CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1474|Reply: 11

[Dunia] Di China, anjing dipijak tuannya sebab bil klinik veterinar tinggi. Tak ada pula

[Copy link]
Post time 11-10-2019 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Anjing dipijak tuan gara-gara bil perubatan tinggi


CHINA - Berang bil perubatan anjing sangat tinggi selepas menerima rawatan di sebuah klinik haiwan di sini, seorang lelaki bukan sahaja memijak dan menendang haiwan peliharaannya itu berkali-kali malah tergamak melempar haiwan itu ke lantai.

Menerusi rakaman litar kamera tertutup (CCTV) di klinik tersebut, lelaki berkenaan dilihat menarik anjing itu daripada seorang doktor haiwan dan melempar ia ke lantai dengan kuat.

Lebih menyedihkan lelaki itu bertindak kejam terhadap anjing peliharaannya yang menghidap penyakit jantung di hadapan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya.

Dalam video berdurasi 0.13 saat tersebut turut kelihatan kanak-kanak perempuan itu cuba menghalang ayahnya daripada terus bertindak demikian.

Menurut doktor haiwan berkenaan, anjing yang mengalami sakit jantung telah menerima rawatan selama empat hari namun melihat kepada keadaan anjing tersebut yang kritikal, doktor bersetuju untuk memberikan perubatan secara percuma sekiranya anjing itu tidak dapat diselamatkan

Menurutnya, tidak lama selepas itu, keadaan anjing tersebut bertambah baik dan lelaki berkenaan dimaklumkan perlu membayar kos perubatan sekitar 300 yuan (RM176).


"Kos rawatan yang perlu ditanggung oleh lelaki berkenaan adalah kira-kira 500 hingga 600 yuan (RM300 hingga RM350) dan memaklumkan perlu membayar kos perubatan sekitar 300 yuan (RM176) disebabkan anjingnya semakin pulih.

"Bagaimanapun, dia enggan membayar dan memutuskan untuk mengeluarkan haiwan itu dari hospital berkenaan. Apabila dipaksa untuk menyelesaikan bayaran itu, dia bertindak melempar dan memijak anjing tersebut," katanya.

Perkongsian video tersebut di laman Twitter Mothership.sg kini telah tular di media sosial tersebut yang meraih 3.1 juta tontonan 5.3 ulang kicau serta rata-rata netizen mengecam tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut.

Tulis geraldkoh987 "Memalukan betul jika itu ayah kepada kanak-kanak tersebut..kesian dia terpaksa menjadi saksi kekejaman yang dilakukan ayahnya dan itu adalah perkara paling teruk. Saya mendoakan kesejahteraan anjing dan kanak-kanak itu. Bagi ayah dia, jauhkan diri daripada benda yang hidup,".

"Ini sedih dan mengganggu emosi..Macam mana dia boleh tak sedar dengan apa yang dilakukan kepada anjing itu dan perbuatan tersebut dilakukan depan anaknya.. Saya tak boleh bayangkan apa yang terjadi dengan kanak-kanak itu selepas apa yang telah dilaluinya," kata ameliai17 di ruangan komen Twitter.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulianya sifat cina bangsa vertamadun 5 juta tahun kebanggaan pulauturtle toh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2019 02:56 PM | Show all posts
dah diberitahu sebelum ni
kalau di china
nampak accident
kalau kita yg menolong mangsa
kita yg kena support segala expenses
walaupun kita tak terlibat pun accident tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 03:01 PM | Show all posts
Dah baik bukan nak bersyukur betindak macam tu lagi tambah penyakit semula
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak hairan kan.. Anjing pun depa makan. Tu belum kisah mayat yg dah ditanam pun sanggup dikorek dan dijual sbb nak kan duit
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 03:16 PM | Show all posts
hahahahaha anjing kne sakit jantung

lucu deh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2019 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau byk tu tak mampu byr baik tak payan pelihara haiwan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:00 PM | Show all posts
Cina bodo kedekut nak mampos. Dah la perengus sial
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bela haiwan ni kena standby duit. Kalau dia sakit, dgn kau2 skali sakit nak keluar duit
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia bagus. Dia cuba tahan bapak dia dari terus pijak anjing tu. Nampak anjing tu susah nak nafas lepas kena baling dan pijak geramnyaa. Semoga bapaknya pulak dihempas oleh anak dia bila dah sakit tua nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2019 07:52 AM | Show all posts
hrp species ni beli kediaman mewah di sini
bukannya apa for sure area dia org asal ada anjing liar je dia boleh settle
sure NGO, EXCO DAP tak masuk campur
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts

Sedih dengar berita macam ni
Binatang pun ada perasaan tau!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.063227 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list