Bengang betul Nora Danish apabila 'Ratu Rock, Ella' mengenakannya hingga telefon bimbitnya tidak berfungsi seketika.
Namun, apabila diselidik bukan penyanyi legenda itu yang membalasnya, tapi seorang 'scammer'! Rupa-rupanya akaun IG Ella telah digodam dan 'scammer' itu mengambil kesempatan.
Kisah bermula apabila Nora Danish melancarkan jenama kosmetik Armany dan ketika itu bertemu Ella. Mereka sempat berbual dan bergambar bersama. Kemudiannya Ella menghantar pesanan kepada Nora menerusi DM, meminta nombor telefon.
Ig
Ig
Kemudian Nora mendapat Whatsap dari Instagram memintanya menekan link yang diberi. Setelah mengikut arahan tersebut, telefon bimbitnya 'hang' sekejap. Rupanya 'Ella' yang mengenakannya.
IG
Ig
Akhirnya terbongkar yang bukan Ella sebenar menghantar mesej tersebut. Lalu Nora berpesan kepada semua pengikut dan rakan selebriti berhati-hati selepas ini. Nora juga memuatnaik akaun Ella yang sebenar.
Ig
Seram juga ya. Kena berhati-hati selepas ini, siapa sangka IG yang berinteraksi dengan kita tu sebenarnya 'real' bukan 'fake'. Mujurlah tak sempat jadi apa-apa pada IG Nora Danish. - CARI
|