CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] LTTE antara kumpulan pemberontak paling ganas - Pakar Keselamatan

  [Copy link]
Post time 14-10-2019 08:11 AM | Show all posts
Apa taknya

bunuh anggota Bomba yang tak bersalah
pun macam selamba biawak je

memang jahanam kalo dibiarkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 08:16 AM | Show all posts

India di Malaysia ni ada niat nak tubuh pemerintahan

sebab itu mereka mula mengatakan Melayu bangsa pendatang,
kemudian semakin menguasai politik dan kedudukan2 penting dalam
kerajaan

tanah2 kuil pun banyak dikuasai cara haram

mujur PDRM cepat bertindak

Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
HangPC2 replied at 13-10-2019 09:57 PM

Sbb tu si kula ni bukan main agungkan chola kan...kang kutip2...buang kerakyatan..hantar pi chola...agak2yg merusuh kt kuil thn lepas tu ads unsur2 ni tak?i'm curious....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:47 AM | Show all posts
scary.. ...PDRM malaysia memang bagus cekap amanah...jelas terang penglibatan dgn LTTE.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:20 PM | Show all posts
PERGERAKAN LTTE DI SRI LANKA. APAKAH YANG BOLEH DILAKUKAN DI MALAYSIA?



Untuk megetahui bahaya dan berapa berkesannya organisasi LTTE ini, kita mengimbas kembali secara ringkas sejarah 26 tahun Perang Saudara Sri Lanka ini. Pembaca boleh merujuk terus kepada pautan-pautan yang diberikan terus di dalam artikel dan saya hanya mencatat sedikit sahaja pada nota kaki, jika tidak nota kaki saya lebih panjang dari artikel ini



1. Bancian pada tahun 2012 menunjukkan terdapat 2.3 juta orang Tamil di Sri Lanka. Ia mewakili 11.2% dari jumlah keseluruhan populasi Sri Lanka. Rujuk pada gambar kawasan penduduk Tamil Sri Lanka, yang tertumpu di timur dan utara pulau Sri Lanka. Perang saudara yang bermula pada tahun 1983 hanya tamat 26 tahun kemudian, setelah menelan korban seramai 80,000 jiwa, kebanyakannya orang-orang Tamil. LTTE menyerah kalah pada 17 May 2009 dan pemimpinnya Velupillai Prabhakaran terbunuh 2 hari kemudian semasa cuba melarikan diri dari kepungan.

2. Semasa LTTE berada di puncak kekuatan, mereka menguasai 1/3 kawasan Sri Lanka dan menubuhkan pentabiran sendiri dikawasan-kawasan yang mereka kuasai tersebut. Sayap politik LTTE bertanggungjawab menyelia pentadbiran awam, undang-undang, pasukan polis, pambangunan dan juga penyiaran radio serta TV dan juga mempunyai sekretariat antarabangsa yang menguruskan jaringan organisasi LTTE di seluruh dunia.

3. Sayap ketenteraan LTTE memiliki 10,000 gerila bersenjata terdiri dari pasukan elit “Charles Anthony Regiment” (Charles Anthony adalah anak sulung Prabhakaran), Leopard Brigade (Chirutaigal), Black Tigers (pasukan berani mati), Sea Tigers (elemen laut), Air Tigers unit perisikan dan unit perolehan. Gerila-gerila wanita turut melakukan tugasan infantri, artileri, udara, laut dan juga pengeboman bunuh diri. Keanggotaan Black Tigers ditapis oleh Prabhakaran sendiri dan mereka akan menjalani latihan selama setahun sebelum melaksanakan misi pengeboman. Elemen laut Sea Tigers memiliki bot-bot laju bersenjata dan juga bot-bot pengangkut termasuk jenis halimunan yang boleh mengelak dikesan radar buatan Korea Utara. Mereka juga sedang menyiapkan kapal selam mini di Thailand, tetapi projek sulit ini telah berjaya didedahkan oleh kerajaan Sri Lanka.


4. Sumber kewangan LTTE datangnya dari pelaburan di pasaran-pasaran saham, hartanah, perniagaan restoran-restoran, kedai-kedai runcit (serata dunia). Mereka juga mempunyai syarikat-syarikat yang menguruskan lojistik antarabangsa dengan menguruskan dagangan yang sah dan juga penyeludupan dadah, emas, senjata serta pemerdagangan manusia. Lain-lain sumber kewangan adalah seperti rompakan, peras-ugut, pemalsuan wang dan dana hasil sumbangan NGO. LTTE juga bergerak aktif di 54 negara termasuk India, Botswana, Myanmar, Kemboja, Denmark, Jerman, Laos, Malaysia, Myanmar, Qatar, Afrika Selatan, Switzerland and Thailan.

