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Adat Pepatih didik tidak bergantung kepada suami

BANGI: Adat Perpatih yang diamalkan masyarakat Minangkabau memberi tumpuan kepada usaha membela nasib wanita, khususnya dalam soal pembahagian harta pusaka.

Berbanding lelaki, bahagian harta pusaka yang diterima wanita lebih banyak, bagi memastikan kebajikan kaum hawa terpelihara dan tidak bergantung harap kepada orang lain, termasuk suami.

Memegang falsafah ‘Harta pusaka turun temurun kepada anak. Tiada anak waris ikrab. Tiada waris ikrab waris bersanak. Tiada waris bersanak terpulang kepada suku’, menjadi pegangan dalam soal pembahagian harta.


Pensyarah Fakulti Pendidikan Bidang Keusahawanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Norasmah Othman, berkata pembahagian harta mengikut adat berkenaan, lebih menguntungkan wanita.

Katanya, bagi harta sepencarian suami isteri semasa hidup bersama pula, apabila berlaku perceraian harta berkenaan akan dibahagi sama rata.

Harta memihak kepada wanita

“Ini jelas memberi kesaksamaan, begitu juga waris yang berhak mendapat pembahagian harta pusaka lebih memihak kepada wanita.

“Sebagai contoh, jika anak perempuan si mati hanya seorang, maka semua harta pusaka akan dimiliki olehnya,” katanya kepada BH

Beliau ditemui pada Bicara Wanita Cemerlang, Perubahan Pola Relasi Gender Dalam Keluarga Minangkabau oleh Direktur Pusat Pemgembangan Gender, Anak & Keluarga, Universitas Andalas, Indonesia, Dr Jendrius M Si yang dianjurkan Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim UKM, Prof Madya Dr Khadijah Alavi.

Prof Dr Norasmah berkata, adat berkenaan masih relevan. Bagaimanapun pada masa kini, ramai memilih mewariskan harta pusaka menerusi konsep hibah.

“Adat ini ada manfaatnya terutama kepada wanita dan sekurang-kurangnya tanah adat tidak terjual kepada bangsa lain.

Warisi rumah gadang

“Saya sendiri mewarisi rumah gadang (rumah utama) kini terbiar kosong kerana tidak boleh dijual. Malah banyak rumah di tanah adat terbiar kerana pewaris sudah keluar dari kampung dan diduduki warga asing,” katanya yang berasal dari Paya Kumboh, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, hakikatnya penguatkuasaan atau amalan adat semakin diabaikan. Contohnya, pada majlis nikah kahwin, tiada lagi amalan bermula dengan adat merisik, bertunang dan perkahwinan.

Semua urusan dimudahkan, malah perkahwinan sesama suku yang ditegah dalam adat Perpatih tidak lagi ditanya kepada waris pasangan. Ada pasangan bernikah sama suku tetapi masih menduduki tanah adat.

“Amalan ini tidak dibenarkan sama sekali sebelum ini, malah pasangan akan diusir keluar daerah dan jauh sekali membuat rumah di tanah adat.

“Bagaimanapun, dari aspek pembahagian harta contohnya harta pusaka adat yang diwarisi turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan atau saudara perempuan terdekat si mati masih diamalkan,” katanya.

Perkukuh Lembaga Adat

Katanya, sekiranya adat ini diteruskan, banyak penambahbaikan perlu dilakukan pihak Lembaga Adat yang perlu diperkukuhkan.

Peranan mereka perlu diperkemaskan dan penguatkuasaan terhadap adat perlu dibuat. Apa yang boleh dan tidak boleh perlu dikuatkuasakan tanpa mengira siapa. Malah pandangan serong masyarakat luar terhadap adat pepatih perlu dipulihkan dengan memberi pendedahan kepada masyarakat.

Dr Jendrius M Si, berkata peranan wanita besar dalam keluarga Minangkabau sehingga ke hari ini bukan saja ibu tetapi termasuk ibu saudara.

“Wanita tidak tunduk pada suami tetapi suami juga tidak tunduk pada isteri. Selepas bernikah, lelaki akan tinggal di rumah isteri atau bina rumah untuk isteri.

“Di Sumatera Barat, dominasi ibu masih belum kurang sehingga ke hari ini, malah menjadi pembuat keputusan dalam semua urusan terutama dalam hal anak dan cucu. Suara mereka diwakilkan kepada lelaki yang menjadi penghulu dan bertanggung jawab menjaga anak buahnya,” katanya.

Katanya apa yang menarik, dalam masyarakat yang mengamalkan adat ini adalah tiada wanita teraniaya oleh suami termasuk kes keganasan rumah tangga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 11:52 AM | Show all posts
haah memang la isteri tak bergantung pada suami dah kalau harta suami semua hak isteri hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:07 PM | Show all posts
minguk replied at 9-10-2019 11:52 AM
haah memang la isteri tak bergantung pada suami dah kalau harta suami semua hak isteri hahaha

haaa kannn...hakak baru nak komen yg sama, tapi hakak rasa ade gak baiknyaa....mak2 kalo dapat rete share gak ngan anak2...anak2 belum tentu lagi ye...ujung2 mak terbiar
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:09 PM | Show all posts
fliphair8 replied at 9-10-2019 12:07 PM
haaa kannn...hakak baru nak komen yg sama, tapi hakak rasa ade gak baiknyaa....mak2 kalo dapat ret ...

