CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3329|Reply: 33

[Tempatan] PERCAYAKAN janji hadiah Honda HRV jejaka Kapten dari Poland, jururawat, 33 tahun

[Copy link]
Post time 10-10-2019 10:45 PM | Show all posts |Read mode
Jururawat rugi RM10,300 kerana terpedaya 'cinta siber'
Bernama | Diterbitkan pada Oktober 10, 2019 18:54 MYT
.
KUANTAN: Impian seorang jururawat untuk memiliki kereta utiliti sukan (SUV) Honda HRV bukan hanya tidak tercapai, malah dia mengalami kerugian RM10,300 selepas terpedaya dengan sindiket cinta siber.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata ia bermula dengan wanita berusia 33 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki dikatakan berpangkat 'Kapten' di laman sosial pada akhir bulan lepas.
Beliau berkata wanita yang berkhidmat di Raub dekat sini mendakwa "Kapten" yang mengaku tinggal di Poland itu pada mulanya dikatakan telah menghantar 'hadiah' berupa wang tunai AS$35,000 untuk membeli kereta berkenaan.

Menurutnya semalam wanita itu dihubungi syarikat penghantaran, kononnya dia terpaksa membayar RM2,300 sebagai caj penghantaran, dan RM8,000 kononnya sebagai denda kerana bungkusan yang dihantar dikatakan mengandungi wang tunai.
"Suspek wanita itu juga telah memberikan nombor akaun kononnya bagi urusan transaksi wang dan jururawat itu terus memindahkan wangnya seperti yang diminta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata jururawat itu hanya menyedari dirinya ditipu selepas menceritakan hal berkenaan kepada rakan-rakannya, dan dia kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang guru wanita membuat laporan di IPD Lipis dekat sini semalam, mendakwa diperdayakan jirannya untuk menyertai pelaburan bitcoin yang tidak wujud sehingga kerugian RM18,000.

Mohd Wazir berkata guru itu mendakwa dijanjikan menerima pulangan lumayan selepas menyertai pelaburan itu pada 29 Sept 2018 namun sehingga kini dia tidak pernah menerima sebarang keuntungan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Memula jururawat last kata guru.. Mana betul nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2019 10:58 PM | Show all posts
cuba ko baca betul betul berita ni balik
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
meteorspeed replied at 10-10-2019 10:48 PM
Memula jururawat last kata guru.. Mana betul nie

keywordnya...
smntara itu..
maknanya cerita lain la syg..cumanya sama kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi ada 2 kes la kat sini
1 nurse,1 cikgu
Scammer dimana2
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 04:00 AM From the mobile phone | Show all posts
meteorspeed replied at 10-10-2019 10:48 PM
Memula jururawat last kata guru.. Mana betul nie

Cuba baca perenggan kedua akhir tu...baru boleh faham berita ni ada dua kes berbeza - kes jururawat dan kes guru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2019 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Janganlah ada lagi yang tertipu. Banyak dah kisah kisah begini dipaparkan, perlu ambil iktibar dan pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni tips aku buat.. Kalau ada gambar lelaki omputeh ensem msg nak berkenalan dgn aku.. Aku middle finger kat kat chat tu.. Dan block.

Tapi tips paling penting utk tak terbuai dgn hamjad2 ni adalah "TAK ADA LELAKI OMPUTEH YG ENSEM DGN AKAL YG WARAS SYOK KAT AKU NI" ratib ayat ni kat diri bila ada chat/pm/dm dari acc2 yg guna gambar omputeh ensem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak ya duit misi
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 11-10-2019 08:19 AM
Ni tips aku buat.. Kalau ada gambar lelaki omputeh ensem msg nak berkenalan dgn aku.. Aku middle fin ...

Eh kakkepamtut tu sentiasa dikejar lelaki2 international esp mat saleh.....  ceo mata terbeliakkkk lagi haaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 11-10-2019 08:22 AM
Eh kakkepamtut tu sentiasa dikejar lelaki2 international esp mat saleh.....  ceo mata terbeliakkkk ...

Kakmepamtut tu kan tahap ratu cantik dunia.. Tu la ramai lelaki international gilakan dia.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 10:47 AM | Show all posts

gaji misi tggi
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
pas ni lg rmai la yg terkena bila scammer menyamar jd anggota atm berpangkat mejar kapten leftenan udara blablabla..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
reenz013 replied at 11-10-2019 10:47 AM
gaji misi tggi

Camana I nak ngorat misi ye
Jadi adik angkatpun ok
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
10k tu baik pegi bayar downpayment HRV
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:54 AM | Show all posts
Hari2 ada je kes sebegini dilapurkan macam tak ada kesudahannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 12:05 PM | Show all posts
sayang nya duit lebur gitu je.  mudah sgt percaya org nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:26 PM | Show all posts
kalau fikir logic, hadiah kenapa nak bayar?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 04:46 PM | Show all posts
desperate for love...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:19 PM | Show all posts
moonbug replied at 11-10-2019 11:42 AM
10k tu baik pegi bayar downpayment HRV

dia nak free..dah ada org nak offer..pantang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.125891 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list