Apabila kita sebut ibu, dia mestilah wanita Islam tetapi tidak disyaratkan berkahwin atau hamil.
Bayi pula haruslah berusia kurang dua tahun dan susu digunakan adalah susu ibu berkenaan. Untuk melengkap-kan syarat anak susuan, ibu perlu menyusukan bayi berkenaan sekurang-kurangnya 5 kali kenyang. Pemberian susu boleh dibuat sama ada secara terus, menggunakan botol ataupun cawan.
Menjelaskan banyak salah faham dalam kalangan wanita yang menyusukan anak angkat, anak saudara atau bayi kenalan, kenyang yang disebut dalam syarat perlu ditentukan menerusi tiga cara.
Pertamanya adalah dengan pengukuran mililiter. Jika bayi berkenaan sudah biasa menyusu menggunakan botol dan kita tahu jumlah mana yang boleh mengenyangkan, jadi ia lebih mudah.
Keduanya, ia boleh ditentukan daripada tindak balas bayi itu sendiri. Sama ada dia melepaskan puting dan sendawa kerana kenyang atau masih menangis berikutan tidak mendapat susu mencukupi.
Akhir sekali adalah naluri ibu itu sendiri. Lazimnya ibu yang menyusukan bayi akan tahu bila bayi mereka kenyang. Jadi, terpulang kepada ibu untuk menilai sama ada tempoh penyusuan itu mencukupi dan bayi kenyang..
|