CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3180|Reply: 23

[Tempatan] LTTE: DAP, jangan prejudis, ‘double standard’ dengan polis

[Copy link]
Post time 11-10-2019 10:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 14-10-2019 12:30 PM

Berhenti buat kenyataan jejas siasatan - Bukit Aman
Oleh Fazrik Kamarudin
        

KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang didapati menyatakan sokongan dan mempromosi kegiatan kumpulan pengganas, termasuk mengumpul dana untuk pergerakan kumpulan itu, boleh diambil tindakan.

Justeru, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, menegaskan semua pihak harus berhenti membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan proses siasatan dan persepsi masyarakat.

Polis mempunyai 28 hari untuk menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan ada lagi individu yang akan ditahan bagi membantu proses siasatan, jika ada bukti mencukupi.

Ini termasuk Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.

“Saya tidak nampak apa tujuan kumpulan atau individu tertentu untuk mengaktifkan semula kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Daripada segi apa yang kita lihat, gambar-gambar yang dipamerkan itu adalah gambar LTTE, ini bukan isu perjuangan hak kaum Tamil di Sri Lanka dan sebagainya, ia adalah berjuang dan mempromosi kumpulan pengganas,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Ayob menjelaskan, mengikut undang-undang negara ini, LTTE disenaraikan sebagai kumpulan pengganas sejak 2014.

“Kita ada undang-undang sendiri, LTTE turut disenaraikan sebagai pengganas di Amerika Syarikat, India dan Sri Lanka,” katanya.

Semalam, BH melaporkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, masing-masing dari Melaka dan Negeri Sembilan antara tujuh individu ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE.

Ayob dilaporkan berkata, operasi khas dilancarkan di enam negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan Perak bermula jam 9 pagi hingga jam 2 petang semalam.

“Kedua-dua ADUN terbabit dikesan menghadiri program Hari Perwira LTTE di Melaka pada 28 November tahun lalu dan memberikan ucapan berunsur sokongan terhadap kumpulan pengganas terbabit, selain turut mengedarkan risalah berkaitan kumpulan itu,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Datuk ayub patut pekik je Masa press conference "it's rule of law lah dumbasses".

Mungkin-lah puak2 DAP tu baru paham.... Kot.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.. Kalau mai tang depa.. Dan2 mcm2 kenyataan keluar... Patutnya Datuk Ayub ckp.. Ni urusan keselamatan negara JEBONNN..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya fahm lah bahasa ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang penyokong patutnya nmpk
DAP bila dh berkuasa
apa dia buat semua betul belaka
ambik kesempatan selagi boleh
tu baru 18 bulan berkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 01:15 AM | Show all posts
moga datuk ayub tidak di ugut oleh ahli politik, rakyat bersama polis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2019 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
#pulis

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2019 07:48 AM | Show all posts
LTTE: Yang salah tetap salah, kata Saravanan
11 Oktober 2019


KUALA LUMPUR - “Yang bersalah tetap bersalah, yang tidak bersalah jangan menganiaya,” kata Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penangkapan beberapa individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP semalam yang dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurutnya, isu tersebut melibatkan keselamatan negara dan mereka yang didapati bersalah akan tetap dianggap sebagai bersalah.

“Kalau ada bukti, ikut sistem perundangan sedia ada,” katanya kepada media ketika menyertai sidang akhbar blok pembangkang di lobi Parlimen petang tadi.

Tujuh individu termasuk dua ADUN DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan ditahan semalam kerana disyaki mempunyai hubungan dengan LTTE.

Kedua-dua ADUN terbabit dikesan menghadiri program Hari Perwira LTTE di Melaka pada 28 November tahun lalu dan memberikan ucapan berunsur sokongan terhadap kumpulan pengganas terbabit selain turut mengedarkan risalah berkaitan kumpulan itu.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap individu yang menyokong dan mempromosi kumpulan pengganas.

Menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa LTTE bukan kumpulan pengganas, Ayob Khan berkata, perkara itu tidak boleh dibandingkan dengan negara lain.

