View: 1327|Reply: 11
|
[Tempatan]
Jual aset Khazanah bukan untuk bayar hutang kerajaan. Pulak dah!
[Copy link]
|
|
Penjualan aset Khazanah bukan untuk bayar hutang kerajaan
Bernama -
10 October 2019
KUALA LUMPUR- Hasil daripada pelupusan saham, aset dan kepentingan yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd. tidak pernah digunakan untuk membayar hutang kerajaan.
Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, Khazanah pada kebiasaannya akan menggunakan hasil tersebut untuk melabur dalam pelaburan baharu serta membayar hutangnya sendiri.
“Satu-satunya pembayaran yang diterima kerajaan daripada Khazanah adalah dalam bentuk dividen tahunan dan cukai,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) di Dewan Rakyat hari ini,
Tambah Azmin, dari Mei 2018 sehingga Jun 2019, Khazanah telah melupuskan aset-aset bernilai RM18.8 bilion yang mana RM3.2 bilion adalah pada 2018 manakala baki RM15.6 bilion dibuat dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Susulan itu, Khazanah berjaya mengurangkan hutangnya sebanyak RM8 bilion kepada Rm47 bilion dan nilai tersebut dijangka berterusan sehingga kepada RM30 bilion-RM40 bilion dalam jangka masa sederhana.
“Kerajaan yakin Khazanah akan berada di kedudukan yang lebih baik untuk memperbaiki prestasi kewangannya dan terus menyumbang kepada ekonomi negara.
“Ini sejajar dengan Misi Wawasan Kemakmuran Bersama yang mana strategi pelaburan Khazanah akan disesuaikan menuju industri baharu yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan memberikan kesan langsung dalam merangsang ekonomi Malaysia, meningkatkan pendapatan rakyat dan membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi,” katanya.
Menurut Azmin, tindakan Khazanah untuk melupuskan aset-asetnya bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan dilakukan oleh firma-firma pelaburan strategik sama ada dalam atau luar negara.
Katanya, di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Khazanah telah melupuskan 84 aset di antara tahun 2009 sehingga April 2018.
Hasil tersebut digunakan untuk membayar hutang sehingga menyebabkan pelaburan bukan strategik Khazanah mengalami kerugian selain untuk melindingi rosot nilai aset-asetnya.- Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi kadar pulangkan lebih dari kadar interest utang, khazanah makes the spread.
So apa masalahnya?
Khazanah Ada mintak duit gomen utk bayar utangkah?
So soklan retoriknya, kancheong sangat nak 'kurangkan' utk khazanah apa productive function nya? |
|
|
|
|
|
|
|
tergadai tergadai |
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 11-10-2019 10:46 PM
Selagi kadar pulangkan lebih dari kadar interest utang, khazanah makes the spread.
So apa masalah ...
Because certain party dah put out a plan to raise ownership of strategic govt entities. So when in power, dorang will try to convert as many to private equity so certain quarters will snap it up and benefit however the result of the next election is. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi apa akan terjadi pada pihak yang akan menang pada next pru nanti?
Impactnya jika PH masih menang pada pru 15 nanti.
Dan impactnya jika BN menang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Eric.n9 replied at 13-10-2019 03:41 PM
Jadi apa akan terjadi pada pihak yang akan menang pada next pru nanti?
Impactnya jika PH masih ...
Then dorang akan convert more govt strategic investments abroad to private ownership kalau dorang menang lagi. Serupa macam GST to SST. Anything dorang can get away by not paying tax to the govt dorang akan exploit. Dorang tau yang sustaining power is hard when slowly dorangnye secret plan unveiled so dorang akan milk the cow as much as they can whilst in power, such as right now. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, thank you for the explanation.
Grab everything while you can. Fill your coffer
Nobody can predict the future, aite?
Jika ada apa2 terjadi diaorg dah selamat.
However, yang akan suffer the most would be... us and our future generation
Plus a headache for the new elected goverment.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eric.n9 replied at 13-10-2019 09:04 PM
Ok, thank you for the explanation.
Grab everything while you can. Fill your coffer
Nobody can pr ...
Yes bro. They weren’t as stupid as the previous BN govt to not have a contingency plan. Everything playing out as they have planned. The ones in parliament right now are actually stooges working for them...with benefits or course. |
|
|
|
|
|
|
|
You referring to the dark hand behind them aite?
I may presumed that the benefits they received will have so many digits.
Each and every person have a price.
And at the right price they dont mind dancing according the tune of the dark hand.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Hands”
A collective effort.
Old man is part of the plan. |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak tgk khazanah invest kat mana? |
|
|
|
|
|
|
| |
|