View: 3620|Reply: 22
|
[Tempatan]
Ini politik bangang kata Abang Non....marah nampak?
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kenyataan gurauannya bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu sesi sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana Ahad lalu sebagai 'memaki' Pengerusi Pakatan Harapan (PH) diputarbelitkan oleh segelintir pihak.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, situasi antara beliau dengan Dr Mahathir yang tular dalam media sosial sejak kebelakangan ini adalah jelas semata-mata bergurau demi menaikkan semangat maruah Melayu.
Menurutnya, isu dakwaan kononnya beliau memaki Dr Mahathir dianggap politik bangang dimainkan segelintir pihak.
"Itu semua dipanggil politik bangang, jelas itu saya bergurau dengan PM (Dr Mahathir) dengan (Presiden Amanah) Mat Sabu demi menaikkan semangat maruah (Melayu)...ini semua picisan, " katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Semalam Setiausaha Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tunku Nashrul Tunku Abaidah menggesa semua pihak agar tidak melaga-lagakan Anwar dengan Dr Mahathir.
Merujuk kepada perkembangan terkini semasa sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Tunku Nashrul berkata, Anwar tidak menyebut perkataan ‘barua’ namun menjelaskan bosnya menyebut perkataan ‘maruah’ ketika menyebut mengenai Kongres Maruah Melayu yang diadakan Ahad lalu.
Dalam video berkenaan Anwar berkata kepada Dr Mahathir secara bergurau yang beliau semakin bertenaga sebaik memberikan ucapan di Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam.
Anwar berkata, 'sejak balik daripada Kongres Maruah ini (Tun Dr Mahathir) lain macam'.
Anwar berkata demikian sambil diperhatikan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
Sebelum ini Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat kenyataan mempersoalkan tindakan Anwar yang didakwanya menyebut ‘Kongres Barua’ yang merujuk kepada Kongres Maruah Melayu.
Khairuddin berkata, ‘Saya yakin perkataan ‘Kongres Barua’ yang dilontarkan oleh Anwar itu merujuk kepada Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan baru-baru ini.
“Mungkin Anwar kecewa kerana tidak dijemput pada peringkat awal cuma mendapat jemputan di saat-saat akhir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -bangang-kata-Anwar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dengar mmg betul dia ckp Barua n point kat Tun... Pastu Mat Sabu gelak n said 'Maruah'...dia kantoi sbb ada org ambik video tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kongres Keracunan la....bukan Barua |
|
|
|
|
|
|
|
Entah la apa nak jadi dengan tanahairku |
|
|
|
|
|
|
|
g main jubur la si gila kuasa ni |
|
|
|
|
|
|
|
CoolSurfer replied at 9-10-2019 01:58 PM
Memang jelas Anwar cakap dengan Mat Sabu sebut depan Tun M "lepas pergi kongress barua ni..semangat ...
Tgk gaya penyampaian mcm berseloroh jer....tp mmg obvious dengar BARUA pun |
|
|
|
|
|
|
|
memang diaorang berdua tidak sekepala |
|
|
|
|
|
|
|
plastik |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih pada yg tukang rakam video. jelas terang perkataan BARUA tu bang non oii. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena tanya tun ni.. maruah ke barua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Silap2 file ko tersusun atas meja nuar lepas ni.. jaga2 ko nuar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fark lah ngkaw smua |
|
|
|
|
|
|
|
tp mmg dia sebut barua.
BARUA .
|
|
|
|
|
|
|
|
HAhaha, Tunggu declaration je lepas ni.
Kita lihat siapa yang kena..
barua? = maruah... org belum pekak lg hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|