Tegas beliau, LTTE telah disenarai sebagai kumpulan pengganas sejak tahun 2014 bukan sahaja di Malaysia tetapi di Amerika Syarikat, India dan Sri Lanka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Hello DAP. Ko tu part of party memerintah, no more pembangang. Please stop acting so harshly and support your own govt. Terrorist keleng pun hang sokong.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap aja geng2 pengganas ni...penyokong pengganas pun ptt kn tangkap...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2019 02:44 PM | Show all posts
Polis tak tahan tanpa sebab - KPN


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menahan sesiapa melainkan terdapat bukti menunjukkan mereka terbabit dalam kegiatan melanggar undang-undang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, setiap tindakan yang diambil pihaknya pasti ada bukti tertentu.

“Kita tak (tidak) tangkap tak tentu pasal. Setiap tangkapan pasti bersebab dan mengikut prosedur operasi standard ( SOP) ditetapkan.

“Mereka yang ditahan juga akan mendapat hak sewajarnya seperti berjumpa keluarga dan peguam.

“Kalau tidak bersalah terpulang pada peguam masing-masing hendak berhujah bagaimana nanti,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Bulan Sukan Negara PDRM 2019 di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan dan Melaka

yang dikaitkan dengan pembabitan mereka dalam kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, isu keselamatan adalah tanggungjawab PDRM.

“Saya meminta ahli politik tenang dan menyerahkan isu keselamatan kepada polis.

“Kami akan berlaku adil dan tiada isu kaum atau agama. Apa sahaja kegiatan yang menjejaskan keselamatan negara tindakan akan diambil.

“Kita tidak mahu wujudnya sebarang unsur atau

eleman keganasan wujud di negara ini yang mana boleh memberi ancaman,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramasamy dh bg statement kata 7 eko to x patut ditahan bawah sosma. Ramasamy x kena siasat ker x kena reman ker????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2019 06:51 PM | Show all posts
Kula Segaran leaves probe on allegations of terrorism to police
Saturday, 12 Oct 2019 06:12 PM MYT


IPOH, Oct 12 — Human Resources Minister M. Kula Segaran is leaving the investigation that he was involved in the Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) in the country to the police.

He said the allegation hurled against him was solely based on a picture disseminated on social media from unknown sources.

“It is unfair to make accusations that a person is involved in any terrorism groups by merely disseminating pictures on social media.

“I have many pictures disseminated. What can I say?

“If the picture recipient makes allegations against me, I will tell him not to believe whatever disseminated in WhatsApp or internet,” he said.

He was speaking at a media conference after launching JobsMalaysia Caring Carnival 2019 here today.

Asked on his stand on LTTE, Kula Segaran who is also DAP vice-chairman announced he is only sympathetic to victims following incidents in another country which is their internal affairs.

Earlier, a picture featuring him with an LTTE senior leader went viral on social media.

Police were reported to have picked up seven individuals including a Negri Sembilan and a Melaka assemblyman on their involvement in supporting the LTTE terrorist group.

Kula Segaran said police should charge whoever is involved in the LTTE terrorist group in court if they have the facts and strong evidence.

In another development, Kula Segaran said the congestion at the Socso Tun Razak Rehabilitation Centre in Melaka would be a thing of the past with the construction of a new rehabilitation centre in Perak.

He said several locations in Perak had been identified as the location of the hospital and rehabilitation centre.

“The new centre will be equipped with the latest technology including robotics, trauma treatment and excellence centre to prevent accidents with the cooperation of relevant agencies,” he said.

Yesterday, Finance Minister Lim Guan Eng when tabling the Budget 2020 announced that a RM500 million rehabilitation centre will be built in Perak. — Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2019 08:04 PM | Show all posts

LTTE: Police have strong evidence of terrorism activity in the country, says Muhyiddin
12 Oct 2019 / 17:37 H.


MALACCA: Police have strong evidence to conduct investigations against the Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) based on intelligence carried out over a long period of time.

Home Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin (pix) said police intelligence showed there are strong evidence of terrorism or the possibility of terrorism from the LTTE group in the country.

“The basic question is not on LTTE but police intelligence found there are elements of terrorism or possible terrorism in the probe into LTTE,” he told reporters here today.

He said after attending an investiture ceremony in conjunction with the 81st birthday of Malacca Yang Dipertua Negri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob at Balai Istiadat, Seri Negri in Ayer Keroh today.

