CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5223|Reply: 5

Batu Sempadan Kerajaan Reman dan Kerajaan Perak

  [Copy link]
Post time 10-10-2019 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sejarah pentadbiran Raja Reman sebagai sebuah negeri melayu berdaulat yang pada asalnya berpusat pemerintahannya di Kota Baru, Yala seterusnya meluaskan tanah jajahan sehingga ke negeri Kedah, Kroh (yang kini dikenali dengan nama Pengkalan Hulu) dan Lenggong, Perak sejak akhir 1800.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pemerintah negeri Reman turut mendominasi kawasan Kelian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah dikawasan tersebut sehingga tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan kerajaan negeri Perak. Anda boleh rujuk artikel Cerita Disebalik Perang Saudara Di Hulu Perak untuk makluman lanjut berkenaan hal ini.



Bukti Negeri Reman Pernah Menapak Di Gerik

Rata-rata masyarakat kita hari ini sudah lupa sepenuhnya dengan kewujudan sebuah negeri melayu berdaulat iaitu negeri Reman yang pernah bertapak lebih 100 tahun dahulu di tanah bumi negeri Perak. Apa yang sedihnya, ada yang tidak mengakui dan menyatakan bahawa ianya mitos semata-mata.

Bukti Negeri Reman Pernah Menapak Di Gerik

Ada seorang kenalan editor orangperak.com bernama Shah Sunan Al-Bugis cukup gemar dalam mencari khazanah yang tersembunyi di hutan belantara negara kita. Dalam bulan Ogos tahun 2017 yang lalu, beliau ada pergi melihat sebuah batu tanda sepadan yang menunjukkan sepadan negeri Reman dengan negeri Perak.

Bukti Negeri Reman Pernah Menapak Di Gerik

Lokasi batu tanda sepadan kawasan negeri Reman dengan negeri Perak seperti dalam gambar ini tertetak di kawasan bukit dalam hutan Belum, Gerik. Jelas tulisan rumi disebelah atas dan jawi disebelah bawah pada sisi badan batu tanda tersebut menunjukkan perkataan Perak dan Raman.

Bukti Negeri Reman Pernah Menapak Di Gerik

Apa yang menariknya, kawasan disekitar batu tersebut langsung tidak semak dan bersih keadaannya walaupun amat jarang sekali untuk manusia datang dan lalu lalang ke kawasan tersebut. Cuaca dan landskap hutan berkemungkinan menjadi salah satu faktor kenapa kawasan tersebut sentiasa bersih selain dari dikatakan terdapat “penjaga” yang diletakkan di kawasan sepadan tersebut.

Bukti Negeri Reman Pernah Menapak Di Gerik

Pada 1902, kerajaan Siam menghapuskan sistem pemerintahan beraja bawah pemerintahan Raja Reman dan menyerahkan daerah Hulu Perak kepada kerajaan Perak yang berlangsung di Kroh (kini Pengkalan Hulu) pada 16 Julai 1909. Anda boleh rujuk artikel bertajuk Pengkalan Hulu Dahulunya Ada Negeri Reman Yang Berdaulat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik. Yg pasti dlm hutan gerik ada askar jaga
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 07:26 AM | Show all posts
Apake nyanyok Raman lemah longlai lu kata pernah masuk kawasan Kedah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp kat batu tulis RAMAN..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 12-10-2019 05:13 PM
Boomibulat replied at 11-10-2019 08:54 AM
Knp kat batu tulis RAMAN..


Sama je Reman atau Raman.

Ko bayangkan Kedah dan Perak masa dulu besar cenonet je....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:25 PM | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 12-10-2019 09:11 AM
Sama je Reman atau Raman.

Ko bayangkan Kedah dan Perak masa dulu besar cenonet je....

Besar cenonet bijik kelepet lu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.081835 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list