CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10213|Reply: 77

"Bosan Dan Tidak Bermanfaat" - Cikgu Ini Dihentam Warganet Selepas Kri

[Copy link]
Post time 10-10-2019 12:13 PM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: FB Movie Addict


Filem Joker(2019) mencetus fenomenanya yang tersendiri dan impak luar biasa kerana tema dark yang dibawa berjaya sampai dan meresap ke dalam jiwa penonton.


Kontroversi menjelang pembukaan filem ‘Joker’ yang dikhuatiri mencetus keganasan sedikit pun tidak menghalang filem ini berjaya mencapai kutipan 'pecah panggung'.


Setakat seminggu tayangannya sepanjang bulan Oktober, filem arahan Todd Phillips ini telah mengutip sebanyak (AS$234 juta) RM979 juta seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani.



Kredit foto: FB Harris Zahari





Secara keseluruhannya ramai yang memberikan pujian terhadap filem ini  baik dari segi jalan cerita, muzik latar, teknikal, malah persembahan para pelakonnya juga berada di tahap terbaik.



Namun begitu, perkongsian dari pemilik akaun Twitter @AkmalKomal berpendapat sebaliknya. Seorang warga pendidik menyatakan bahawa filem Joker adalah membosankan dan tidak bermanfaat.

Menurutnya beliau tidak dapat memahami jalan cerita filem ini yang agak perlahan, tiada aksi dan mesej jelas yang ingin disampaikan.



Bacaan lanjut seperti berikut:


Kredit foto: Twitter @AkmalKomal





Ulasan tersebut kemudiannya mengundang perdebatan dari warganet.








Warganet berpendapat filem lain yang ditayangkan di pawagam walaupun cerita animasi masih ada adegan ganas yang dipertontonkan.





Ada juga warga pendidik lain yang mempunyai pandangan yang sama mengenai filem Joker - kurang sesuai untuk warga pendidik.











Rata-rata yang telah menonton filem ini telah menyatakan bahawa filem ini kurang sesuai untuk individu yang lebih suka pada cerita aksi, suspens, plot twist, dan seangkatan dengannya.



Filem ini lebih kepada bagaimana permulaan karektor Joker tu tercipta dan kesan dera serta buli orang sekeliling yang akhirnya mengubah seseorang itu menjadi ganas dan mula meraih kemasyhuran kerana kekejamannya itu.



Untuk pengetahuan, filem ini telah diberi rating “R” oleh Persatuan Wayang Gambar Amerika (MPAA) kerana memaparkan  Strong Bloody Violence, Disturbing Behavior, Language and Brief Sexual Images.”



Malah, Lembaga Penapisan Filem Malaysia turut mengkelaskan filem bergenre Psiko Thrille/Jenayah/Drama ini pada kategori 18 yang membawa maksud berikut:



"Kategori ini untuk penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Filem ini mengandungi unsur seram, ngeri serta ganas tetapi tidak keterlaluan;

adegan kedewasaan yang tidak keterlaluan dan aspek sosial politik

serta agama yang sensitif yang memerlukan tahap kematangan tinggi untuk memahaminya."




Yang pasti filem yang agak drama ini bukanlah hiburan ringan. Apapun setiap orang bebas melontarkan pandangan masing-masing. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 12:16 PM | Show all posts
warga pendidik ngeja kejap kecik kejap beso
camna nak mendidik org
sendiri kena belajar eja betul2

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara mudah dapat publisity
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:21 PM | Show all posts
cikatilia replied at 10-10-2019 12:16 PM
warga pendidik ngeja kejap kecik kejap beso
camna nak mendidik org
sendiri kena belajar eja betul2 ...

yg ni kalau kt barat maksudnye die troll je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu xsemestinya cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:27 PM | Show all posts
cikatilia replied at 10-10-2019 12:16 PM
warga pendidik ngeja kejap kecik kejap beso
camna nak mendidik org
sendiri kena belajar eja betul2 ...