Muhyiddin was the sole recipient of the Darjah Utama Negri Malacca (DUNM) which carries the title Datuk Seri Utama.

He said LTTE is still considered a terrorist group even though it had been banned for a long time.

The decision on the group was made by police based on intelligence over a long period of time.

He added, the decision to investigate the group was made by the police based on intelligence that had been going on for a very long time because it did not want to see any local or foreign parties getting involved in the elements of terrorism.

“We have to nip it at the bud or take stern actions based the law we are enforcing ... for me the Royal Malaysia Police had acted to safeguard the country’s security based on existing provisions.

“I hope all parties understand as we want to ensure the country is peaceful as the elements of terrorism is not dependent on the question of race , if there are Daesh among Malays and Muslims, we will also take action.” — Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2019 08:03 AM | Show all posts
MIC persoal tangkapan individu 'bersimpati' pada LTTE
News  |  Diterbitkan Hari ini 8:57 malam  |  Dikemaskini Hari ini 8:57 malam
   

Presiden MIC, SA Vigneswaran menyuarakan kebimbangan mengenai penangkapan dua Adun DAP yang disyaki mempunyai kaitan dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Vigenswaran berkata bahawa LTTE ditubuhkan di Sri Lanka sebagai tindak balas terhadap pembunuhan dan penindasan komuniti Tamil di sana.

"Ia dikatakan akan menjadi penghapusan etnik dan tragedi kemanusiaan yang tragik," katanya.

Tambahnya, berdasarkan latar belakang itu, orang-orang Tamil di seluruh dunia mengadakan doa dan perhimpunan untuk berdoa untuk keselamatan orang-orang Tamil di Sri Lanka.
Iklan

Simpati ini, katanya, memberi sokongan kepada LTTE.

"Perlu diingat bahawa diaspora Tamil di seluruh dunia yang bersimpati dengan LTTE bukanlah pengganas dan tidak menyokong dan menjana kegiatan pengganas.

"Mereka semata-mata menunjukkan sokongan bagi tujuan untuk menamatkan penderitaan rakan-rakan Tamil mereka.

"Bolehkah sesiapa ditangkap kerana menunjukkan simpati?" soalnya dalam kenyataan media hari ini.

Pada Khamis lalu, polis menahan tujuh individu termasuk Exco Kerajaan Negeri Melaka G Saminathan dan Adun Seremban Jaya P Gunasekaran, kerana didakwa mempunyai kaitan dengan LTTE.

Mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan) (Sosma). Lima lagi ditahan hari ini menjadikan jumlahnya seramai 11 orang.

Semasa dibentuk untuk memerangi penindasan orang Tamil di Sri Lanka, LTTE juga telah dilabel sebagai organisasi pengganas oleh beberapa negara asing.

LTTE tidak aktif sejak 2009 selepas kumpulan itu dikalahkan dan pemimpinnya Prabhakaran Velupillai terbunuh, menandakan berakhirnya perang saudara Sri Lanka.

Dengan perang saudara yang tamat dan tujuan LTTE dipatahkan, Vigneswaran mempersoalkan rasional mana-mana pihak yang ingin memulihkan organisasi itu.

"Kenapa mereka mahu membangkitkan organisasi ini tanpa tujuan?" soalnya.

Vigneswaran yang juga Speaker Dewan Negara berkata jika terdapat bukti kukuh bahawa mereka yang ditangkap terlibat dalam kegiatan pengganas, mereka mesti disabitkan di mahkamah.

Beliau juga berkata polis mesti mengurangkan daripada menggunakan Sosma melainkan jika perlu.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata bahawa polis mempunyai bukti kukuh jalankan siasatan LTTE.

Vigneswaran juga meminta polis supaya mengadakan program kesedaran, agar rakyat tahu sempadan antara bersimpati dengan agenda minoriti antarabangsa dan menyokong keganasan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 02:23 PM | Show all posts
Dua statement yang berbeza antara saravanan dan vigneswaran.
Satu dari pada presiden, dan satu dari timbalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2019 12:31 PM | Show all posts
LTTE: DAP, jangan prejudis, ‘double standard’ dengan polis, buruk padahnya
14 October 2019


KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir pemimpin tertinggi DAP yang begitu beria-ia ‘menyerang’ kepada pihak berkuasa terutamanya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memperlihatkan seolah-olah parti ini lebih arif dalam aspek keselamatan negara.

