CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 760|Reply: 0

[Dunia] JUMLAH billionair China merosot. Business banyak sangat hutang

[Copy link]
Post time 10-10-2019 10:47 PM | Show all posts |Read mode
Semakin ramai billionair China 'miskin'

       
               

BEIJING: Jumlah individu terkaya di China menurun, tahun ini, ketika kerajaan negara itu cuba mengimbangkan ekonomi dan mengatasi tahap hutang yang tinggi.

Menurut data Laporan Hurun, mereka yang disenaraikan sebagai individu paling kaya dengan pegangan sekurang-kurangnya dua bilion yuan (RM1.17 bilion) jatuh kepada 1,819, tahun ini, daripada 1,893, tahun lalu.

“Ini adalah kali pertama Senarai Individu Terkaya China (Hurun) susut untuk tempoh dua tahun berturut-turut.

“Tempoh lain senarai ini susut hanyalah ketika ketika krisis kewangan dunia 2008 dan letusan gelembung teknologi ‘dot-com’ pada 2002,” kata pengerusi Laporan Hurun, Rupert Hoogewerf.

Sektor tradisi seperti pengilangan dan hartanah paling terjejas kerana terlalu banyak hutang, mereka banyak menjual aset sehingga menjejaskan kekayaan pengasas masing-masing, kata Hoogewerf.

“Hampir 40 peratus daripada mereka dalam senarai itu, dua tahun lalu, digugurkan. Ia sebahagian daripada keputusan kerajaan China yang cuba menstruktur semula ekonomi,” katanya.

Difahamkan, billionair yang terbabit dalam bidang IT, farmaseutikal dan pendidikan didapati menggantikan bilionair lama dalam senarai.

Pengasas gergasi e-dagang Alibaba yang meletak jawatan, September lalu, kekal di kedudukan teratas untuk tahun kedua dengan kekayaan peribadi sebanyak AS$39 bilion (RM163.57 bilion)

Beliau disusuli pengerusi dan ketua eksekutif Tencent, Pony Ma yang mempunyai kekayaan peribadi sebanyak AS$37 bilion (RM155.18 bilion).

Bagaimanapun, jutawan hartanah, Wang Jianlin yang juga salah seorang lelaki terkaya China yang berada pada kedudukan teratas pada 2017 menyaksikan kekayaan beliau menyusut AS$17 bilion (RM71.30 bilion). - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.073106 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list