5. Serangan-serangan oleh LTTE melibatkan pembunuhan beramai-ramai, pembunuhan ahli dan tokoh politik termasuk Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa dan bekas PM India, Rajiv Gandhi, serangan berbentuk “gelombang manusia” ke atas garisen-garisen (kem-kem Tentera Sri Lanka), serangan dan menenggelamkan kapal-kapal tentera laut Sri Lanka dan juga serangan ke atas pengkalan tentera udara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike. Jumlah pembunuhan beramai-ramai yang terbesar adalah kira-kira 700 anggota polis yang ditawan pada 11 Jun 1990.


- rujuk senarai serangan disini

https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_attac...9dI02VRkcFHXPSU

- rujuk senarai ahli politik, tentera dan awam yang dibunuh disini

https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_peopl...yhdsnxP-NUiCVQw


- contoh pertempuran yang membawa kejayaan besar kepada LTTE

a) Pertempuran Mullaitivu 18-25 Jul 1996 (terbunuh 1,242 tentera, 332 gerila LTTE)

b) Serangan Thandikulam-Omanthai 10-25 Jun 1997 (terbunuh 700 tentera, 165 gerila LTTE)

c) Pertempuran Kilinochchi 27-29 Sep 1998 (terbunuh 443 tentera, 520 gerila LTTE)


21 tahun yang pertama tidak membawa banyak kejayaan kepada tentera Sri Lanka. Hanya 5 tahun terakhir menyaksikan kejayaan demi kejayaan oleh angkatan bersenjata Sri Lanka di bawah kepimpinan Gen Sarath Fonseka. Mereka melakukan transformasi dengan meningkatkan bajet ketenteraan sebanyak 40%, meningkatkan jumah anggota tentera dari 80,000 kepada 160,000 orang, melobi diperingkat antarabangsa dan berjaya mendapat sokongan mengharamkan LTTE di 32 buah negara, menghalang media melaporkan operasi yang dilaksanakan dan juga penubuhan pasukan-pasukan elit membunuh tokoh-tokoh LTTE serta melakukan “deep penetration” dan sabotaj ke kawasan-kawasan LTTE.

Kini setelah sedekad berlalu seramai 12,000 bekas gerila LTTE (termasuk lebih 500 gerila kanak-kanak) telah menjalani program pemulihan selama setahun. Mereka yang telah melalui proses ini layak mendapatkan pinjaman Rs 250,000 untuk memulakan hidup baru, dimana sehingga kini 1,773 bekas gerila telah diluluskan permohonan pinjaman yang disediakan


Rujuk : https://reliefweb.int/report/sri-lanka/reha...iazx-8nGUrLkTNc


Tentera Sri Lanka masih mengekalkan kehadiran mereka dikawasan-kawasan yang telah ditawan dari LTTE, secara beransur-ansur mereka telah mengembalikan tanah-tanah milik orang-orang Tamil kepada pemilik asal.

Apakah perang gerila yang serupa boleh dilancarkan di Malaysia? Kita bincangkan scenario ini atas dasar “WHAT IF”

1. Menurut teori Mao Zedong, gerila harus mendapatkan sokongan massa sepanjang tempoh peperangan umpama “ikan di dalam air (atau lautan)”, yang membawa maksud mereka boleh ‘survive’ di dalam kelompok masyarakat jika mendapat perlindungan cukup dari rakyat. Jarak dari hujung Tamil Nadu (India) dan Daerah Mannar di utara Sri Lanka dipisahkan oleh Selat Palk, dengan kawasan selat yang paling sempit iaitu 50 km. Maka tidak mustahil gerila-gerila LTTE mendapatkan perlindungan di Tamil Nadu. Begitu juga urusan penyeludupan bekalan makanan, ubatan dan senjata yang menjadi mudah kerana mendapat simpati penduduk Tamil Nadu. Pada tahun penghujung 1970an, terdapat 42 pusat latihan gerila di Tamil Nadu. Oleh itu jika gerila yang ingin beroperasi di Malaysia dengan skala besar perlu mempunyai pengkalan-pengkalan yang selamat dari pihak keselamatan Malaysia. Ia lebih mudah jika Thai, Singapura dan Indonesia yang bersempadan dengan Malaysia membenarkan mereka membuka kem-kem disana. LTTE juga kreatif kerana pernah menjadikan kapal-kapal sebagai gudang senjata mereka (link https://sangam.org/helped-destroy-ltte-floating-armories/).

