View: 735|Reply: 6
|
[Tempatan]
KENAIKAN baru tarif air. Kenaikan tidak membebankan. Hadiah PH untuk penyokong..
[Copy link]
|
|
Tarif air: Kenaikan 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter
KUALA LUMPUR: Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) Air dijangka dilaksanakan tahun depan, tidak akan membebankan isi rumah berpendapatan rendah.
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata mekanisme itu bagaimanapun hanya akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Kabinet.
Pelaksanaan TSM mencadangkan pelarasan tarif minimum membabitkan kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter, lebih rendah berbanding bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas dan telekomunikasi.
"Bagi menjamin supaya pelaksanaan TSM tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah, kerajaan akan memastikan kenaikan minimum dilakukan kepada jalur penggunaan antara 0-20 meter padu.
"Ini kerana penggunaan air dalam jalur itu adalah mewakili 47.8 peratus pengguna domestik di Malaysia," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji. - NSTP/Zunnur Al Shafiq
Beliau menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PH-PKR Nibong Tebal) mengenai langkah kerajaan memastikan pelaksanaan tarif baru air tidak membebankan rakyat.
Purata kadar tarif air ketika ini adalah RM1.38 bagi setiap 1,000 liter berbanding kos sebenar RM2.31 bagi setiap 1,000 liter.
"Tarif yang tidak melambangkan kos sebenar ini melemahkan kemampuan kewangan operator air dan berisiko menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada pengguna," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena lagi ... alamakkkk
Adoiii
Baru nak keluar gua pasal berita basi 1MDB
Dah kena masuk gua lagi
Hmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Seeloknya tarif air ni kena realistik. Ni pakai banyak pun paling2 kena charge RM20-30. Kalau kat Singapore, bil air diorg sampai $100 sebulan, malah lebih drpd bil elektrik. Disbbkan subsidi melampau ni lah, perkhidmatan bekalan air ni selalu jadi isu. |
|
|
|
|
|
|
|
asalkan bukan namanya GST
so PH fikir la mcm mana nak cover hasil sebanyak hasil GST RM44 bilion |
|
|
|
|
|
|
|
asalkan bukan GST atau 1MDB.. blh je la.. janji naik harga |
|
|
|
|
|
|
|
tak kisah bil air naik asalkan kualiti air sangat tinggi dan tak berbau. boleh minum air dari paip terus tak perlu masak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|