View: 5806|Reply: 5
|
Batu Sempadan Kerajaan Reman dan Kerajaan Perak
[Copy link]
|
|
Sejarah pentadbiran Raja Reman sebagai sebuah negeri melayu berdaulat yang pada asalnya berpusat pemerintahannya di Kota Baru, Yala seterusnya meluaskan tanah jajahan sehingga ke negeri Kedah, Kroh (yang kini dikenali dengan nama Pengkalan Hulu) dan Lenggong, Perak sejak akhir 1800.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pemerintah negeri Reman turut mendominasi kawasan Kelian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah dikawasan tersebut sehingga tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan kerajaan negeri Perak. Anda boleh rujuk artikel Cerita Disebalik Perang Saudara Di Hulu Perak untuk makluman lanjut berkenaan hal ini.
Bukti Negeri Reman Pernah Menapak Di Gerik
Rata-rata masyarakat kita hari ini sudah lupa sepenuhnya dengan kewujudan sebuah negeri melayu berdaulat iaitu negeri Reman yang pernah bertapak lebih 100 tahun dahulu di tanah bumi negeri Perak. Apa yang sedihnya, ada yang tidak mengakui dan menyatakan bahawa ianya mitos semata-mata.
Bukti Negeri Reman Pernah Menapak Di Gerik
Ada seorang kenalan editor orangperak.com bernama Shah Sunan Al-Bugis cukup gemar dalam mencari khazanah yang tersembunyi di hutan belantara negara kita. Dalam bulan Ogos tahun 2017 yang lalu, beliau ada pergi melihat sebuah batu tanda sepadan yang menunjukkan sepadan negeri Reman dengan negeri Perak.
Bukti Negeri Reman Pernah Menapak Di Gerik
Lokasi batu tanda sepadan kawasan negeri Reman dengan negeri Perak seperti dalam gambar ini tertetak di kawasan bukit dalam hutan Belum, Gerik. Jelas tulisan rumi disebelah atas dan jawi disebelah bawah pada sisi badan batu tanda tersebut menunjukkan perkataan Perak dan Raman.
Bukti Negeri Reman Pernah Menapak Di Gerik
Apa yang menariknya, kawasan disekitar batu tersebut langsung tidak semak dan bersih keadaannya walaupun amat jarang sekali untuk manusia datang dan lalu lalang ke kawasan tersebut. Cuaca dan landskap hutan berkemungkinan menjadi salah satu faktor kenapa kawasan tersebut sentiasa bersih selain dari dikatakan terdapat “penjaga” yang diletakkan di kawasan sepadan tersebut.
Bukti Negeri Reman Pernah Menapak Di Gerik
Pada 1902, kerajaan Siam menghapuskan sistem pemerintahan beraja bawah pemerintahan Raja Reman dan menyerahkan daerah Hulu Perak kepada kerajaan Perak yang berlangsung di Kroh (kini Pengkalan Hulu) pada 16 Julai 1909. Anda boleh rujuk artikel bertajuk Pengkalan Hulu Dahulunya Ada Negeri Reman Yang Berdaulat. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menarik. Yg pasti dlm hutan gerik ada askar jaga |
|
|
|
|
|
|
|
Apake nyanyok Raman lemah longlai lu kata pernah masuk kawasan Kedah |
|
|
|
|
|
|
|
Knp kat batu tulis RAMAN.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-10-2019 05:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 12-10-2019 05:13 PM
Boomibulat replied at 11-10-2019 08:54 AM
Knp kat batu tulis RAMAN..
Sama je Reman atau Raman.
Ko bayangkan Kedah dan Perak masa dulu besar cenonet je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Besar cenonet bijik kelepet lu |
|
|
|
|
|
|
| |
|