CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 526|Reply: 0

[Tempatan] KINI Stripe pesaing PayPal di Malaysia

[Copy link]
Post time 10-10-2019 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Pesaing PayPal, Stripe Kini Tawarkan Servisnya Di Malaysia
10 Oktober 2019

Sekiranya anda biasa lakukan transaksi dalam talian menerusi PayPal ataupun iPay88, kali ini ada alternatif baru yang menyediakan perkhidmatan hampir serupa iaitu Stripe. Ia hadir ke Malaysia menjanjikan servis tanpa bayaran muka dan bayaran tersembunyi. Mereka juga mengumumkan kerjasama dengan PayNet untuk menyertakan kaedah pembayaran melalui FPX.

Malaysia adalah pasaran kedua di Asia Tenggara yang miliki kadar penembusan Internet mudah alih setinggi 88%. Walau bagaimanapun ia hanya menyumbang kepada 3% KDNK negara. Tambahan pula, hanya 8% perusahaan dalam talian yang menggunakan servis pembayaran online mungkni disebabkan cara penggunaan yang renyah dan sebagainya.

Stripe sudahpun mulakan perkhidmatan mereka dalam fasa beta sejak awal tahun 2019 dan digunakan oleh beberapa platform dalam talian terkenal seperti EasyStore, DahMakan , Fashiot Valer, Floer Cimp, Grab, dan SOCAR. Stripe tidak mengenakan sebarang bayaran bulanan untuk penggunanya. Fi yang dikenakan adalah berdasarkan transaksi iaitu 3.4% + RM2.00 untuk setiap transaksi.

Aspek keselamatan tidak juga diabaikan Stipe. Mereka ada servis yang dipanggil Radar yang menggunakan AI untuk mengenal pasti transaksi yang meragukan. Menurut mereka, Stripe telah menghalang lebih USD 500 juta transaksi meragukan setiap bulan setakat ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.426661 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list