CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 997|Reply: 12

[Tempatan] Edisi Serambi Siapsiaga Hadapi CASH: Nek Yam tak mahu tenggelam lagi

  [Copy link]
Post time 10-10-2019 03:47 PM | Show all posts |Read mode



SELEPAS empat kali berdepan detik cemas apabila hampir ditenggelami banjir ketika tidur membuatkan nenek berusia 93 tahun yang tinggal di Kampung Limau Kasturi, dekat Gua Musang, membuat persiapan awal untuk berdepan musim tengkujuh tahun ini.

Mariam Yusoff yang juga warga emas yang paling berusia tinggal di kampung berkenaan mengakui pernah kira-kira 40 kali berpindah kerana rumahnya hampir ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh.

“Detik paling cemas dihadapi apabila empat kali badan mak cik hampir tenggelam ketika tidur susulan lantai rumah dilimpahi air pada waktu tengah malam sebelum bergegas berpindah.

“Kejadian itu berlaku sekitar lima hingga 10 tahun lalu. Memandangkan mak cik tinggal seorang diri dan sedar-sedar badan basah berada dalam air,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Ibu tunggal itu berkata, berikutan pengalaman kerap berdepan kejadian banjir setiap akhir tahun, dia terpaksa berkemas lebih awal barangan penting di tempat selamat.

Katanya, dia membina tempat khusus yang lebih tinggi untuk menyimpan semua pakaian supaya tidak perlu membawa semuanya ke pusat pemindahan banjir.

“Kejadian banjir di kampung ini tidak boleh diramal kerana ada kalanya berlaku banjir dua hingga tiga hari, bergantung kepada hujan.

“Kadang-kala mak cik pindah awal ke masjid kampung ini jika hujan lebat berterusan bagi mengelakkan daripada terperangkap,” katanya yang mempunyai enam anak namun semuanya sudah mempunyai keluarga masing-masing.

Katanya, apabila hujan lebat berterusan lebih enam jam tanpa henti, Sungai Galas akan melimpah menyebabkan kawasan rendah ditenggelami banjir.

“Mak cik sebelum ini tinggal di rumah kayu yang dibina arwah suami, namun sudah runtuh dibawa arus deras dalam kejadian banjir besar Disember 2014.

“Kerajaan sudah bina rumah baharu untuk mak cik, namun rumah ini tetap tenggelam setiap kali musim tengkujuh kerana dibina di tempat rendah.

“Rumah mak cik tidak banyak kelengkapan berikutan tidak mampu membelinya kerana sudah berulang kali menanggung kerugian apabila dilanda banjir,”katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 3:39 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak baik mengcashkan nenek yg seusia atuk ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2019 04:01 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 10-10-2019 03:59 PM
Tak baik mengcashkan nenek yg seusia atuk ni...

pprtnya kau sister....aku bkn cash kn nenek tu tapi nak habaq yg klate bersiap sedia hadapi banjir...kau bbnu forum CI ke sis?

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 10-10-2019 04:01 PM
pprtnya kau sister....aku bkn cash kn nenek tu tapi nak habaq yg klate bersiap sedia hadapi banjir ...

Sister cash kan serambi bmakna sister cash kan skali dgn nenek tu sbb dia asal gua muse,daerah dlm negeri serambi siey..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2019 04:11 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 10-10-2019 04:10 PM
Sister cash kan serambi bmakna sister cash kan skali dgn nenek tu sbb dia asal gua muse,daerah dlm ...

cash la kan....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
6 anak. Tapi bila banjir, sorg sorg je nenek ni. Mesti anak2 jenuh dah pujuk duduk tinggal sama tapi tak nak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lolalala replied at 10-10-2019 04:18 PM
6 anak. Tapi bila banjir, sorg sorg je nenek ni. Mesti anak2 jenuh dah pujuk duduk tinggal sama tapi ...

Ha betul tu. Macam nenek aku. Puas pujuk xnak. Last sekali bila rumah dia atap tercabut kene ribut, bapak aku malas repair. Bila x repair tu elok pulak nak pindah. So anak2 kalau mak pak xnak pindah duk sekali dengan anda, kalau rumah rosak jangan baiki. Selagi duk baiki, selagi tu la mereka nk duduk dekat rumah tu xnak pindah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:36 PM | Show all posts
femes cik yam ni... 2 3 kali gak kuar tv
Ingat dah pindah, rupanya masih cekal di situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sis @famri7 penah kene cash gak kan ms banjir besar dulu
gigih heshe buat report dr kawasan kejadian and cari line intenet
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cashlah dah 40 kali tenggelam maintain duduk jugak dkt klawase tu..tunggu hanyut ke apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2019 10:09 AM | Show all posts
famri7 replied at 10-10-2019 06:19 PM
Cashlah dah 40 kali tenggelam maintain duduk jugak dkt klawase tu..tunggu hanyut ke apa?

cikki  serambi mmg degil kn sis

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 11-10-2019 09:09 AM
cikki  serambi mmg degil kn sis

In syaaaaa allah xkan apa2. Allah kan ada. Orng bnyk dosa je kena musibah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Nye nenek NI.....si Moderator sorang tu memang lehnat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.069247 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list