CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7567|Reply: 96

[Tempatan] Kanak-kanak, 3 tahun cium peluk jurujual teringat ibunya meninggal 2 minggu lepa

[Copy link]
Post time 11-10-2019 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 11-10-2019 08:56 AM

mstar.com.my
Terkedu dan menyayat hati... budak kecil tiba-tiba masuk kedai minta izin peluk gadis jurujual - “Bukan setakat peluk tapi kiss pipi, cium tudung saya”

SEKALI dengar macam drama di televisyen, tetapi hakikatnya kisah yang dilalui seorang gadis ini benar-benar meruntun hati.

Menerusi perkongsiannya yang tular di Twitter, dia bercerita mengenai kanak-kanak berusia tiga tahun yang merindui ibunya yang sudah meninggal dunia akibat kanser rahim kira-kira dua minggu lalu.

Perkongsian Nurfariesha Balqis mendapat 17,100 ulang kicau dan 18,200 tanda suka.


Nurfariesha berkata dia terkejut apabila seorang budak lelaki yang datang ke kedai tempat dia bekerja di Kajang tiba-tiba memberitahu bapanya bahawa wajahnya mirip ibunya.

Posting Fariesha tular di Twitter.

"Masa tu saya tengah scan barang kemudian nak masukkan dalam plastik customer lelaki dengan anak lelaki dia.

"Anak customer tu cute, sangat putih... kemudian dia cakap kat ayah dia 'ayah muka aunty ni macam ibu'.

"Saya terkejut jugalah tapi buat macam biasa je. Lepas tu ayah dia pun dukung dan peluk dia. Waktu tu saya nampaklah dia sedih," katanya.

Selesai membuat bayaran, Fariesha berkata pelanggan tersebut beredar bersama anaknya tetapi kanak-kanak itu tiba-tiba masuk semula ke dalam kedai tidak lama kemudian.

"Sebelum keluar kedai tu dia toleh saya. Saya pun pandanglah dia. Tiba-tiba dia masuk balik kedai tanya 'aunty can i hug you?'. Saya kata 'can'.

"Dia bukan setakat peluk tapi kiss pipi dan cium tudung saya. Lepas tu dia cakap 'aunty bau macam ibu'. Dalam hati waktu tu 'Ya Allah mana mak budak ni'.

Nurfariesha Balqis.

"Lepas tu ayah dia cakap 'isteri saya baru meninggal dua minggu lepas sebab kanser rahim'. Tiba-tiba air mata saya mengalir dan saya terus peluk kuat budak tu," katanya.

Gadis berusia 18 tahun itu memberitahu dia turut tersentuh apabila kanak-kanak itu melambai ke arahnya semasa meninggalkan kedai itu sambil berkata 'bye bye ibu'

"Ya Allah sebaknya. Waktu tu ayah dia macam biasa je. Tapi itulah kali pertama dan terakhir saya jumpa mereka.

    Dia bukan setakat peluk tapi kiss pipi dan cium tudung saya. Lepas tu dia cakap 'aunty bau macam ibu'. Dalam hati waktu tu 'Ya Allah mana mak budak ni'.

"Selalunya orang yang sama akan datang semula ke kedai ni. Saya pun fikir positif. Mungkin mereka datang berkunjung ke rumah saudara sekitar sini (Kajang)," katanya.

Kisah sebak itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

"Macam cerita dalam novel weh!! Tiba-tiba dah jadi mak kepada budak tu. Huhu," kata Ena.

Antara komen netizen terhadap posting Fariesha.

"I hope you ada jodoh dengan ayah budak tu," tulis Sani.

"Oh. 3 tahun tu memang masih bau ibu. Malam-malam pun ngigau ibu. Mental kena kuat. Budak tu akan lebih matured dari budak sebayanya nanti," kata Azz.

Dalam pada itu, Fariesha turut terkilan apabila terdapat segelintir individu yang menyifatkan perkongsian itu sebagai rekaan semata-mata.

"Ni cerita betul bukan main-main. Mungkin orang tak rasa lagi sebab mereka tak ada kat tempat saya. Jadi mereka boleh kata apa saja.

"Biarlah mereka nak kata apa. Saya kongsi kisah tu pun sebab kesian dekat budak tu. Saya ingatkan kawan-kawan saya je yang akan like. Tak sangka pula tweet tu jadi viral," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
awat  bapaknye tak peluk sekali.. dah alang2 serupa arwah omak anak eh
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
apa lagi si bapak ... ngorat la anak dara umur 18 tu. macam hasanah jer.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 bapak nye hensem.. dik hasanah twidder pe lagi berangan jadi mak express..

*bdk 3 tahun mmg clingy lagi, tidak dinafikan tapi... i reserve my komen
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
starbug7 replied at 11-10-2019 09:41 AM
Ntah2 bapak nye hensem.. dik hasanah twidder pe lagi berangan jadi mak express..

*bdk 3 tahun  ...

Selalunyaa laa kalo bpk dia muke mcm ebby yus jah yg nak kawin dgn minah nii.. kalo muke siap harus dicarinyaa yg lain.. koser
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lelaki tu nama tengku zahran iskandar shah..anak nama tengku amir rayyan danish iskandar shah..
Maybe kenduri nasi minyak tahun depan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2019 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi..iols sedih juga baca cite ni.sebab budak budak xtau apa..mak meninggal pon masih mencari lagi maknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:54 AM | Show all posts
hahaha moga berjodohan  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts


tak kuat aku bc kisah2 gini.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Hasanah ke tak.. Aku meleleh gak la air mata.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 11-10-2019 09:54 AM
Kalau lelaki tu nama tengku zahran iskandar shah..anak nama tengku amir rayyan danish iskandar shah. ...

Amboi nme anak panjang betul

Kalau betul sian budak tu.baya2 anak sedara ai.mmg tgh manja sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 10:59 AM | Show all posts
mcm adik iols lepas mak meninggal tiap kali balik kampung mesti nak tido dengan makcik sbb makcik sorg tu rapat dgn arwah mak rupa pn lbih kurang je. klau tido tu kemain peluk lagi sampai ke pagi. Dok meleset je dorg berdua sampai klau tak jumpa tu demam2
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 11-10-2019 10:39 AM
Amboi nme anak panjang betul

Kalau betul sian budak tu.baya2 anak sedara ai.mmg tgh manja sgt2

Tu kalau ikut dalam novel..
Nama mesti cm alam fantasi
Gahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:03 AM | Show all posts
kawin je lah budak pompuan tu...takut2 jadi andartu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:03 AM | Show all posts
jangan kisah mi kisah kak hasanah ye
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:06 AM | Show all posts
budak 3thn blh berkomunikasi macam tu ke?
ini soalan iya bkn perlian
xtau la aku xde anak. xigt plak anak2 sedara dulu macamana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 11-10-2019 09:54 AM
Kalau lelaki tu nama tengku zahran iskandar shah..anak nama tengku amir rayyan danish iskandar shah. ...

Hahahhaha...lawak laaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:11 AM | Show all posts
Hebat family budak tu ajar dia..siap boleh mintak izin nk peluk wpun baru umur 3 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:14 AM | Show all posts
DollahRepek replied at 11-10-2019 11:11 AM
Hebat family budak tu ajar dia..siap boleh mintak izin nk peluk wpun baru umur 3 tahun

children always tell the truth..and their action is always spontaneous...aku lebih percaya budak dr kata2 seorang dewasa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindu sgt lah tu..
Budak2 mmg jujur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.069547 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list