Malah lebih mengecewakan apabila rata-rata yang ‘melompat’ itu adalah dalam kalangan pemimpin yang menjawat jawatan dalam Kabinet, kerajaan negeri negeri selain wakil rakyat yang mana mereka sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat.

Tindakan mempersoalkan polis dalam isu tangkapan pemimpin DAP yang dikaitkan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidak boleh di terima sama sekali.

Itu kata Ahli Majlis Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, RT Raja kepada MalaysiaGazette yang hairan dan tertanya-tanya mengapakah parti itu sentiasa ‘besar kepala’ hingga boleh membelakangkan polis, khususnya yang melibatkan perkara sensitif seperti keselamatan negara.

“Saya tidak faham langsung, seorang itu persoal mengapakah tangkapan yang dianggap tidak ‘adil’ itu di buat, seorang lagi begitu yakin kononnya polis sudah memberitahu tidak akan ada lagi tangkapan melibatkan pemimpin parti itu.

“Lagi kelakar dan ajaib apabila seorang yang bergelar Menteri Kabinet pula lebih daripada yakin kononnya tangkapan-tangkapan ini ‘gimik agenda’ Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. DAP bertanding ke? Sudah tahu akan kalah?

“Ingat polis ini suka-suka hendak tangkap orang? Lagi-lagi apabila melibatkan isu-isu seperti keganasan? Kamu semua dalam Kabinet, ada jawatan tinggi dalam kerajaan pusat dan negeri. Jadi apa masalah untuk tunggu dan lihat terlebih dahulu siasatan polis?

“Polis sendiri sudah memberi jaminan isu ini dalam siasatan dan yang tidak bersalah tidak akan sesekali teraniya, jadi mengapakah kamu semua ini melalak-lalak seperti ketidakadilan telah berlaku pada masa ini?

“Tolong sabar boleh? Jangan prejudis atau belakangkan polis seperti ini. Adakah DAP jauh lebih arif dan pakar dalam isu ekstrem, lagi-lagi soal keselamatan sehingga boleh menuding jari kepada polis? Sungguh memalukan lagi-lagi kamu semua ini bukan pembangkang,” katanya.

Sebelum ini bebeberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin kanan DAP seperti Lim Guan Eng, P Ramasamy, M Kula Segaran dan Charles Santiago berhubung tangkapan beberapa pimpinan parti itu juga dikaitkan dengan gerakan LTTE.

Tambah RT Raja, dengan menyoal polis atau membuat dakwaan tertentu selain menuding jari tidak lebih daripada mempersoalkan kewibawaan serta integriti polis dalam kerajaan mereka sendiri.

“Belajar hormat pasukan keselamatan kita, tolong jadi contoh baik kepada yang lain di luar sana. Beri kerjasama dan biarkan pasukan kita lakukan yang terbaik dalam isu ini. Jangan asyik fikir kamu ini parti kebal sahaja.

“Apabila seseorang dari parti kamu terpalit dengan sesuatu isu, kamu semua bangkit ramai-ramai kononnya seperti semua yang lain bersalah dan cubaan untuk menghukum selain mempunyai agenda tertentu.

“Tetapi apabila yang lain kena malah ada juga kesnya belum selesai walaupun di mahkamah, parti kamu juga sudah bangkit lakukan pelbagai jenis tohmahan terlebih dahulu. Ingat, ini bukan undang-undang rimba, biarkan polis lakukan tugasan mereka,” tegasnya.

Dalam pada itu, RT Raja juga berharap tidak ada sesiapa yang teraniya dalam isu tangkapan ini walaupun mempunyai idealogi parti yang berbeza.

“Kita sangat berharap pihak berkuasa dapat melakukan siasatan paling telus dan rapi dalam perkara ini agar tidak ada sesiapa yang teraniaya, sebanyak mana kita tidak mahu kompromi dalam isu keselamatan, kita juga berharap janganlah tersalah hukum,” jelasnya.

