CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 1

[Tempatan] Jual PLUS: Rakyat akan bayar tol sampai 2070 - Penganalisis ekonomi

[Copy link]
Post time 10-10-2019 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Jual PLUS: Kenapa hendak tol sehingga tahun 2070? - Penganalisis ekonomi
Oktober 10, 2019 15:52 MYT

KUALA LUMPUR: Penjualan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) hanya akan menyebabkan rakyat negara ini mungkin terus membayar tol sehingga tahun 2070.

Penganalisis ekonomi, Pankaj C Kumar memberitahu, ia sekali gus langkah membebankan rakyat yang dijadual membayar tol hanya sehingga tahun 2038.
"Saya rasa penjualan PLUS ini tidak patut dilakukan kerana PLUS dimiliki oleh rakyat Malaysia melalui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sekarang kerajaan hendak ambil alih lebuh raya lain, mengikuti janji Pakatan Harapan (PH) telah buat iaitu hendak memansuhkan tol di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

"Kalau kerajaan hendak membeli empat lebuh raya yang dimiliki di bandar, mengapa kita hendak menjual PLUS, PLUS mempunyai satu pulangan tunai yang tinggi untuk pemegang saham iaitu Khazanah dan KWSP dan secara tidak langsung, rakyat juga mendapat faedah daripada PLUS.
"Kenapa hendak jual PLUS kepada orang lain, yang cadangan mereka juga hendak lanjutkan usia untuk tol. Patutnya tol akan tamat pada tahun 2038, takkan kita hendak ia berpanjangan sehingga tahun 2058, 2060 atau 2070? Itu sudah terlalu lama dan membebankan rakyat," katanya semasa dihubungi di sini, pada Khamis.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan akan mengkaji dan mempertimbang sebarang bidaan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang berminat untuk membeli PLUS.

Pada Rabu, Maju Holdings menawarkan kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar tol sehingga 36 peratus jika cadangan pengambilalihan PLUS diluluskan.

Menerusi satu kenyataan, syarikat itu turut komited untuk melabur kira-kira RM5.3 bilion selain turut mencadangkan untuk menyerap RM2.7 bilion bagi pampasan tol yang perlu dibayar kerajaan kepada PLUS sekiranya pengambilalihan konsesi lebuh raya terbesar negara itu oleh syarikat berkenaan berjalan lancar.


Dalam pada itu Kumar menjelaskan, tidak mustahil untuk Khazanah dan KWSP menyeru PLUS mengurangkan kadar tol sehingga 30 peratus.

"Saya rasa kalau Khazanah dan KWSP boleh menyahut seruan rakyat untuk mengurangkan tol dan kalau pemilik baru ini boleh mengurangkan tol kepada 20 sehingga 30 peratus, tidak mustahil untuk Khazanah dan KWSP untuk menyeru PLUS mengurangkan tol sama sekali.

"Saya rasa ada ruang untuk PLUS mengurangkan kadar tol untuk memberi faedah kepada rakyat." ujarnya.

Khazanah memiliki 51 peratus kepentingan dalam PLUS manakala bakinya dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Beberapa syarikat telah menyatakan minat untuk membeli PLUS termasuk RRJ Capital, sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong yang menawarkan RM3 bilion untuk mengambil alih 100 peratus kepentingan syarikat konsesi lebuh raya itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 09:56 AM | Show all posts
xcaya lah penganalisis ekonomi la ni
dulu cakap lain..jadinya skrg lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.052566 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list