CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5974|Reply: 73

[Tempatan] Seorang suspek LTTE rancang serang kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur. DAP terke

  [Copy link]
Post time 11-10-2019 08:50 AM | Show all posts |Read mode
'Seorang suspek LTTE rancang serang kedutaan Sri Lanka'
10 Okt 2019, 6:46 petang
   

Polis menjangkakan lebih ramai penyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan ditangkap dan memberi amaran tiada tolak ansur terhadap pihak yang mengancam keselamatan negara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata demikian ketika mengumumkan tujuh suspek yang mempunyai kaitan dengan LTTE ditahan dalam operasi di enam negeri antara jam sembilan pagi hingga dua petang.

Antara yang ditahan ialah dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Melaka dan Negeri Sembilan, selepas disyaki terlibat mempromosikan LTTE.
Iklan

Turut ditangkap seorang ejen insurans yang merancang menyerang bangunan kedutaan Sri Lanka di Kuala Lumpur, menurut Ayob dalam sidang media hari ini.

Katanya, ejen insurans itu merancang membuat serangan itu dengan penyokong LTTE lain yang belum ditangkap.

Ayob berkata pihak polis telah memulakan siasatan dan memantau kumpulan itu sejak November tahun lalu.

LTTE ditubuhkan pada 1976 untuk memperjuangkan kemerdekaan wilayah Tamil Eelam di Sri Lanka.

Kumpulan itu mendakwa dasar-dasar kerajaan Sri Lanka mendiskriminasi golongan Tamil.

Kumpulan itu dilabelkan sebagai pengganas selepas didakwa mencabul hak asasi manusia dan melakukan jenayah perang, termasuk pembersihan etnik,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Komunis dgn tamil elam nak rampas kuasa.. leceh pendatsng nii
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 08:53 AM | Show all posts
yang sokong ISIS pun tangkap juga

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 08:54 AM | Show all posts
tangkap semua orang yang sokong ISIS di Malaysia juga
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 08:55 AM | Show all posts
yang percaya dengan ideologi ISIS pun tangkap under SOSMA
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 08:57 AM | Show all posts
jangan lepaskan pentaksub pentaksub ISIS tu sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2019 08:59 AM | Show all posts
DAP yg kononnya pemimpinnya suci murni rupanya dah kantoi, terlondeh satu persatu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:01 AM | Show all posts
Knights replied at 11-10-2019 12:55 AM
yang percaya dengan ideologi ISIS pun tangkap under SOSMA

ramai dah Puak ISIS ni kena tangkap..tiba2 tangkap barua DAP, ramai meroyan..dah kenapa???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2019 09:10 AM | Show all posts
Dua ADUN DAP tak bersalah, kata Guan Eng
BERNAMA | | 10 Oktober 2019


KUALA LUMPUR - DAP percaya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu yang ditahan hari ini kerana dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak bersalah, kata Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng.

"Pembabitan mereka dalam DAP sehingga kini tidak menunjukkan kedua-dua mereka terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyimpang daripada pendirian parti berhubung pemodenan, resolusi aman dan tiada kekerasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya DAP akan menyediakan pasukan peguam untuk mewakili kedua-dua ADUN itu, manakala Naib Pengerusi parti, M Kula Segaran telah diminta mewakili DAP dalam sebarang perhubungan antara parti dengan pihak berkuasa, pembuat undang-undang, dan anggota keluarga yang terlibat mengenai perkara berkenaan.

“DAP berharap kedua-dua wakil rakyat kita akan menjadikan kesulitan semasa ini sebagai satu cabaran, dengan ketabahan dan kepercayaan, bahawa kebenaran akhirnya akan mengatasi segalanya sekali gus akan membebaskan mereka,” katanya.

Media hari ini melaporkan polis menahan tujuh individu termasuk dua ADUN dari Melaka dan Negeri Sembilan atas dakwaan terlibat dengan kumpulan LTTE. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:18 AM | Show all posts
SWORKS27 replied at 11-10-2019 01:01 AM
ramai dah Puak ISIS ni kena tangkap..tiba2 tangkap barua DAP, ramai meroyan..dah kenapa???

kan kena batang hidung melalak
....
kena kat orang lain xnak ambil tau
lepas tu buat komen macam tu

puihhh jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:19 AM | Show all posts
R2D2 replied at 11-10-2019 01:10 AM
Dua ADUN DAP tak bersalah, kata Guan Eng
BERNAMA | | 10 Oktober 2019

berhuhuhuhuhu yaaaa
kalau boleh bebas tuduhan masa mula2 dulu? aku x suprise kalau kali ini yang berkaitan ... boleh suci?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:19 AM | Show all posts
Knights replied at 11-10-2019 08:53 AM
yang sokong ISIS pun tangkap juga

yg sokong ISIS terlalu ramai xmuat kem kamunting nk sumbat
(termasuk juga Al Qaeda dan Jabhat Al Nusrat)


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:25 AM | Show all posts
hantar jer balik ke india sana tu...

dasar pendatang... jgn babitkan warganegara asal
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:26 AM | Show all posts
pennyokong LTTE dan DAP depa dah plan ka nak virgil light bila? kikiki...tak pun demonstrasi aman pasaipa Malaysia Baharu halang kebebasan bersuara depa....kikiki..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2019 09:36 AM | Show all posts
DAP patutnya duduk diam
polis tahu la apa nak buat
tu tugas dia
kumpul bukti etc
kena pd DAP
habis India, Cina DAP meroyan kononnya parti suci
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:39 AM | Show all posts
Knights replied at 10-10-2019 12:57 PM
jangan lepaskan pentaksub pentaksub ISIS tu sekali

Berlambak dah yang ke dalam sejak kerajaan sebelum PRU14 lagi. So, haper point ngkaw?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 09:41 AM | Show all posts
Knights replied at 10-10-2019 12:55 PM
yang percaya dengan ideologi ISIS pun tangkap under SOSMA

So, haper stand point ngkaw kat ideologi Tamizh Eelam dan ideologi Communist PRC yang duk meresap kat sneh melalui syarikat2 China? Sebab syarikat2 developer toh smua mesti ada ekuiti share pemerintah PRC nan Communist toh? What's your stand???
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:48 AM | Show all posts
damian_lee replied at 11-10-2019 01:18 AM
kan kena batang hidung melalak
....
kena kat orang lain xnak ambil tau

kan...sembang macam celaka...dasar barua
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Nobita si knights ni. Kemain dia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
LGE buat-buat buta apabila dia sendiri terlibat dalam sebuah program bersama pendokong LTTE iaitu Vaiko dari parti MDMK Tamil Nadu yang telah disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 0.259067 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list