Sebelum ini, Presiden MIC merangkap Yang DiPertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci dalam isu LTTE dan tidak sesekali ‘tersilap’ dengan menyamakan simpati kepada mangsa perang Sri Lanka kepada menyokong aktiviti keganasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2019 12:31 PM | Show all posts
Pelik, belum apa-apa pemimpin DAP sudah ‘melompat’ – Murugiah
13 October 2019


KUALA LUMPUR –Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah terkejut kerana ‘belum apa-apa’ DAP sudah terlebih dahulu mengeluarkan pelbagai kenyataan menjurus kepada seolah-olah ianya salah polis melakukan tangkapan berkait Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) itu.

“Saya tidak faham mengapa ada pemimpin DAP yang sudah melompat dan bercakap sesuka hati mereka. Sebenarnya adakah mereka faham bahawa polis yang cuba mereka salahkan itu juga di bawah kerajaan mereka?

“Malah lebih mengejutkan apabila seseorang yang bergelar menteri boleh pula mendakwa insiden tangkapan ini sebenarnya berkaitan dengan agenda Pilihan Raya Kecil (PRK) di Tanjung Piai kelak.

“Macam-macam kamu ini, bercakap seolah-olah masih lagi pembangkang. Biarlah polis jalankan siasatan dengan telus dan rapi terlebih dahulu. Itu tanggungjawab mereka. Dan kita jangan sesekali lupa, ini berkait rapat dengan keselamatan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Mengulas lanjut, Murugiah berkata, sebagai ahli Parlimen dan menteri Kabinet, pemimpin DAP sepatutnya tahu mereka, dan tindakan mengeluarkan pelbagai kenyataan akan mewujudkan rasa tidak harmoni dan keadaan kucar kacir dalam kalangan rakyat sendiri.

“Biarkan polis jalankan tanggungjawab mereka.

“Jika tidak bersalah, bebaskan mereka. Jika dakwaan itu benar, kemukakan bukti dan bawa ke muka pengadilan. Janganlah melampau batas dan keluarkan segala macam ‘cerita’ hanya kerana parti kamu sudah terkena.

“Lagipun, polis sendiri termasuk Ketua Polis Negara sudah memberikan jaminan tangkapan-tangkapan ini mengikut lunas yang betul dan pengadilan akan diberikan,” katanya.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran mendakwa tangkapan suspek LTTE berkemungkinan berkaitan dengan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai 16 November depan.

Bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menolak dakwaan Kula sambil menyifatkan ianya hanya sekadar pandangan peribadi Menteri itu.

Selain Kula, dua hari Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula mengeluarkan kenyataan bahawa polis telah memberikan jaminan tidak akan ada pemimpin dalam kalangan parti itu akan di tahan lagi.

Kata Murugiah lagi, adalah lebih baik supaya pemimpin-pemimpin ini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan ‘membelakangi’ pihak berkuasa sebaliknya menyerahkan tanggungjawab itu kepada polis sahaja.

“Apabila sudah diberi mandat sebagai pemerintah, perlu bertindak sebagai kerajaan. Jangan memandai kerana rakyat sedang memerhati. Anda adalah pemimpin dalam kerajaan. Kena tunjuk contoh baik. Jangan tunjuk hero.

“Alasan mereka menyalahkan kerajaan menggunakan isu LTTE ini untuk menang PRK Tanjung Piai tidak sesuai. Jangan cuba tambahkan kekeruhan ini, sudahlah rakyat bimbang dengan keadaan terkini dengan tangkapan-tangkapan ini. Cukuplah,” tegasnya.

Murugiah juga senada dengan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang menggesa supaya siasatan menyeluruh dan telus dilakukan oleh polis bagi memastikan isu ini dapat ditangani dengan cara terbaik tanpa sesiapa teraniya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 03:04 PM | Show all posts
Depa ingat polis dapat gambaq terus pi tangkap kot. Special Branch ni depa ada intel depa sendiri la. Tak perlu tunggu gambaq2 semua ni.

Kawan tempat aku kerja ni, dia cerita masa belajaq dulu member dia taksub ISIS. dah beli tiket flight dah nk pi berjuang dekat syria, tu pon tak beli direct flight. tapi dah sampai airport terus kena tangkap and at the same time bilik dia kena rush. Kalo takat intel tengok gambaq xdak lepa depa nak efficient banteras keganasan kat Malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 03:16 PM | Show all posts
semangat pembangkang tu masih subur dijiwa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.114543 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list