CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1647|Reply: 19

[Tempatan] Jom Petik, ehailing buat acik2 yg malas ke pasor

  [Copy link]
Post time 9-10-2019 03:30 PM | Show all posts |Read mode



PENDUDUK di Pendang berpeluang membuat pembelian sayur-sayuran berkonsepkan e-hailing menerusi Projek Jom Petik yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Pengurus Projek Jom Petik, Hadzlan Hassan berkata, projek ini masih di peringkat awal dan akan dilaksanakan ketika tanaman membuahkan hasil antara enam hingga tujuh bulan akan datang.

Beliau berkata, antara sayuran itu termasuklah cili merah, bendi, kacang panjang dan ulam-ulaman.

“Program itu dijangka akan membantu golongan warga emas dan suri rumah yang tidak sempat keluar untuk membeli barangan keperluan untuk memasak.

“Kita hanya mengenakan bayaran RM120 hingga RM150 sebulan dan pekerja kami akan menghantar terus sayur di rumah mereka,” katanya ketika ditemui di Kampung Banggol Petai, di Pendang, hari ini.

Hazlan berkata, program itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang berada di luar Kedah untuk membantu ibu bapa mereka yang tinggal di kawasan kampung di daerah ini membeli sayur tanpa perlu keluar dari rumah.

Beliau berkata, mereka perlu membuat pembayaran setiap bulan dengan menyatakan alamat rumah untuk memudahkan pekerja kami menghantarnya ke rumah berkenaan.

Katanya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan penghulu masyarakat setempat untuk mencari golongan asnaf, kurang berkemampuan, warga emas yang tinggal sebarang kara untuk mendapatkan sayur secara percuma.

“Orang ramai boleh juga mendapatkan khidmat kami untuk membantu membeli ikan atau barangan lain tetapi akan dikenakan caj asing kecuali sayur yang diberi percuma melalui pembelian Jom Petik ini.

“Bagaimanapun penduduk kampung di sini berpeluang menikmati sayur percuma dan mereka boleh memetik sendiri pada bila-bila masa,” katanya.

Hazlan berkata, projek tanaman di tanah milik keluarganya seluas hampir satu hektar milik keluarganya itu dijangka akan memberi keuntungan dan menjimatkan masa.

Katanya, orang ramai hanya perlu membuat pesanan melalui WhatsApp dan pesanan yang dibuat akan dihantar ke rumah.

“Jika ia mendapat sambutan, kita akan memperluaskan jualan ke tempat lain dan sebagai permulaan, kita akan mencari 20 pekerja yang akan menghantar sayur-sayuran ini kepada pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, pengasas Produk Baja DDR, Datuk Dr Che Rozmey Che Din turut meluangkan masa melawat kebun sayur-sayuran di kampung itu hari ini.

Beliau berkata, projek itu boleh menjanjikan keuntungan lumayan dan menjimatkan masa selain memberi hasil yang memuaskan.

“Dengan penggunaan baja DDR juga dapat membantu meningkatkan hasil tanaman,” katanya yang turut memberikan sumbangan baja kepada petani di situ.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 3:20 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yezaa.. Aku sokonggg
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:33 PM | Show all posts
pastikan mutu terjaga, jgn main hantar je asal abis stok
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:57 PM | Show all posts
rm120 ke rm150 per month untuk sayur?
kawasan luar bandar pulak tu..
macam melampau je harga dia letak..
melainkan ada asparagus, radish, kale, salad, avocado, broccoli..
nampak berbaloi la juga bayar ratus untuk sayur..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:04 PM | Show all posts
haippp sapa kata mahal tu
anggap je ianya dari kebun organik , sayuran organik
kat jaya grocer kalau tepek je organik mencanak harga ooooo


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm, tak kan makan sayur tu sepanjang bulan. Mau nanti dengar nama sayur tu pun nak termuntah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2019 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 9-10-2019 04:57 PM
rm120 ke rm150 per month untuk sayur?
kawasan luar bandar pulak tu..
macam melampau je harga dia l ...

sangat setuju!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 9-10-2019 04:57 PM
rm120 ke rm150 per month untuk sayur?
kawasan luar bandar pulak tu..
macam melampau je harga dia l ...

Kannnn...beli sayur Kat pasar malam biasa RM10 je...cukup makan untuk 4 orang seminggu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 9-10-2019 05:29 PM
sangat setuju!!

Kalau orang Belah Sana berniaga cekik darah uols....lepas tu tonggeng bangsa
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah tukar ka dr che rozmey?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Erk I sorang je ke rasa 120 tu murah
Ya ampun mahal ek
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak buat research ke mahal nak mampus org kg Tak beli sayur semua tanam sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:24 PM | Show all posts
MissCarcosa9753 replied at 9-10-2019 09:31 PM
Erk I sorang je ke rasa 120 tu murah
Ya ampun mahal ek

Mahal tu sis.
120 ke 150... area hehehe.
Siap ada extra charge lagi tuk barang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 9-10-2019 10:24 PM
Mahal tu sis.
120 ke 150... area hehehe.
Siap ada extra charge lagi tuk barang lain.

Owh I xmakan sayur so tatau harga
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 9-10-2019 04:57 PM
rm120 ke rm150 per month untuk sayur?
kawasan luar bandar pulak tu..
macam melampau je harga dia l ...

Mahal lah utk sayur biasa ..Aku beli sayur sebulan pun tk sampai rm60..kalau dia org bekal Kan sayur bertaraf antarabngsa boleh juga masuk akal..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ni berkaitan juga dgn bmf....mmg tk ke mana la dgn jawabnya..org melayu sgt berkobar Bab Islam Dan melayu ..tp sgt layu Bab berkorban ...terutamanya duit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasaraya Tesco yg ada buat delivery tu pun mak aku tak nak.
Padahal nak menyenangkan hidup dia..
Tetap la juga nak pergi pasar, nak belek2 kelepek2 ikan, udang, sayur2..baru puashati katanya, dpt pilih yg fresh2.
Org pompuan kan., sat lgi kalau beli on9..mana dpt nak konar sana sini cuci2 mata.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendang ni.. Pasar jauh okkk.. Sesuai la buat mcm ni.. InsyaAllah laku
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 9-10-2019 11:24 PM
Pasaraya Tesco yg ada buat delivery tu pun mak aku tak nak.
Padahal nak menyenangkan hidup dia..
T ...

Ahahahaha i setuju. Dia nak jugak belek, pegang. Elok 1 barang jap lagi kat kaunter jadik le seploh barang. Kang mata dia menjamu lagi tengok itu ini. Kita turutkan aje. Dah yang mudah ade tak mau. Nak juge anaknye menghantar pergi pasar ke..tesco ke. Seronok agaknye tengok sayur dalam keadaan ekon begitu. Terapi minda.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
120-150 tu kalau sayur organik pelbagai jenis untuk 4 orang makan sebulan oklah. Kalau setakat sayur biasa, ulam kampung mahal tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.514874 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list