CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haruslah

[Jenayah] [Updated: page 3 #52] Mayat Dikerat Lapan, motif : MARAH

   Close [Copy link]
Post time 11-10-2019 11:18 AM | Show all posts
tgk kt fb tdi..  mangsa ni perempuan..muda lg, lahir tahun 1992.. agak nya kes ape la sampai kerat2 bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 11-10-2019 11:11 AM
INFO TERBARU: 2 beranak (Ibu dan Anak lelaki) yg jadi mangsa

Bangsa ape agaknyer nihh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2019 11:20 AM | Show all posts

kalau nengok gambo, melayu

iols ade tengok tp xmo lah share

gambo ibu dan anaknya tu

kena bunuh kat tempat lain


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2019 11:21 AM | Show all posts
izzah_ok replied at 11-10-2019 11:18 AM
tgk kt fb tdi..  mangsa ni perempuan..muda lg, lahir tahun 1992.. agak nya kes ape la sampai kerat2  ...

ye2....gamba dgn anak dia kan. anak laki dia


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:33 AM | Show all posts
apala yg berlaku agaknye .... cantik arwah maknye ni ..... kejam sungguh weh .....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:33 AM | Show all posts
kejam nye manusia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejam nyer.. 2 sekaligus
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:52 AM | Show all posts
Kejam dan mengerikan, dikerat2 nak bagi anjing liar makan mungkin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 12:02 PM | Show all posts
fb mana yer?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2019 12:03 PM | Show all posts

geng viral melaka

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera YDH Dato/Tuan/Puan,

*MAKLUMAN KES BUNUH BERSANGKUT TG MINYAK RPT. 6605/19*

*A. REPORT POLIS*
Tg Minyak Rpt. 6605/19
Tarikh : 10/10/19
Masa : 1635 Hrs
IO : ASP Muhather Bin Mohd Kudus
HP: 016-6766482
Sek :  302 Kanun Keseksaan

*B. BUTIRAN PENGADU*
Nama /KPL Mohd Khyerill Amri Bin Sabtu
No.Polis : RF 164205
Tugas : Tugas Am Balai Polis Tg Minyak

*C. RINGKASAN KES*
Pada 10/10/19 Jam lebih kurang 1630 Hrs, Pengadu anggota Balai Polis Tg Minyak semasa bertugas telah menerima panggilan MERS 999, dimaklumkan oleh arang awam 1(L)Melayu : Sani ( 0111-3363766 ) telah menjumpai mayat manusia di kawasan Kampung Ladang, Jalan PK 43, Perindustrian Krubong Melaka. Pengadu Jadikan Maklumat tersebut sebagai Maklumat Pertama.

*D. SUSPEK*

Nama : Shahrul Nizam bin Zuraimy
Pasport : S8832113H
Warganegara : Singapura
Alamat : Blk 15 Lor 7 Toa Payoh #04-617

*E. MANGSA*

*BUTIRAN SI MATI (1)*
Nama : Norfazera Binti Bidin
Kpt. 921006105070 ( 27 Tahun )
Alamat : M3-9 Jln Pegaga 6 Rumah Pangda Tmn Merdeka Bt Berendam 75350 Melaka.

*BUTIRAN SI MATI (2)*
Nama : Muhammad Iman Asraf Bin Abdullah
Kpt. 081129050269 ( 11 Tahun )
Alamat : M3-9 Jln Pegaga 6 Rumah Pangda Tmn Merdeka Bt Berendam 75350 Melaka.

