CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3923|Reply: 41

[Tempatan] Nilai banglo area Shah Alam >RM500,000. Dijual bawah harga pasaran. Masih tak

[Copy link]
Post time 10-10-2019 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Bekas penyewa dedah kisah sebenar! Patutlah banglo dijual murah tiada orang nak beli
Khamis, 10 Oktober 2019 9:00 AM
Oleh: FATIN ROZAINI ABDUL AZIZ (Wartawan Pelatih UiTM)


Rumah mewah yang dikata misteri dijual dengan harga rendah berbanding harga pasaran.

RUMAH banglo harganya lebih RM500,000 namun dijual bawah nilai pasaran. Lokasinya di Shah Alam, Selangor.

Murah tu... di kawasan tengah bandar, tidak mungkin boleh dapat sebuah rumah dengan harga sedemikian rupa?

Lebih menarik ruang dalam rumah juga sudah diubah suai yang mempunyai plaster siling, kabinet dapur dan beberapa kelengkapan lain.

Tapi sayang, rumah pada harga murah bertahun-tahun diiklankan tetapi sehingga hari ini tiada orang sudi membeli.


Misteri rumah banglo harga murah yang masih tidak terjual itu akhirnya terbongkar apabila bekas penyewa kediaman yang tersergam indah itu mendedahkan segala-galanya.

Khabarnya, pelbagai kejadian aneh menghantui pasangan suami isteri ketika mereka menyewa di kediaman itu selama empat bulan sekitar tahun 2015.

Bekas penyewa itu tertanya-tanya, ketika mereka diminta mengosongkan kediaman tersebut oleh tuan rumah dengan alasan ia hendak dijual, mereka menyangka ia sudah ada pembeli.



Bahagian atas yang menempatkan bilik tidur master.

Tapi sehingga kini ia masih diiklankan. Ini bermakna selepas mereka tidak lagi menyewa di situ, tiada sesiapa yang sudi membeli rumah berkenaan.

Menurut Azie, sebab utama dia dan suami mahu menyewa kediaman tersebut kerana harganya murah iaitu RM1,000 sebulan, harga tidak masuk akal kerana nilai sewaan di kawasan berkenaan lebih daripada harga tersebut.

Mesti ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh pemilik rumah.

Berikut ini antara kisah pelik yang dikongsikan Azie ketika menjadi penyewa kediaman berkenaan.

1. Tempat letak berhala

Ketika mula memasuki rumah berkenaan Azie dan suami mendapati terdapat tempat tapak meletak berhala berdekatan bilik utama kediaman. Pemiliknya bukan beragama Islam.

Disebabkan merasai sesuatu perkara aneh setiap kali melintasi ruangan tersebut. Dia kemudiannya mengambil inisiatif dengan meletakkan senaskah Al-Quran di tapak berkenaan semata-mata untuk menyedapkan hatinya supaya lebih berani.

2. Kerap blackout

Bayangkan selama empat bulan menyewa di situ, ia seakan-akan menjadi rutin harian rumah itu seringkali mengalami blackout. Jelas Azie lagi, selain rumahnya, kawasan kediaman jiran tetangga turut menglami kejadian serupa.

Bukan masalah itu sahaja, telefon bimbit juga sukar menerima signal jika berlaku blackout  walaupun satu bar. Kosong! Barangkali boleh juga dikatakan masalah teknikal.

Walaupun begitu, sebagai pasangan yang baru sahaja membina bahtera perkahwinan semestinya dia bersyukur kerana semua kemudahan serta perabot boleh dikatakan agak lengkap. Jadi tidak perlulah mereka membazir wang kerana hampir semuanya sudah tersedia dalam rumah.


3. Bau asap

Menurut pasangan itu, dek kerana hanya tinggal berdua sahaja selain ditemani beberapa ekor kucing, mereka jarang menjejak kaki ke tingkat atas yang menempati sebuah bilik tidur master.

Hanya jika keluarga terdekat serta ibu bapa mereka datang, baharulah bilik tersebut digunakan. Ia dijadikan sebagai bilik tetamu.

Kongsi wanita itu, bau asap seolah-olah yang digunakan orang bukan Islam sembahyang boleh dihidu dengan kuat jika mereka masuk ke ruangan bilik master. Di bilik lain, bau itu tiada.

4. Kacau-kacau manja

Mengikut cerita orang dahulu, jika terasa meremang bulu roma maksudnya wujud 'benda' pelik ada berdekatan kita.

"Bulu roma naik tu tak payah ceritalah. Tapi aku tak pernah nampak depan mata. Dia kacau-kacau manja gitu.

"Ada sekali tu aku solat Subuh, tepi aku ada botol plastik yang dah terbaring. Lepas je bagi salam, botol tu tergolek perlahan je kat aku... Eh eh eh eh... Botol tu betul depan aku dan kucing aku takde kat situ," cerita Azie.

Bertambah pelik lagi apabila kipas pun tidak dipasang, jadi bagaimana botol itu boleh bergolek dengan sendiri tanpa ada sebarang angin.


5. Kucing kembang ekor

"Pernah sekali tu pula aku balik kampung. Laki aku tinggal seorang. Masa tu dia kat bawah main game. Tiba-tiba kucing aku kembang ekor macam tengah marahkan sesuatu kat sudut tepi pintu rumah. Masalahnya tak nampak apa-apa pun kat situ," katanya.

Umum tahu, tidak dinafikan bahawa sudut merupakan antara port  kegemaran makhluk itu.