2. Rujuk pada peta Sri Lanka, kubu-kubu kuat LTTE (strongholds) terletak didalam kawasan penduduk Tamil yang hanya tertumpu di utara dan timur Sri Lanka. Tentera Sri Lanka menghadapi masalah untuk membina kem-kem dan mengekalkan kehadiran mereka dikawasan tersebut kerana sering berhadapan serangan-serngan LTTE samada pada skala kecil atau besar. Contohnya di Mullaitivu, sebuah garisen berkekuatan 2 batalion dan merupakan markas kepada Briged Infantri ke-25 telah jatuh ke tangan LTTE dalam masa 8 hari pada tahun 1996. Jika di Malaysia, pasukan gerila mestilah mendapat sokongan penuh penduduk majoriti di satu-satu kawasan. Kegagalan mendapat sokongan penduduk setempat akan menyukarkan lojistik dan mendapatkan kader-kader baru.

3. Aspek geografi – Elephant Pass. Laluan sempit dan strategik terletaknya jalan keretapi dan Route A9 ini merupakan pintu masuk ke semenanjung Jaffna. LTTE dan tentera Sri Lanka bersilih ganti menguasai laluan ini. Jika tentera Sri Lanka gagal menguasai laluan ini, mereka terpaksa menggunakan jalan laut dan udara untuk menawan Jaffna, satu usaha yang merupakan mimpi ngeri kepada perancang-perancang lojistik tentera Sri Lanka. Keupayaan LTTE menyekat kemaraan tentera di sini mengekalkan Jaffna dibawah penguasaan mereka dan terus menjadi nadi sokongan dan bekalan kepada LTTE. Apakah situasi yang sama boleh berkalu di Malaysia di mana pasukan gerila mempunyai kelebihan yang serupa?

4. Velupillai Prabhakaran dengan gelaran “Thamby” adalah pemimpin yang karismatik. Agama bukanlah ideologi utamanya, dia lebih sekular dan cenderung kepada sosialime. Interpol menggambarkan Prabhakaran sebagai “amat waspada, bijak dalam penyamaran dan pandai mengendalikan senjata sofistikated dan bahan letupam”. Sehingga kini tiada pemimpin LTTE yang boleh menggantikan beliau. Dalam perang gerila, ketokohan pemimpin adalah faktor utama seperti Che Guerava, Ho Chi Minh atau Mao Zedong. Apakah ada pemimpin gerila sebegini di Malaysia? Walaupun tiada pengganti yang menyamai Prabhakaran, ketaksuban dan pemujaan imejnya mungkin dapat membantu menaikkan semangat penyokong-penyokong mereka. Tetapi berdasarkan jurnalis M.R. Narayan Swamy yang menulis biografi Prabhakaran berkata "The LTTE only ever had one leader and only one god. When that god dies, the Tigers will cease to exist. After nearly 30 years of war there is no appetite to begin another armed struggle and the LTTE will never be the same again." (link https://www.independent.co.uk/…/velupilla...akaran-lead…).

5. Jika semua senario di atas tidak memungkinkan sebarang gerakan bersenjata di Malaysia, apakah yang boleh mereka lakukan? Ingat, IRA berjuang dikawasan terbina dan kawasan bandar, mereka masih mampu bersembunyi di “safe house” mereka untuk beberapa dekad. Dari tempoh 1969 hingga 1994 seramai 1,800 orang terbunuh (termasuk 600 orang awam). Begitu juga insurgensi di Iraq yang memaksa tentera Amerika mengkaji semula “counter-insurgency manual” mereka. Jangan “underestimate” mana-mana pasukan teroris atau gerila, insiden kecil seperti Al-Maunah atau krisis tebusan Bangunan AIA di Jalan Ampang pada tahun 1975 oleh Tentera Merah Jepun mampu menarik perhatian dunia dan memberi publisiti kepada mana-mana organisasi teroris. Faktor sokongan dari diaspora Tamil juga perlu diberi perhatian.


Sekian.









Rujukan:-

1. The history of the Tamil Tigers, 28 Apr 2009 (Al-Jazeera)

link : https://www.aljazeera.com/focus/2008/11/200...fYZjzljfTXqksQQ


2. Modus Operandi : Tamil Diaspora and LTTE Organisations oleh Udeshi Amarasinghe, 5 Jun 2014,

link : http://www.eyesrilanka.com/2014/06/05/modu...0WQobahdmLdzVj8



Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat



Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.316084 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list