CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2004|Reply: 21

[Tempatan] Bapa tiri durjana didakwa 22 pertuduhan seksual, Shahdan merenung tajam

[Copy link]
Post time 11-10-2019 02:49 PM | Show all posts |Read mode



NELAYAN didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas 22 pertuduhan merogol, mencabul dan merakam gambar bogel anak perempuan tirinya berusia 15 tahun, sejak awal April 2016.

Tertuduh berusia 36 tahun mengaku bersalah atas enam pertuduhan manakala tidak mengaku bersalah bagi 16 pertuduhan lain selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norashima Khalid.

Lelaki berkenaan mengaku bersalah bagi lima pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana merakam gambar anak tirinya ketika sedang memakai pakaian.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukannya di rumah di Sitiawan, Manjung antara April 2016 hingga 31 Mac 2017

Bagi 16 pertuduhan lagi, tertuduh tidak mengaku salah atas 14 pertuduhan melakukan persetubuhan serta hubungan seks tanpa kerelaan anak tirinya itu dan dua pertuduhan mencabul kehormatan ketika remaja itu berusia 12 tahun 10 bulan.

Dia didakwa masing-masing mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (lima pertuduhan); 376B (1) Kanun Keseksaan (lapan pertuduhan) dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukannya di lokasi sama antara April 2016 sehingga 29 September lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan tertuduh tinggal serumah dengan mangsa dan bimbang berlakunya sebarang kejadian tidak diingini terhadap mangsa dan saksi-saksi.

Norashima tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula kesemua kes berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 2:15 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 02:52 PM | Show all posts
ini semua salah isterinya kerana tidak memuaskan nafsu nelayan ini secukupnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 02:57 PM | Show all posts

sumpahan ikan kini benar benar terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakan hari2 dia kena liwat dlm penjara
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Banduan paling x suka orang macam ko la...yang buat jahat dengan anak sendiri...enjoy la masa kat penjara nanti ye

P/s : hai Shahdan...see u again...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 03:06 PM | Show all posts
Kes sama terus berulang macam tak ada kesudahannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2019 03:20 PM | Show all posts
wow....bakalan jd lauk dipenjara..siap sedia ubat buasir la nampaknya.

mana bapak kandung budak tu?
potong punai pak tiri ni!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 03:31 PM | Show all posts
adoi tajukkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 03:37 PM | Show all posts
22 pertuduhan?? Binatang lagi mulia dari setan ni!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 03:38 PM | Show all posts
adohaiii aku igtkan siape la "SHAHDAN" ni...sampai 2 tread ade sebut nama "SHAHDAN"...

popular la shahdan tu japgi
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Shahdan merenung tajam.. hanat betul tajuk.,
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 11-10-2019 02:57 PM
sumpahan ikan kini benar benar terjadi


X abis2 dgn sumpahan ikang...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 11-10-2019 02:52 PM
ini semua salah isterinya kerana tidak memuaskan nafsu nelayan ini secukupnya

Salah tu ipannn..mna leh gitu

Kne adil..suami dah kasi nafkah zahir se adil nya ke? Kasi mkn maggi kosong je pas tu suh layan napsu tak bertepi..adil ke

Serupa ko suh mesia lawan vietnam kaki ayam!

Kalo dah cukup pun kne tengok bab lain gak..klo bertuhankan nafsu mmg tadak limitnya ipan

Tp klo isteri tu dah sempurnakan hajat bnyk kali n tak puas gak..suami wajib pose!! Btuii..

Soal nya takat mna limit puasss?

Ni silap ni..yg di utamakan sampai or pancut..klo suami dah sampaiii pastikan isteri gak sampaiii..ni agama ajo

So sampai n puas tak sama ipan

Jima tu berkasih sayang..bukan berpuasssss puass..mcm mkn!!

Ipan mkn sampai perut nk meletop ke mkn bila rasa mcm dah kenyang je benti??

Mende camni hanya sesoang boleh fikir or terfikir klo dia rajin membaca tuntut ilmu n cuba faham dgn berfikir..tak adil salahkan isteri or salahkan suami..kne fikir n faham..bioloji pompuan jntn tak sama..contoh

Lelaki cepat rangsang n ejaculate

Pompuan lmbt rangsang n orgasm

Tu dah lain n klo tak faham camna jima tu nk sejahtera?

Sekian kusus ringkas untuk doktor cinta ipanonline  ahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 11-10-2019 03:06 PM
Kes sama terus berulang macam tak ada kesudahannya

Human conscience sudah matiii...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 11-10-2019 02:57 PM
sumpahan ikan kini benar benar terjadi

Takut nak makan ikan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi la apa nak jadi lah jantan loni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 11-10-2019 02:52 PM
ini semua salah isterinya kerana tidak memuaskan nafsu nelayan ini secukupnya

Kalau bini tak layan, tak tahan sangat mohon terjun dalam laut je sister dari merosakkan masa depan anak2 tak bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah bila lah malaysia nak buat hukuman tembak mampus je pesalah rogol liwat ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 10:23 AM | Show all posts
bertahun kena gangguan, mak budak ni buat apa..xkan xperasan perubahan laki, perubahan anak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.075775 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list