CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4650|Reply: 34

[Tempatan] Kematian husnul khatimah

[Copy link]
Post time 10-10-2019 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Rebah ketika imamkan solat Subuh



Roselan Ab Malek
am@hmetro.com.my


KEMATIAN yang dicemburui. Itu yang berlaku ke atas Mohd Rawi Ismail, 61, apabila disahkan meninggal dunia ketika mengimamkan solat Subuh di Masjid Sultan Abu Bakar, di Raub, semalam.

Dalam kejadian 6.10 pagi itu Allahyarham dikatakan menjadi imam ganti selepas imam bertugas dikatakan tiba lewat ke masjid.

Menurut sahabat baik arwah yang juga makmum solat Subuh di masjid itu, Mohammed Md Jam, 73, di tidak melihat sebarang tanda sakit pada diri Mohd Rawi sebelum memintanya mengimamkan solat.

“Selepas membaca surah Fatihah beliau membaca ayat lazim, cuma tersekat-sekat kerana tidak cukup nafas. Selepas rukuk, dia bangun dan nampak terhuyung-hayang hendak rebah ke belakang dan saya pun sambut dia.

“Saya baringkan dia dan dia tidak berkata apa tetapi nadi dia masih ada dan saya terus mengajar mengucap kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menceritakan keperibadian suaminya, Isterinya Mek Nab Che Sof, 58, berkata, arwah sering menasihati dia dan anak-anak supaya membaca dan menghafal surah Al Mulk setiap kali sebelum tidur.

Katanya, suaminya tidak pernah lupa membaca surah itu sebelum tidur dan juga kadang-kadang selepas solat.

“Secara kebiasaan saya dan suami setiap hari akan ke masjid bersama-sama kerana masjid dekat dengan rumah kami di Taman Bukit Koman, Raub.

“Kebetulan, semalam saya tidak pergi ke masjid bersama kerana hendak menyiapkan sarapan untuk dia sebelum pergi ke Temerloh atas urusan mesyuarat pesara kerajaan bersama rakannya,” katanya.

Beliau berkata, arwah yang juga bekas pembantu pertanian pernah membuat pembedahan pintasan jantung 13 tahun lalu dan tidak menunjukkan tanda sakit sebelum pemergiannya.

Mek Nab berkata, hasil perkahwinannya dengan Mohd Rawi mereka dikurniakan empat anak.

“Dia juga disifatkan seorang yang pemurah dan suka bersedekah kepada kanak-kanak, saudara dan sahabatnya terutama dia suka beri buah serta hasil cucuk tanam diusahakannya.

“Siapa yang berkunjung ke rumah pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raub dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 2:16 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 03:36 PM | Show all posts
alfatihah......
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 03:40 PM | Show all posts
alfatihah............
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 03:51 PM | Show all posts
Innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
bertuahnya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2019 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Meninggal dalam rumah Allah swt... Ketika menghadap Allah swt... Mesti ramai para malaikat melihat.... Innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah..kematian yg dicemburui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Semoga kita semua meninggal dunia dlm khusnul khatimah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 05:05 PM | Show all posts
khusnul khotimah...
kematian yg dicemburui
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahhiwainnailaihirajiun


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 05:36 PM | Show all posts
Innalillahhiwainnailaihirajiun
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiunnn...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki pada ajal yg indah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun

Salam takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah. al fatihah & salam takziah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello sis..kenapa nk cemburui orang mati??? Ummah tingtong ke apa orang mati gigih berjujuran nk vemburu..hehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2019 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 10-10-2019 06:20 PM
Hello sis..kenapa nk cemburui orang mati??? Ummah tingtong ke apa orang mati gigih berjujuran nk vem ...

Yehudi ada mati mcm ni tak sister...?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un
Arwah nmpak muda
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.Salam takziah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.208654 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list