6. Ruang dapur

Mungkin sekadar perasaan, tetapi perlu diingatkan yang 'sesuatu' itulah mampu menguatkan lagi perasaan kita.

"Bulan puasa, aku nak kena sediakan sahur. Bayangkan bangun pukul empat pagi pastu kena lalu ruang makan yang lampu kelip-kelip tu dan duduk di dapur sorang-sorang. Tingkap depan sinki tu sangatlah reflective. Aku rasa kena perhati je. Bila aku mula rasa meremang aku lari pergi depan. Ulang alik gitu jelah," katanya.

Malah menurut Azie lagi, keadaan tangga di rumahnya agak gelap dan selalu terlihat ada kelibat perempuan duduk di tangga itu.

7. Sering memanggil

Kawan suaminya sering menumpang tidur di ruang tamu selepas sahaja mereka selesai bermain game.

"Apabila dia tinggal seorang kat bawah, dia dengar suara panggil nama dia dalam keadaan badan dia tak boleh gerak pun. Segala ayat Al-Quran yang teringat, dia main baca je," kongsinya lagi.


Kata suaminya kedengaran seperti ada seseorang memanggilnya dari arah luar pagar. Pada ketika itu suami bersama rakannya berada di ruang tamu sedang bersembang, manakala Azie berada berdekat pintu bermain dengan kucing peliharaannya.

Sedangkan dia langsung tidak mendengar apa-apa namun menurut rakan suaminya, dia juga turut sama dengar suara itu dengan jelas dan secara tiba-tiba keadaan bertukar sunyi.

"Aku cakap tak logiklah dia orang je dengar sebab aku paling dekat dengan pagar rumah. Masa tu tengok jam pukul 12 tengah malam. Takkanlah jiran panggil tengah malam. Dia orang sampai keluar tengok kat pagar. Memang takde orang," katanya.

Jelas wanita itu, selama dia menetap di situ hanya kaum lelaki sahaja yang sering diganggu serta dipanggil nama sedangkan pernah juga adik perempuannya menumpang selama dua minggu namun tiada sebarang kisah pelik diceritakan oleh adiknya.

Ketika diminta untuk tinggalkan rumah, pasangan itu akhirnya bersetuju selepas memikirkan segala cabaran dan gangguan yang dihadapi.

Jelas Azie, dia sudah serik untuk menyewa rumah seperti itu dan adalah lebih sesuai menyewa kediaman milik orang Islam yang hanya membenarkan penyewa dalam kalangan orang Islam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Xda la misteri sangat
Pagar kan sahaja tabur lada hitam lari lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
versi kak hasanah ker ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat homestay je la rumsh tuu.. ramai je nsk.. satuu lgg rumah cenggini kena rameii duduk.. lagi lagi org dr flat pprt.. kompom hantu tuu lari tokojut dgn perangai pprt
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Convert jd Airbnb setel masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:18 PM | Show all posts
rumah tu wiring tak betul tu..so lebihan elektron dimana2 dalam rumah tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2019 02:26 PM | Show all posts

bantai kan buat homestay
lari laa segala hantu tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:31 PM | Show all posts
ada contact tak? berbaloi ni beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar rumahnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:39 PM | Show all posts
asal tempat berhala je berhantu..adoi la kak..
kalau blackout skali dgn rumah jiran2, takde lah mistik mana. lainlah kalau rumah ko sorang je blackout hari2 di waktu yang sama..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
rumah yg aku duduk skrg siap aku mimpi ada pompuan ngaku duduk situ tpi yg pelik mimpi tgh hri buta
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:44 PM | Show all posts
kena kacau manja2 je...kalau betul2 scary patut diorg yg minta dgn tuan rumah utk berenti sewa rumah tu sblm kontrak tamat. ni tuan rumah yg suruh diorg keluar, apa motif xtahu lah. tuan rumah tu terlalu concern pasal keselamatan penyewa takut di kokak dek hantu ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati kering boleh la sewa situ. Haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2019 03:04 PM | Show all posts
seingat aku nak menghala ke puchong lake pun ada rumah banglo tiga tingkat
betul2 depan surau
sebelah kiri jalan
deco rumah di luar tu byk tokong Hindu
tu pun masih tak ada pembeli
rumah corner lot
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah Kat bandar banyak berhantu.....rumah Kos rendah ke tinggi ke...sama je.

YG aku tahu sebab kawasan korang tu Ada bad energy...

Sebenarnya ramai dah buat kajian kenapa Ada bad power atau bad energy ni....benda ni dipanggil kajian metaphysic....sebab tu muncul kajian Macam fengshui etc tu.

Tapi yg pasti kekuatan emosi korang Akan diganggu dengan energy camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pempuan ni twit kate die kene aniaya....aku baca tweet die x jumpe bhgn memane die kene aniaya...., Ingat tuan rumah tu rancang ke nak ade umah mcmtu....apelah...aku x berkenan perkataan "aniaya " tu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 04:08 PM | Show all posts
eLiaD replied at 10-10-2019 01:49 PM
versi kak hasanah ker ni

tidak syak lagi cerita kak hassanah . Motifnya geram sebab disuruh keluar dari rumah sewa...

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Murah sgt 500k... ada contact? Saya berminat
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm.. Ade la tu... Igt ke serem sangat
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
zarul427 replied at 10-10-2019 02:26 PM
bantai kan buat homestay
lari laa segala hantu tuuu

Takda maknanya. Hada jah dok tinggal situ. Akak pernah tersewa air bnb berhantu. Cam cilakak. Sebaik ganggu akak jah, anak2 heshe tak kacau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.083010 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list