tak sure cikatilia ni melawak ke serius?
kalau serius, ni format troll, berasal daripada meme Spongebob tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2019 12:29 PM | Show all posts
Edited by palmolive at 10-10-2019 12:30 PM

dia ni menonton pasal ikut trenddia rasa penting utk terjun dlm arus yg sama..
padahal takder org suruh pun
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:30 PM | Show all posts
aku speku die ni cikgu yg tak penah keje lain selain cikgu. keluar uni je terus jadik cikgu.  pastu bajet special la jadi cikgu so suma benda nk kene cater dgn dia sebagai warga pendidik. puuiihhhh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy cadangkan cikgu pergi tonton filem M for Malaysia aje lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:19 PM | Show all posts
cikatilia replied at 10-10-2019 12:16 PM
warga pendidik ngeja kejap kecik kejap beso
camna nak mendidik org
sendiri kena belajar eja betul2 ...

rasanya dorang menganjing ni.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:25 PM | Show all posts
hmmm ngapa hakak rasa dia bukan cikgu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 10-10-2019 12:16 PM
warga pendidik ngeja kejap kecik kejap beso
camna nak mendidik org
sendiri kena belajar eja betul2 ...

I pernah kenal org yg suka update status FB tulis mcm cikgu ni la... Kejap huruf besar, kejap huruf kecik... Tapi dia bkn cikgu, cuma kurang kasih sayang je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:48 PM | Show all posts
The reason aku tak gi tgk Joker sebab Joaquin (Maaf klu salah ejaan) dia tak salah cuma riak wajah dia tak mendatangkan keterujaan.. klu Joseph Gordon Levit jadi joker maybe aku ke panggung atau pelakon lain..

Muka si Joaquin ni macam Denzel Washington atau Salman Khan muka kerek tapi bawak watak hero or main character..  tapi ini pandangan aku jer mungkin ada yang tak setuju.. so aku tunggu download punya nanti baru nak tgk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2019 01:52 PM | Show all posts
buragazz replied at 10-10-2019 01:48 PM
The reason aku tak gi tgk Joker sebab Joaquin (Maaf klu salah ejaan) dia tak salah cuma riak wajah d ...

betul..teraju utama sesebuah filem memainkan peranan penting la untuk kejayaan sesuatu filem..
Joaquin Phoenix - try tengok movies aktor nih..selalunya dia dapat watak best2
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ckgu bbnu ni..jln cita musti ada awek dgn balak gaduh last2 bercinta dan kawin..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:00 PM | Show all posts
natrahn replied at 10-10-2019 01:52 PM
betul..teraju utama sesebuah filem memainkan peranan penting la untuk kejayaan sesuatu filem..
Jo ...

Kan.. Ada orang tgk filem pasal sinopsis aku lak tgk pelakon dulu.. klu ko tak teruja dengan pelakon.. aku tunggu review kata memang berbaloi gi tgk.. klu mix review aku tunggu download version...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 02:03 PM | Show all posts
kau hengat watak joker ni kena filem superhero je ke nak ada terbang2 superpower bagai. ni kalau bagi tengok filem birdman pun kau expect scene tumbuk2 lawan2 terbang sana sini kan nok lepas tu merempan jalan cerita tak superhero lah hapa tapi sendiri yang tak paham apa yang pengarah filem nak tonjolkan dalam filem tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai cikgu..buat malu orang je
filem2 pemikir camni tak sesuai ditonton oleh orang macam cikgu..lebih baik cikgu duk rumah tengok maharajalawak saja
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:16 PM | Show all posts
pekebodo la...joker tu villain bukan hero...moga dia tak jadi cikgu anak wa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:40 PM | Show all posts
Star_el replied at 10-10-2019 12:27 PM
tak sure cikatilia ni melawak ke serius?
kalau serius, ni format troll, berasal daripada me ...

oo yeke
hahahaha terasa tua plak acik xpaham troll ini

tapi kalau geng2 ngeja beso kecik beso kecik mmg rasa nak pelempang tang tang tu jugak

dekat fb la.. acik takde twitter


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.331984 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list