kalau taknak share, bawa je ke kubur kaka... hahahahahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:10 PM | Show all posts
minguk replied at 9-10-2019 11:52 AM
haah memang la isteri tak bergantung pada suami dah kalau harta suami semua hak isteri hahaha

itu la pasal. aku baca tajuk je dah terfikir camni..
teringat lagu gadis kolobu.. tiberrr
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 9-10-2019 12:10 PM
itu la pasal. aku baca tajuk je dah terfikir camni..
teringat lagu gadis kolobu.. tiberrr

Heheh dlm lagu tu ade lirik “laki bole hidup kalo campak dlm hutan. Ape kata kita pakat2 humban hattan dlm hutan tgk dia bole hidup ke tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2019 12:24 PM | Show all posts
awanysss replied at 9-10-2019 12:10 PM
itu la pasal. aku baca tajuk je dah terfikir camni..
teringat lagu gadis kolobu.. tiberrr

gadis JOLOBU you...

kolobu tu you.. hahhahaha


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita ikut agama, walau lelaki dapat harta lebih sikit, walau perempuan dapat kurang sikit, ada berkat disitu, berkat harta memang sukar dicari zaman now, berapa ramai perempuan kaya kena bela laki bewok idup

Tapi walaubagaimana pun, mana2 adat yang tak melanggar agama, tak membuat kita menyembah yang lain selain Allah SWT, tiada kita murtad, syirik dan sebagainya, saya sokong ja, pada saya tiada apa2 masalah dimata saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 12:59 PM | Show all posts
minguk replied at 9-10-2019 12:24 PM
gadis JOLOBU you...

kolobu tu you.. hahhahaha

hahahaha typo sis
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:36 PM | Show all posts

Allahu                     

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2019 02:27 PM | Show all posts
patut la aku search KOLOBU tak jumpa  
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 9-10-2019 12:14 PM
Heheh dlm lagu tu ade lirik “laki bole hidup kalo campak dlm hutan. Ape kata kita pakat2 humban h ...

Bukan Hattan yg nyanyi lah tp W.A.R.I.S
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw adat pepatih ni ada x dibincangkan hukumnya dari sudut fiqh, adakah x bertentangan dgn syara'
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:56 PM | Show all posts
axl_bach replied at 9-10-2019 06:33 AM
Bukan Hattan yg nyanyi lah tp W.A.R.I.S

ehh bkn 2-2 nyanyi ka..

duet ka pa ntah..

yg rap si waghih.. yg nyanyi2 si huttan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 9-10-2019 02:34 PM
Btw adat pepatih ni ada x dibincangkan hukumnya dari sudut fiqh, adakah x bertentangan dgn syara'

Ada salah tafsir kat situ. Harta yg diwarisi ank perempuan adalah tanah adat. Jika harta sepencarian suami isteri dibahagikan secara faraid. Hanya tanah adat diwarisi perempuan.  Kalau tanah faraid akan difaraidkan. Hasil tanah adat pula, walupun tidak diwariskan pada lelaki, lelaki ada hak. Kerana hasil tanah adat, contih sawah, ditanam padi, hasil padi meati difaraidkan dan ank lelaki akan dpt bahagiannya lebih walaupun tidak mengwrjakan sawah tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:07 PM | Show all posts
jangan kawen dgn bewak hidup dah la.. macam member kurex.. kawen dgn askar, lepas grad je terus kawen, walhal masa zaman belajar kapel dgn org lain.. ikut adat temenggung tak silap kurex..
suami dia lepas pencen, semedang guna no kawan kurex tu lepas tu mintak pinjam duit dekat kawan2.. nasib baik la kurex tak tertipu.. sian kawan kurex, bahagia di luar, derita di dalam.. sampai mak mertua dia kongkong dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 03:56 PM | Show all posts
adat perpatih ni terpakai kalau harta yg diwarisi turun temurun je cth tanah/rumah adat...etc...klu harta sepencarian tu tetap la pakai faraid...aku org n9 pun time arwah abah meninggal semua pakai faraid..mls nk pening2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 9-10-2019 03:03 PM
Ada salah tafsir kat situ. Harta yg diwarisi ank perempuan adalah tanah adat. Jika harta sepencari ...

Ic, so aku yg salah faham sbb selama ni aku faham harta yg dimaksudkan tu segala harta pusaka
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:12 PM | Show all posts
arasham replied at 9-10-2019 03:03 PM
Ada salah tafsir kat situ. Harta yg diwarisi ank perempuan adalah tanah adat. Jika harta sepencari ...

Iyo. ini yang boto eh.
Ramai salah paham pasal hal ni.
Harta dan tanah yang dapat kat perempuan ialah harta pusaka, tururnan dari harta dan tanah dari nenek moyang.
Adik beradik lelaki perempuan tu lak, ado hak atas hasil tanah tersebut.

Klu hasil yang dapat semasa hidup bersama tu mmg takde masalah dibahagi samarata(klu bercerai), pasal harta yang dicari bersama tak termasuk dalam kategori tanah adat dan pusaka.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 9-10-2019 02:34 PM
Btw adat pepatih ni ada x dibincangkan hukumnya dari sudut fiqh, adakah x bertentangan dgn syara'

Boleh bincang adik beradik.

Macam keluarga kami guna Adat Bugis 1:1.

Kalau Belah selangor sistem Perwarisan Adat 1:1

Sama antara lelaki perempuan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.104929 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list