CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14960|Reply: 61

Amyza Aznan pasrah jaga suami lumpuh

  [Copy link]
Post time 9-10-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ikrar Amyza Aznan setia menjaga suami yang lumpuh

KASIH dan sayang Amyza Aznan terhadap Khairil Izhar Mohd Nazir tidak pernah pudar sekalipun suaminya itu kini mengidap lumpuh akibat serangan strok.

Berkongsi dugaan hidup yang dialaminya di laman IG TV, pelakon berkenaan berikrar untuk menjaga suaminya yang kini terlantar dan terbatas pergerakannya.

Sehubungan itu, kata Amyza, dia tidak dapat berkongsi dengan lebih kerap aktviti keseniannya memandangkan keutamaan diberi pada menjaga kebajikan suami.

"Walau you dah lumpuh, kasih sayang setia I tak lumpuh.

"Saya minta maaf kepada semua client yang saya buat emcee majlis dan produksi.

"Bukan tak nak kongsi aktiviti saya di Instagram dan bukan pilih bulu tetapi sebenarnya sekarang lagi penting untuk saya fokus iaitu suami saya, dia strok.

"Insya-Allah suatu hati nanti saya akan kongsikan kerja-kerja pengacaraan dan penggambaran itu," tulis Amyza lagi.

Dalam masa sama, di platform media sosial itu, Amyza melayangkan ucapan khas sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka ke-16.

"Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku sayang. Semoga Allah pegang hati ini untuk tidak berpaling, tidak lelah menjaga, memanja, menyayangi, mencintai B.

"Walaupun B strok, doa love tetap B suami dan ayah kepada anak-anak love di dunia dan sehingga ke jannah nanti," kata Amyza lagi.

Sebelum ini, Amyza pernah beberapa kali berkongsi keadaan suaminya yang diserang sakit jantung hingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Amyza dan Khairil berkahwin pada tahun 2004 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Andre, 13, Adrian, 10, dan Ayden, 4 .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa.. bertabahlaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:42 PM | Show all posts
x tau plak lakinya strok, mcm ni la bini, klau laki ada ka yg nk bela bini lumpuh... ada la, tp x byk kan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:44 PM | Show all posts
kesian dia.. semoga bertabah ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:44 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo yg aritu masuk spital pasal strok la ye
Masa tu keluar citer jumpa pic amyza ni dlm wallet lakinya tu
Moga bertabah & bersabar jaga org sakit ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2019 04:46 PM | Show all posts
manehnya replied at 9-10-2019 04:42 PM
x tau plak lakinya strok, mcm ni la bini, klau laki ada ka yg nk bela bini lumpuh... ada la, tp x by ...

Stereotype.... pukul rata
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
InsyaAllah dipermudahkan semuanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan, ini baru betul cari sorga, semoga melimpah ruah pahala akak jaga suami.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:03 PM | Show all posts
kesian plk
tabah la kak jaga suami sakit ni
kena byk sabar sb depa emosi lain mcm

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 9-10-2019 04:42 PM
x tau plak lakinya strok, mcm ni la bini, klau laki ada ka yg nk bela bini lumpuh... ada la, tp x by ...

Sama je laki ka perempuan sis.
Benda ni bergantung pada diri sendiri. Xbergantung pada gender.
Contoh lelaki: Edika Yusof.
Sah2 la Edika ni elok ye. Kalau dia nak cari bini baru pun berduyun2 perempuan beratur. Tapi dia tetap jaga wifenya yang lumpuh kan.
Kes Amyza ni baru lagi, tunggu macam Edika tu yang lebih 12 tahun setia dengan wife lumpuh. Then boleh sambung komen.

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Stay srong sis...semoga dipermudahkan semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:07 PM | Show all posts
semoga tabah.. suka tengok lakonan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:10 PM | Show all posts
kesiannya...semoga kak amyza tabah dan semoga suami kak amyza cepat sembuh...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:12 PM | Show all posts
GegarVaganja replied at 9-10-2019 05:03 PM
Sama je laki ka perempuan sis.
Benda ni bergantung pada diri sendiri. Xbergantung pada gender.
C ...

Agak2 lepas 12 tahun nanti Ganja wujud lagi ke dalam porum ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:14 PM | Show all posts
jap bukan dolu2 dia ni ka mengamuk sb org ketiga?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2019 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 9-10-2019 04:45 PM
Ooo yg aritu masuk spital pasal strok la ye
Masa tu keluar citer jumpa pic amyza ni dlm wallet laki ...

Tu la tai gak cerita yg husband dia masuk spital tu. tak sangka plak strok rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:16 PM | Show all posts
semoga tabah sis.nak keje lagi, jaga laki lagi, anak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg cinta mati ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
haznor replied at 9-10-2019 05:12 PM
Agak2 lepas 12 tahun nanti Ganja wujud lagi ke dalam porum ni?

Harapnya tak la, harapnya ada life di luar sana.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.104989 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list