*F. SIASATAN AWAL*
Hasil siasatan awal di lokasi, dapati kawasan tersebut merupakan sebuah kawasan semak keluasan lebih kurang 300 meter panjang dari susur jalan, di dalam perindustrian ( kilang ) Krubong. Mayat ditemui oleh 1(L)Melayu, pada jam lebih kurang 1620 Hrs, ketika Saksi sedang membuat kerja-kerja memotong rumput, kemudian telah terbau sesuatu yang busuk, dan apabila mendekati tempat yang berbau, saksi Nampak beberapa keratan disyaki tubuh badan manusia. Kedudukan mayat yang dijumpai tidak jauh daripada jalan bertar JLN PK 43, anggaran 10 meter. Keadaan mayat, tidak bertutup dengan apa-apa material kain atau plastik, dalam keadaan terdedah dan telah kompos dipenuhi dengan ulat. Hasil pemerhatian keratan-keratan mayat, dapati ianya tidak sempurna. Tiada bahagian kepala / tangan pada mayat ditemui. Tiada apa-apa senjata tajam dijumpai.  Unit K9 telah membantu untuk mengesan bahagian-bahagian badan yang lain, di lokasi kejadian, namun tiada penemuan baru diperolehi. Pemerhatian terhadap keratan-keratan mayat tersebut, terdapat (2) jenis jantina, terdapat bahagian kemaluan lelaki dan bahagian badan perempuan. Oleh kerana mayat telah kompos, dan mengembang ianya agak sukar mengenalpasti si mati. Lakaran rajah kasar dan gambar tempat kejadian telah diambil, manakala  hasil Siasatan Pasukan D10 Forensik yang diketuai oleh Insp Norehan di tempat kejadian : telah menandakan beberapa keratan serta cebisan mayat mangsa dan mengambil DNA di tempat kejadian. Kesemua keratan serta cebisan mayat di hantar ke Unit Perubatan Forensik Hospital Melaka bagi tujuan post mortem. Pol 61 telah disi dan diserahkan kepada pihak Forensik Hospital Melaka untuk tujuan Post Mortem. Kes telah dimaklumkan kepada P/KBSJD Melaka Tengah dan Kertas siasatan dibuka dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan diteruskan.

*G. RAMPASAN*
1. (1) M/Kar Jenis Produa Kancil No.Pendaftaran : WNC5006 didaftarkan atas penama Si Mati (1).

*H. KRONOLOGI KEJADIAN*

Hasil Intelligence Suspek, daripada Pihak Polis Singapura dapati :-

Suspek mendakwa bahawa telah berlaku pertengkaran diantara suspek dan isterinya ( si mati 1) yang berlaku di rumah beralamat : No 26 Jalan MJ 10, Taman Merdeka Jaya, Bt Berendam Melaka. Pertengkeran berpunca daripada rungutan si mati (1) berkenaan  keluarga suspek cuba menghindari si mati (1). Suspek memberitahu si mati(1) bahawa itu bukanlah penyebabnya,  tetapi si mati(1) masih bertegas dan bertindak melemparkan hadiah ulang tahun yang dibeli keluarga suspek untuk si mati (1). Disebabkan kejadian itu, suspek dan si mati (1) mula bertengkar dan si mati (1) bertindak memukul suspek. Pada peringkat awal, suspek mendakwa dia tidak membalas tindakan si mati (1), tetapi apabila Si mati (1) mula meminta cerai, suspek mengatakan ketika itu dia telah hilang pertimbangan dan bertindak mengambil pisau di dapur dan menikam si mati (1). Suspek juga mendakwa ada menggunakan sebilah parang untuk memotong kepala si mati(1) akibat suspek terlalu marah. Pada ketika itu, suspek melihat bahawa anak si mati (1) yang berusia 10 tahun ( si mati (2) telah melihat apa yang dilakukan terhadap si mati (1). Suspek mengatakan dia tidak tahu apa yang dilakukan, suspek dapati bibir si mati (2 )telah dipotong terbuka dan ada kesan tikaman di belakang si mati (2).  Suspek mempunyai Kecederaan kecil pada jari dan tanda pada bahagian dada, semasa pergelutan dengan si mati (1).

Pertengkaran berlaku sekitar jam 2100 Hrs ( tarikh kejadian belum dipastikan ) dan suspek mula memotong bahagian-bahagian badan si Mati (1) & (2) jam 0100 Hrs. Suspek bertindak memotong kedua kepala si mati, telapak tangan, anggota badan yang lain.  Telapak tangan si mati dibuang ke dalam bekas tong sampah di luar rumah teres, manakala bahagian tubuh yang lebih besar di isi di dalam (4) beg kanvas untuk dibuang ke kawasan berhutan. Mayat si mati (1) dan si mati (2) diletakkan di dalam bonet kereta bahagian belakang semasa suspek hendak buang di kawasan hutan, anak lelaki bongsu si mati (1) ada di bawa bersama oleh suspek dalam kereta dari rumah di Taman Merdeka Jaya. Suspek membawa kereta menuju ke Kawasan berhutan  di kawasan krubong, Melaka. Suspek mendakwa keratan-keratan mayat dilemparkan ke jauh ke dalam kawasan hutan di krubong untuk dilupuskan. Suspek kemudian membakar (4) beg kanvas tersebut.   Suspek memberitahu bahawa dia boleh membawa polis ke lokasi –lokasi tersebut.

Selepas membuang keratan mayat si mati, suspek telah menghantar anak bongsu si mati (1) ke rumah mak mertua di Rumah Pangsa Taman Merdeka. Suspek tidak mencederakan anak bongsu si mati (1) kerana sepanjang pertengkaran dengan si mati (1) sehingga suspek membunuh si mati(1) dan si mati (2), anak bongsu si mati(1) tidur.

