View: 1093|Reply: 7
|
[Tempatan]
ADUN DAP ditahan bawah SOSMA
[Copy link]
|
|
Edited by SWORKS27 at 10-10-2019 06:47 AM
SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran ditahan sepasukan anggota polis Bukit Aman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di rumahnya di Kampung Baru Rahang pada jam 9.58 pagi tadi.
Perkara itu disahkan Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong pada sidang media di pejabat Gunasekaran di Seremban Jaya di sini hari ini.
Kok Seong berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut dari Bukit Aman berhubung penahanan Gunasekaran.
"Kita terkejut bila diberitahu penahanan beliau dan DAP Negeri Sembilan akan cuba sedaya upaya membantu beliau dengan memberi bantuan guaman untuk pastikan beliau dapat dibebaskan.
"Kami percaya dengan beliau yang mana selama ini disifatkan sebagai seorang wakil rakyat yang cukup dihormati dan disayangi oleh semua pengundi di kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) Seremban Jaya," katanya.
Menurutnya, beliau berharap polis dapat melakukan siasatan secepat mungkin dan Gunasekaran dapat dibebaskan dalam waktu terdekat.
Sehubungan itu katanya, masyarakat diharap bertenang dan tidak buat sebarang spekulasi dengan memberi masa kepada polis untuk jalankan siasatan.
"Kami juga akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa," katanya
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ditahan-bawah-SOSMA
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik E8
kasi clear habis LTTE supporter ni
macam mana supporter isis @ daesh kena
hak samarata sangat kan
bodoh semua terrorist supporter ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kasi sapu habis semua sekali...
Tu yang kat penang tu bila nak angkut sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Depa anjur m vigil ini di Bukit Aman. Jadi para penyokong LTTE dijemput hadir beramai-ramai.
Senang kerja polis nak tangkap para penyokong LTTE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
I thought kerajaan PH nak hapuskan SOSMA? |
|
|
|
|
|
|
|
Awargalaiii wirukkiremattteeee |
|
|
|
|
|
|
| |
|