Hasil semakan keluar masuk Suspek Malaysia – Singapura dapati, suspek keluar dari Singapura melalui pos pemeriksaan Woodlands menaiki bas pada 29/09/2019, dan kembali semula ke Singapura pada 08/10/19 menaiki bas melepasi pemeriksaan Woodlands pada jam 2100 Hrs,

Ketika Suspek, bersama keluarganya iaitu bapa dan adik-beradiknya yang berkumpul di  rumah saudara mereka di Singapura. Perbualan di antara mereka, Suspek telah berkata bahawa dia membunuh isterinya ( si mati 1) dan anak lelaki (si mati 2 ) di Melaka. Suspek dikatakan kelihatan tertekan dan menggigil. Bapa suspek bertanyakan kepada suspek bila kejadian suspek membunuh si mati (1) dan (2) suspek berkata kejadian berlaku pada hari Ahad (6/10). Kemudian, ayah suspek memberitahu untuk menyerah diri, tetapi suspek bertindak meninggalkan rumah.

Suspek telah berkahwin dengan si mati (1) di Malaysia lebih kurang satu tahun yang lalu dan mempunyai 4 orang anak  ( Hasil perkahwinan Si mati (1) dengan suami sebelum suspek ). Ahli keluarga suspek tidak mempunyai nombor telefon dan butir-butir si mati(1) dan si mati (2). Suspek telah ditahan Oleh Pihak Polis Singapura, dan akan diserahkan kepada Pihak Polis Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maklumat lain yang diperolehi :-
1.        Pakaian yang suspek pakai ada di rumah Melaka
2.        Pisau yang digunakan untuk memotong badan si Mati (1) & (2) ada di Malaysia.
3.        Suspek telah membuang senjata iaitu sebilah parang ke dalam tong sampah
4.        Kereta isteri berada di parking, Rumah Pangsa Taman Merdeka.

Untuk Makluman YDH Dato/Tuan/Puan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:10 PM | Show all posts
baru lagi kawen..

masih hot2 gitu..

kesudahannya mcm gini kan..

so, jangan pandang ringan efek kena bebel nih.. bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ana replied at 11-10-2019 12:08 PM
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera YDH Dato/Tuan/Puan,

*MAKLUMAN KES BUNUH BERSANGKUT TG MINYAK R ...

Laki sndiri bunuh??? Erkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:15 PM | Show all posts
ana replied at 11-10-2019 12:08 PM
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera YDH Dato/Tuan/Puan,

*MAKLUMAN KES BUNUH BERSANGKUT TG MINYAK R ...

laki dia hisap dadah ke ape...sanggup kerat2 bini sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tri-max replied at 11-10-2019 08:06 AM
thats why, mcm defeat the purpose of kerat mayat tu
kalau nak buang tmpat yg sama, tak paya ...

I rasa sbb dia nk bg binatang buas dtg mkn utk hapus bukti..klu seketul x mampu binatang nk heret
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2019 12:17 PM | Show all posts
ana replied at 11-10-2019 12:08 PM
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera YDH Dato/Tuan/Puan,

*MAKLUMAN KES BUNUH BERSANGKUT TG MINYAK R ...

Allahu....kejam nye la haiiii
sanggup bunuh, masa besday bini lak tu

anak pun dia bunuh skali, mujur yg bongsu x diapa2kan
btw, ape maksud bibir anak ke2 koyak tu?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
me12345 replied at 11-10-2019 08:56 AM
Banyaknye keje nk kerat....

Pprt nya siang aym sndiri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2019 12:20 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 11-10-2019 12:17 PM
I rasa sbb dia nk bg binatang buas dtg mkn utk hapus bukti..klu seketul x mampu binatang nk heret

so kepala tu dah hilang ke camne?

eiiiii xleh terbayang

mmg mcm scene bunuh dlm drama

anak nampak, terus bunuh


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:20 PM | Show all posts
kalau bergaduh salah sorang kena mengalah
x pun keluar dr rumah
kalau tunggu mmg mcm2 yg tk dijangka bleh terjadi
seram jerk
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:21 PM | Show all posts
haruslah replied at 11-10-2019 12:17 PM
Allahu....kejam nye la haiiii
sanggup bunuh, masa besday bini lak tu

dia tak rasa apa kot..

sebab anak tuh bukan anak dia.. anak tiri dia kann..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.289781 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list